Saturday, September 10, 2016

Comfort level


Kenapa saya suka sangat produk handmade dan homemade?

Sebab produk2 ni dibuat dengan teliti dan penuh kasih sayang..dan limited edition..bila gunakannya rasa eksklusif sebab orang yang buat dan bukan mass production dari kilang..

Sebab produk2 ni kita tahu pembuatnya..samaada own circle of friends,senior uni,keluarga sendiri, kawan kepada kawan,mahupun mungkin x kenal personally tapi kita tahu,oh akak ni yg buat sendiri.terernya! Hihi

Sebab kalau kita rasa bole improve kita bole bg feedback dan mereka biasanya terima dgn senang hati dan improve.cuba kalau company besar? Take it or leave it!

Sebab produk2 ni biasanya si empunya akan bagitau bahan2 yg digunakan utk buat produk mereka.contoh kalau jus buah,cara nak cold pressed pon dia bgtau (biasalah customer fussy mmg cmtu😋)

Sebab produk2 ni biasanya dibuat kecil2an..so bila kita support produk ni kita juga support pembuatnya secara direct.mungkin mereka ni ibu tunggal,usawan kecil2an yg baru meningkat naik..jadi kita membantu meningkatkan ekonomi individu (tanpa mengira bangsa apa).Kalau dlm islam perkara ini dapat pahala.

Semua ni menjurus kepada satu faktor: comfort level. Ya saya seorang yg mementingkan faktor itu. Jadi walaupun generally produk homemade/handmade ini agak mahal,saya boleh terima.sebab suami pernah cerita pasal idea dia nak jualkan songket terengganu di k.lumpur...dan saya terus kata,mahalnya! Ade org nak beli ke?memang kita nampak harga songket asli tu sangat mahal..sampai rm1000-rm2000 atau lebih..tapi tahukah kita penenun songket tu ambil masa smpai sebulan dua nak siapkan sehelai kain.di mana dalam jangkamasa itu dia x buat keje lain,tenun je songket tu smpai siap.itu tak campur kos pembekal dan ejen lg.bayangkan berapa je dia bawak balik utk bagi anak isteri makan.

So, if u have any handmade or homemade products,feel free to comment in link below or contact me personally.jika saya perlulan insyaAllah saya akan contact.atau paling tidak saya tahu dan boleh sebarkan kpd org lain😉

No comments: