(gambar diambil dari Berita Harian)
Berita tentang 10 pasangan orang asli yang berkahwin serentak amat menarik perhatian saya.Pertamanya kerana mereka ini muda-muda belaka, malah yang paling muda dilaporkan berumur 13 tahun! Kalau ikut perkiraan kontemporari, baru tingkatan satu pun sudah berkahwin! Tapi memang realiti masyarakat mereka, selepas darjah 6,amat sedikit sekali yang sambung belajar di peringkat sekolah menengah dan seterusnya institut pengajian tinggi.
Kredit harus diberikan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kerana mengambil inisiatif ini,iaitu memberikan alternatif untuk menghalalkan hubungan antara dua insan iaitu dengan pernikahan. Ini sekaligus dapat menerapkan nilai-nilai keagamaan kepada masyarakat orang asli yang mungkin kurang didedahkan dengan halal-haramnya hubungan sesama lelaki dan wanita, serta bab-bab ilmu alam rumah tangga secara Islamik kerana difahamkan mereka turut mengikuti kursus perkahwinan selama seminggu sebelum berkahwin.Juga tahniah kepada ibu bapa mereka yang `sporting' dan memahami keperluan anak-anak mereka untuk berkahwin, walaupun usia masing-masing masih muda.
Di sini kita boleh refleksi diri, kita ni macam mana? Sedangkan masyarakat orang asli pun mempunyai kesedaran untuk meminimumkan pergaulan sosial tanpa batasan dengan berkahwin.Kita yang kononnya sudah faham dan siap belajar bab-bab munakahat sewaktu sekolah menengah, masih tiada kesedaran.Buktinya, telah menjadi budaya anak-anak muda kita untuk bercouple atau `ttm' (teman tapi mesra) dengan rakan berlainan jantina, tapi bila tanya adakah mempunyai hasrat atau niat untuk berkahwin, majoritinya akan menolak serta merta.Tak bersedialah, belum sampai masalah, masih mudalah.. macam-macam alasan diberikan.Apa perlunya bercouple, bercinta bagai nak rak dan sebagainya tapi akhirnya tak kahwin pun ?
Mungkin satu keadaan masyarakat orang asli ni yang saya kira menjadi kelebihan bagi mereka dalam satu segi, ialah disebabkan mereka rata-rata kurang berpelajaran tinggi, mereka lebih matang berbanding usia mereka yang sebenar.Baru belasan tahun, dah memahami keperluan perkahwinan dan menyara keluarga sendiri.Jadi kahwin muda bagi mereka bukanlah satu masalah.Bukanlah saya obses nak menyeru semua orang supaya kahwin muda (sebab saya pun belum berkahwin juga!), tapi yang lebih penting bagi saya adalah meminimumkan gejala sosial yang berlaku disebabkan ramai anak muda tidak sedar atau buat-buat tak sedar dalam hal ini.Sampaikan ramai beranggapan couple tu halal, berteman tapi mesra dengan rakan lawan jantina tidak salah, keluar berdua-duaan tu betul dan bersentuhan/berpegangan tangan adalah perlakuan sporting dan mengikut trend!! (masya Allah..)
Jadi dari aspek ini, saya ingin mengajak kita semua berfikir, siapa lebih civilized (bertamadun) pemikirannya, kita ke masyarakat orang asli??
Hmm..(susah juga nak jawab tu..)

No comments:
Post a Comment