Tuesday, December 05, 2006

PERANTARA 1427H


Manusia itu cenderung kepada kebaikan, kerana kebaikan merupakan satu fitrah.

Atas dasar fitrah dan kecenderungan inilah, saya dan beberapa orang rakan menghadiri PERANTARA 1427H di Dewan Produktiviti NPC, Kepala Batas.Apakah PERANTARA? Sengaja saya taknak bagitahu dulu nama penuhnya, sebab nama program itu saja boleh menyebabkan sesetengah orang shiver dan terus menganggap- certainly I'm not into this. PERANTARA adalah Persidangan Ulama Utara Semenanjung dengan tajuk ”Dilema Murtad dan Penyelesaiannya”.

Mula mendapat sebaran daripada email satu yahoogroup ni.Tak tahulah, mungkin memang dah ditakdirkan, saya terus berminat dan berazam akan hadir ke PERANTARA ni.Terus mengedarkan emel kepada sahabat-sahabat, iyalah the more the merrier.Maka minggu tersebut terus ditanda dalam kalendar supaya tak terlepas.

Inilah pertama kali menjejak kaki ke Kepala Batas, sudah la buat bijak pulak kali ni.Satu pamphlet atau detail tentang PERANTARA pun saya tak bawa.Tak tahu la kenapa, sedangkan kononnya saya ni seorang yang sangat detail dan planner yang baik (konon).Memang tak ingat langsung tempatnya, dalam reminder handphone pun hanya letak masa mula dan habis.Mindset di Dewan Millenium, terkejut juga banyak signboard dewan ni (mesti dewan besar ni).Tiba di Dewan Milennium, tiada orang langsung.Sah la salah tempat ni.Sedang sibuk berpusing-pusing, teringat Kak Aliaa.Tahu rumahnya berdekatan(sebab teringat map dalam kad kahwin-Kak Aliaa, jangan marah ye!), terus telefon dan Alhamdulillah Kak Aliaa tahu tempat sebenar, dan dia pun join kami sekali.

Dah tu pulak memang skil saya mencari rumah fail betul hari itu.Berapa kali pusing-pusing sampai kami dah ada betul-betul di depan pintu masuk NPC, sebab nak cari rumah Kak Aliaa.Padahal rumah Kak Aliaa senang je nak jumpa.Teruk betul la haritu, biasanya tak la seteruk ni cari rumah orang.Hehe yang paling kasihan tentulah Hariri yang dok follow saya dengan kereta lain. Maaf ye.. :P

Tu intro je, sebenarnya nak cerita tentang PERANTARA ni.Sebenarnya persidangan sesama ulama dah berlangsung hari sebelumnya, dan hari sabtu hanyalah pembentangan resolusi dan kertas kerja kepada orang kebanyakan.Isunya sangat menarik, mengenai MURTAD.Dan 2 speakernya adalah saudara baru yang saya kira lebih banyak ilmunya tentang Islam berbanding kita yang sejak lahir beragama Islam ni.Sangat-sangat menarik sebenarnya persidangan sehari suntuk ni.Tapi dukacitanya (walaupun dah dijangka), dewan persidangan tak penuh, malah kebanyakan peserta adalah dari golongan yang agak berumur.Mana perginya pemuda pemudi kita?Bukan kita tak boleh harapkan pakcik dan makcik kita yang hadir tu, tapi seeloknya yang mudalah turun padang, dengar sendiri dari mulut para ulama, mufti,ustaz dan peguam yang membentangkan tentang gejala murtad ni.

Sungguh, gejala ini sangat sangat serius.Seketika kita diributkan dengan kes Aishah Bukhari, Hartina dan yang terkini Azlina Jailani, maka semua orang sibuk berbincang dari dewan kuliah ke kedai kopi, demo, email dan sms bertali arus.Namun sekarang, bila kes dah sedikit sejuk,apa yang ada? Segalanya senyap ditelan segala macam berita remeh dan karut-marut di media massa.Meminjam kata-kata Presiden TERAS (kalau tak silap saya)dalam ucapannya-Kalau sesiapa merasakan Azlina dan puak penyokong Artikel 11 sudah berhenti berusaha, sesungguhnya individu itu sedang tidur nyenyak.Maksudnya, perang ini tak mungkin akan berakhir, seperti dalam Al Quran ,

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)' dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu" [al-Baqarah:120].

Yang penting di sini, kita kena faham.Islam bukanlah bermusuhan dengan agama lain, itu jauh sekali.Sebaliknya Islam amat menghormati agama lain dan memberi kebebasan untuk mereka mengamalkan ajaran agama masing-masing.Namun hukum Allah itu adalah yang paling penting bagi yang bergelar Islam.Dalam ajaran Islam,tak boleh seseorang sesukahati menukar agamanya. Dan sesiapa menukar agama, yakni terpesong akidah yakni murtad, boleh dihukum bunuh.Selebihnya anda sendiri boleh menilai dan faham sendiri, kerana ini adalah common sense dan faktor aqidah bagi umat Islam.Anda sendiri tentu lebih arif tentang ini dari saya,yang entah siapa-siapa ni.Kemudian para peserta turut dibekalkan dengan kertas kerja tentang perbincangan dalam sidang kali ini, dan kepada sesiapa yang berminat mungkin boleh terus minta dari saya.Setakat ni ada dalam hardcopy sahaja, tiada softcopy.

Dalam konteks lain, janganlah kita berasa tak layak, tak sampai seru atau tak cukup ilmu untuk hadir majlis-majlis macam ni, sebabkan kita tak cukup ilmulah kita kena cari dan hadir majlis macam ni.Setidak-tidaknya dengan mendengar dan melihat wajah bersih orang-orang beriman, hati kita akan tersentuh dan berfikir untuk berubah ke arah yang lebih baik.Percayalah, kerana Allah dah cakap;

"Sesungguhnya, beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwa itu(9) dan sesungguhnya merugilah orang-orang yang mengotorinya(10)"(Surah Asy Syams, ayat 9-10)

Sekadar muhasabah dan renungan di hari bekerja, Wallahua’lam.

No comments: