Quite interesting, don't you think ?
(Btw post seperti ini hanya akan berlaku dalam 2 keadaan: 1-bila saya takde kerja 2-bila saya byk gila kerja and taktau nak buat yang mana. Suka sangat personaliti test camni walaupun tak confirm betul pun)
Eh, ada sedikit nak berkongsi dengan kamu semua harini.
Semalam saya ala-ala stressed dan tak tau nak mula kerja macam mana. Sebab banyak sangat test esok dan lusa, dan projek pun tak siap-siap lagi. Kemudian saya pujuk hati dengan ayat favourite saya (surah Ar Ra'd : 28..taktau?sila ambil terjemahan Al Quran dan baca sendiri okay). Kemudian tergerak hati mencapai Al Quran, dan sewaktu baca terus terjumpa ayat ini :
Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang krpadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai ujian), sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (Al Baqarah : 214)
Hati saya sangat gembira dan terharu. Sesungguhnya Allah memang nak tunjuk dan motivasi diri ini. Bila fikir balik, kita ni stressed dengan projects, tests, assignments, presentation, exams je pun. TU JE PUN.. bukannya kita ni diancam bunuh ke, dalam peperangan ke, di ambang maut ke. Kalau kita rasa kita la paling unfortunate dalam dunia ni sebab kena berhadapan dengan setakat ujian-ujian akademik macam ni, senang cerita kita tengok sirah Rasul dan sahabat. Tak pun tengok balik perjuangan pejuang Islam contohnya Hassan Al Banna atau Zainab Al Ghazali. Ujian yang kita hadapi ni seperti mereka ke?? Saya rasa, sikit pun tak menghampiri seperti mereka. Cuma kita yang selalu membesar-besarkan perkara kecil. Dan yang paling penting, Allah dah janji : sesungguhnya pertolongan Nya adalah dekat...wah! what's more relieving than that??!! Maka saya termotivate semula..:)
Okay, tu je perkongsian hari ni. Sama-sama la kita renung kembali..harap boleh memberi impak sedikit sebanyak dalam kehidupan kita.
By the way, All the best utk kawan-kawan yg sedang final exam dan akan exam (seperti saya!)!! All the best and we CAN DO IT!! (with Allah's blessings..)
* wah wah syamott n ci..kamu dah nak grad ye? Jealousnyaaa!!=P