Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Sunday, December 04, 2016

Bahaya merkuri dalam kosmetik

Salam semua..

Anda tau tak..dalam kosmetik komersil banyak mengandungi merkuri... macam mana nak tau? Kena rajin la baca kandungan bahan dan google maksud setiap bahan. Hehe memang la leceh.. tapi kalau dah biasa u ols akan jadi lali dan ok jer sampai jadi tabiat :) Jangan buang tabiat sudah

So ape masalahnya dengan merkuri ni?
Ada kawan2 share poster penerangan pasal bahaya merkuri ni.. so boleh la baca dan fahamkan. Rumusan poster ni senang je :

Kesan sampingan merkuri dalam kosmetik :
1) menyebabkan penyakit kulit seperti ruam, perubahan warna kulit, parut dan kegagalan kulit melawan bakteria
2) menyebabkan kegagalan ginjal 
3) gangguan mental/kemurungan

Kita pakai produk kecantikan/kosmetik ni sebab nak cantik kan.. tapi jangan sampai sebab nak cantik punya pasal long term effects kita lupakan. Kalau dah pernah pakai tu takpe takperlu menangis di bucu katil, boleh la slow2 berubah ke produk2 natural/organik dan mesra kulit. Cegah sebelum parah ye :)





Wednesday, November 09, 2016

Apa beza toner, moisturizer dan serum?

Ni saya share cara mudah saya membezakan ketiga2 benda ni :

Definasi :

TONER
Toner adalah untuk membersikan kulit dan mengecilkan pori2 muka. So it is an essential first step of face care regime selepas membasuh muka

MOISTURIZER
Moisturizer mempunyai molekul lebih besar dari serum. Ia membentuk barrier untuk mengurangkan proses kehilangan air atau dehydration dari kulit kita. Boleh dipakai dua kali sehari untuk kesan lebih optimum.

SERUM
Serum ni molekulnya lebih kecil dari moisturizer maka ia boleh bertindak pantas memasukkan unsur2 tertentu terus ke kulit kita jauh ke dalam lapisan kulit. Jadi ia sangat sesuai untuk treat masalah2 urgent dan important anda contohnya untuk hilangkan garis2 halus dan panda eyes.
Antara unsur yg sangat bagus sebagai serum adalah vitamin c yang boleh menganjalkan kulit, dan hyaluronic acid yang boleh menambah moisture dan mencantikkan kulit.

Cara2 nak pakai :

toner >serum>moisturizer

If you skip any of them, please follow the turutan ye.

Soalan2 FAQ seterusnya semestinya adalah :

PERLU KAH SAYA PAKAI TONER?

If you ask me, jawapan saya yes. Sebab saya dah experience few years skipping toner sebab rasa macam tak penting je huhu... tapi bila saya start pakai toner i think it leaves better effect to my skin. So now i continue pakai toner prior to serum and moisturizer.

PERLU KE SAYA PAKAI SERUM KALAU SAYA DAH PAKAI MOISTURIZER?

Jawapan mudah adalah... kalau kulit you tak bermasalah, cantik mulus gebu..tak payah pakai serum pun takpe. Especially kalau anda baru belasan tahun.. tak payah pun pakai sebab kulit you tengah cantik. In fact elakkan pakai banyak sgt skin care ye.. pakai yang organik dan nipis2 sahaja. Sayang kalau kulit muda2 dan rosak.

Tapi biasanya bermula dari umur 30 tahun ke atas.. anda akan perasan perubahan kulit dan mulalah mencari macam2 produk penjagaan kulit utk mencantikkan kulit :) Macam saya pun after 30 years old baru la saya mula pakai serum. Lagipun my skin jenis sensitive and super dry.. hence serum sangat diperlukan. Cuma serum ni texture dia a bit oily and pakai sekali sehari je sebelum tidur.

BOLEH KE SAYA PAKAI SERUM JE, TAK PAKAI MOISTURIZER?

Pun boleh kalau nak.. tapi serum ni generally harga lebih mahal dari moisturizer :) So up to you.

Sekian simple beautytips by your trusted beauty agent :P