Sunday, May 11, 2008

Ketahui perkembangan gerak kerja YB anda

Saya tahu ramai yang dah tahu, tapi saja nak bagi tahu juga supaya ramai lagi yang tahu dan ambil tahu.

Sebenarnya ramai dah ahli parlimen dan ADUN yang buka blog / memperkemas blog masing-masing lepas dapat mandat dari rakyat 8 Mac lepas. Supaya mudah berinteraksi dengan rakyat dan dapat mencapai ketelusan dalam mewakili suara rakyat, bukan setakat syok sendiri. Tapi yang sedihnya, kebanyakan aktiviti dan perkembangan mereka tak dapat kita ikut dalam akhbar mainstream mahupun media elektronik. Saya pun tak faham kenapa. Berikut saya senaraikan beberapa laman yang saya sering ikut :

DUN Selat Klang, Selangor YB Dr Halimah Ali
DUN Chempaka, Selangor YB Iskandar A Samad
DUN Gombak Setia, Selangor YAB Dato' Dr Hasan Ali
DUN Puchong, Selangor YB Gobind Singh Deo
DUN Seri Setia, Selangor YB Nik Nazmi (ADUN termuda di Malaysia)
DUN Hulu Kelang, Selangor YB Hj Saari Sungib
P Petaling Jaya Utara, Selangor YB Tony Pua
P Kelana Jaya, Selangor YB Loh Gwo Burne

P Titiwangsa, KL YB Dr Lo' Lo' Ghazali
P Lembah Pantai, KL YB Nurul Izzah Anwar

DUN Paroi, N Sembilan YB Mohd Taufek Abdul Ghani
P Rasah, N Sembilan YB Loke Siew Fook

P Pokok Sena, Kedah YB Ustaz Mahfuz Omar
P Pendang, Kedah YB Dr Hj Mohd Hayati Hj Othman
P Padang Terap, Kedah YB Ustaz Nasir Zakaria

Yang `otai' orang lama blogger dan ahli politik macam Husam Musa, Jeff Ooi, Lim Kit Siang tu semua tak payah la saya highlight lagi rasanya, sebab blog mereka memang dah established lama dah.

OK la saya mengaku, saya agak self-centered di sini sebab senaraikan laman yang ada kepentingan dengan saya atau yang saya minat je. Habis, takkan la saya nak senaraikan semua blog DUN dan ahli parlimen kat Malaysia ni kan. Yang lain cari la sendiri. Eh tapi bagus jugak tu, cadangkan buat usul kat parlimen mintak diorang buat satu website yang ada senarai blog semua MP dan ADUN kat Malaysia ni. Kan senang rakyat nak berinteraksi dengan pemimpin.
So dah tau ni kalau ada cadangan, masalah atau tak puas hati, boleh terus je berkomunikasi dengan pemimpin anda :)

Dan saya turut meng `google' sedaya upaya untuk mencari blog Pak Lah mahupun KJ,ataupun pemimpin BN yang lain, tapi tak jumpa. Siapa yang jumpa sila bagitahu saya ye. Dan yang kalah baru nak buat blog tu, atau blog sekejap ada sekejap delete tu saya tak layan. Haha.

Rakyat Malaysia dah bijak sekarang.

No comments: