Saturday, August 11, 2007

All You can Eat?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya sangat tertarik dengan tagline yang saya jumpa di laman web Ustaz Hasrizal (link boleh didapati di kanan anda, post mana bolehlah anda cari sendiri ya) yang berbunyi :

LIFE IS ALL-YOU-CAN-EAT BUFFET.

Maksudnya lebih kurang seperti kebaikan dalam kehidupan ini adalah untuk dinikmati bersama, bukan sendiri-sendiri, atau bersifat eksklusif untuk sesetengah orang sahaja. Atleast, beginilah lebih kurang yang saya fahami.

Macam selalu saya buat, saya telah terr-tukar sedikit perspektif ayat ini lebih kurang 90 darjah. Sekilas pandang, saya sangkakan tagline ini bermaksud lain: Iaitu kehidupan ini adalah seperti buffet yang boleh kita makan semuanya kalau kita mahu, tapi persoalannya perlukah kita makan semuanya walaupun itu yang dihidangkan di depan mata kita?

Saya teringat lebih sebulan lalu apabila Ma belanja kami sekeluarga makan buffet sebab dapat diskaun untuk buffet dinner itu. Memang banyak sangat makanan, daripada kambing panggang, western food, oriental food, pelbagai jenis rendang (rendang pucuk pegaga pun ada!!=P), desserts sampailah ke buah-buahan tempatan termasuk durian, semua pun ada. Pendek kata memang meriah la. Tapi secara realitinya, kami takpun makan setiap satu makanan yang disediakan. Tak larat satu hal, satu lagi sebab tentulah setiap orang ada preference masing-masing.Jadi hanya makanan yang disukai je dipilih, yang selebihnya tak dimakan pun.

Ok itu semua analogi je sebenarnya. Nak cakap sebenarnya kehidupan kita ni pun macam buffet tu jugak, segalanya terhidang di depan mata, yang baik, buruk, segalanya ada.Kalau kita nak, memang kita boleh ambil semua sekali, tapi perlukah kita ambil semua? Dan terpulang kepada kebijaksaan iman dan akal kita memilih yang mana kita mahukan dalam hidup. Bukannya main redah je semua, yang buruk, baik, semua kaut... dengan alasan hidup ini hanya sekali, atau pun kita ni masih muda lagi, jadi kita ENJOY!! (oops, macam penah dengar je kan??)

Satu lagi mindset masyarakat yang pernah saya bincangkan dengan ibu bapa saya.Yup , kami berbincang dari sekecil-kecil hal sampai la isu-isu semasa. Seronok :) Situasinya, ramai orang beranggapan kalau seorang lelaki pergi ke negara jiran (baca :Thailand, specifically : Bangkok) terutama kalau pergi tanpa keluarga atau isteri, mesti ada maksud lain (anda faham kan?). Jadi para isteri dan ibu pun risaulah yang teramat, fikir yang bukan-bukan kalau suami outstation ke sana. Tapi jawapan ibu dan ayah saya senang saja. Kalau kita betul cari benda tu, mesti kita akan jumpa. Tak payah pergi ke Bangkok pun, di KL sahaja dah banyak hotspots sebegitu. Kalau tak cari, tak jumpalah! Senang kan:) Orang yang jumpa tu dia memang sendiri pergi cari. Kalau niat baik untuk bekerja atau melancong saja, insya Allah tiada masalah. Kesimpulannya jangan cari penyakit..

Life is all about choices. So choose!
(Idea ini dicedok daripada seorang motivator yang terkenal dengan program Take Charge!nya. Siapa? Boleh cari sendiri ya..google pun boleh:)

Haa panjang tak kupasan pemahaman yang saya fikir apabila membaca tagline di atas tu, walhal maksudnya agak lari daripada maksud sebenar penulis dalam rencana asalnya kan. Tapi tak kisah la, asalkan kita dapat ambil pengajaran daripada apa-apa yang kita buat, lihat, dengar dan rasai.

Its amazing how human's brain works, isn't it :)

No comments: