Sering kali, kita tersalah tafsir kedua-dua perkataan ini, dengan menganggap tiada bezanya kedua perkataan itu, macam sinonim la kiranya. Sama ajelah agaknya, menyumbang dan berkorban, kedua-duanya berdasarkan perlakuan melakukan sesuatu untuk orang lain, tanpa dibayar atau tanpa mengharapkan sebarang balasan (ideal case).Ini tafsiran peribadi saya, dan tidak merujuk kepada mana-mana kamus atau pakar bahasa.Saya lebih suka menggunakan definisi perkataan tafsiran sendiri, supaya senang difahami dan untuk memahamkan orang lain.
Letakkan diri anda di situasi berikut.
1- Anda sedang menjamu selera di sebuah RnR di tepi lebuhraya, apabila tiba-tiba ada dua orang pelajar sekolah rendah menyuakan tabung derma ke arah anda.Melihatkan surat akuan pelajar tersebut yang mengutip derma untuk mendirikan sekolah, dan kasihan terhadap mereka, anda pun mengeluarkan beberapa note merah dan memasukkan ke dalam tabung tersebut.Sesungguhnya sebagai seorang pelajar, bukan sedikit nilainya jika menderma menggunakan beberapa keping note merah.Lepas juga duit makan seminggu dua.Tapi anda puas, kerana telah melakukan sesuatu yang baik dan bermanfaat kepada orang lain.
2- Anda kepenatan setelah sehari suntuk menghadiri kuliah, dan rasanya perkara terbaik untuk dilakukan selepas solat Asar adalah tidur (ni hanya situasi sahaja ya, sesungguhnya tidur selepas waktu Asar sangatlah tidak digalakkan!).Tiba-tiba ada seorang rakan menelefon anda, dan meminta anda mengambilnya di stesen bas lebih kurang 45 minit dari tempat anda.Dalam kemalasan, `reluctance’ dan sedikit terganggu itu, anda gagahi juga pergi menjemput rakan tersebut atas dasar persahabatan.Lama-kelamaan anda juga berasa senang kerana dapat membantu seorang rakan yang memerlukan pertolongan, dan berjaya membuktikan anda seorang sahabat yg baik.
Kadang-kadang kita terasa sungguh `baik’ apabila kita sering menderma untuk anak-anak yatim atau tabung amal, atau terasa diri ni sungguh berbudi apabila kita menjemput sahabat dari stesen bas yang hampir sejam jauhnya dari tempat kita, pada hari-hari kuliah (sekadar contoh).Kita terasa kita banyak berkorban untuk sahabat-sahabat kita, tak kisahlah dari segi masa, kewangan, perasaan, emosi dan sebagainya, tapi benarkah kita sebenarnya berkorban, atau hanya memberi sumbangan?
Saya ingin mengajak anda membuat sedikit anjakan paradigma dalam pemikiran kita.Sebetulnya apa yang kita sering lakukan untuk sahabat-sahabat kita hanyalah sumbangan, dan hanya sedikit yang mampu melakukan pengorbanan kepada orang lain.Sebenarnya sumbangan itupun bukanlah besar sangat pun, kerana itu adalah memang menjadi tanggungjawab kita untuk membantu sahabat yang memerlukan, sebagai contoh mereka yang kurang berduit,kurang berada atau kurang apa-apa sahaja berbanding kita, kerana kita berada di situasi yang selesa untuk menyumbang sesuatu kepada rakan kita.
Jadi bagaimanakah pengorbanan sebenarnya? Senang cerita begini, kita ambil satu case study.Seorang rakan yang mempunyai masalah kewangan mengadu kepada anda.Dia memerlukan RM400 untuk suatu urusan penting, dan pada masa yang sama anda hanya ada RM500 (scholarship untuk sebulan).Anda tahu secara kasar, anda berbelanja untuk makan lebih kurang RM300 sebulan, RM 100 untuk barangan pengurusan diri dan RM100 lagi untuk keperluan yang lain.Jadi, RM500 itu adalah cukup-cukup untuk anda setiap bulan.Lagipun anda bukanlah orang yang berada sangat, ibu bapa pun telah cukup susah di kampung.Jadi, adakah anda sanggup memberi pinjam RM400 kepada sahabat anda itu, iaitu secara proportionalnya anda perlu mengikat perut untuk survive sepanjang sebulan itu, dengan hanya berbekalkan duit RM100?
Jika anda mengatakan sanggup, maka anda memang layak bergelar seorang sahabat sejati.Yang bukan setakat memahami erti pengorbanan, malah sanggup mengambil risiko dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian anda.Sungguh, pengorbanan sebenarnya meletakkan kepentingan orang lain lebih dari kepentingan diri sendiri.Sedangkan saya pun rasa tak mampu untuk melakukannya.Mungkin immediate impulse anda mengatakan ;
`Mana logik untuk survive sebulan dengan RM100??’
Tapi, kalau kita fikir kembali, segalanya logik dan masuk akal.Macam-macam anda boleh buat dengan RM100 itu untuk membolehkan ada survive sebulan.Anda boleh berpuasa (jimat duit makan), melakukan bisnes kecil-kecilan (jual keropok atau gula-gula, modal banyak mana sangat pun kan), makan sekali sehari, berbelanja hanya jika terdesak, tidak membeli makanan sebaliknya masak di rumah, dan pelbagai lagi alternatif.Tidak la sampai mati kebuluran.Cuma sanggup, tak sanggup je.Tapi memanglah, kesanggupan sebegini bukan calang-calang orang boleh buat...saya tabik spring lah pada siapa yang sanggup melakukan pengorbanan seperti ini.
Menyorot sirah nabi pun ,tentunya antara paling masyhur kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih putera kesayangannya, Nabi Ismail a.s demi menurut perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala.Sanggup baginda mengorbankan putera baginda kerana yakin dengan perintah Allah, sehingga Allah menggantikan Nabi Ismail dengan binatang sembelihan.Maka jadilah ibadah korban setiap kali menjelang Hari Raya Aidil adha bagi memperingati kisah bersejarah ini.Kalau kita, rasanya sanggupkah? Bukan setakat anak sendiri, kalau anak kucing kita mati kena langgar lori pun kita boleh meraung-raung dan demam seminggu sebab tak boleh terima kenyataan.Susah nak terima sesuatu yang lebih berkepentingan dari kepentingan diri kita sendiri.
Akhirnya saya ingin mengajak kita semua berfikir;
Sebenarnya ada ke kita melakukan pengorbanan dalam hidup ni? Ke setakat ni semuanya sumbangan? Atau yang lebih teruk, sumbangan pun kita tak mampu atau tak ikhlas nak lakukan?
Fikir-fikir dan kenalilah diri, Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment