Ni majlis Afham dan Kak 'Aisyah, maaf lah gambar candid je yang saya ada.. majlis yang nice, sweet and simple. Tahniah ya :)
Untuk yang belated, Selamat Pengantin Baru kepada Kak Fhadi dan pasangan (24 May), my second cousin (24 May), Kak Idah dan pasangan (31 May), Kak Nonie and pasangan (err bila entah date? huhu lupa)..dan juga yang becoming yang memang banyak la, Syahad and abg Mox , Kak Che Cah and abg Fuad, Hana and pasangan, semuanya 7 Jun, dan sorang lagi second cousin (8 Jun).Macam ada lagi tapi dah tak ingat dah. Tahniah semua, semoga berpanjangan dan diberkati-Nya :)
Konon-konon nak mengelak la tapi rasanya nak cakap di sini. Biasalah, people at my age, nak-nak yang baru grad, baru kerja ni semestinya akan dihujani soalan-soalan maut daripada saudara-mara, kawan-kawan2, junior2..pendek kata semua la akan tanya :
`Eh, awak bila lagi?'
Kekadang penat jugak nak jawab. Tambahan pulak my family belah mak bakal dapat dua orang baby generasi baru (bakal cicit2 pertama kepada nenek saya) hujung tahun ni.. And the pregnant mums semestinya, +/- lebih kurang je umur saya..huhu -_-
Ala korang ni, if you guys are around my age takkan la tak biasakan kena tembak soalan ni.
Sebenarnya macam ni je la nak cakap, bagi saya kahwin ni bukan perkara mudah. Bergantung kepada orang la macam mana situasi dia, financial status, family, tuntutan kerja masing-masing dan seratus satu situasi lagi yang ada. Memang la kahwin awal tu sangat digalakkan, untuk orang yang mampu dan cukup bersedia apa lagi, go ahead. Bagi yang nak planning dulu, kumpul duit dulu, selesaikan hal keluarga dulu, jadi apa masalahnya, teruskan je lah usaha anda. Semuanya ikut kemampuan masing-masing lah kan.
Jadi saya rasa macam tak berapa best bila ada orang membanding-banding dua situasi ni, dan menyatakan pendapat yang one is better than the other ( maksudnya kahwin cepat-cepat lagi bagus dari yang merancang dengan teliti dulu, or vice versa). For me, itis totally up to the person themselves, ikut keperluan, kesediaan dan kepandaian masing-masing la kan. Dan mungkin tak berapa perlu untuk highlight killer question tu banyak kali sangat, bila tiba masanya insya Allah kad/email/mesej undangan akan tiba di tangan/monitor/peti surat anda. Jadi tak perlulah risau ok :)
"Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An Nur: 32)
Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar Rum : 21)
Allah dan Rasul pun dah bagi panduan kan? :)
Rasanya mood kenduri kahwin akan kekal dalam seminggu dua ni lagi!Love is in the air~