Salam and good day.
Semalam sempat tengok HUJAH di tv9, antara Nik Nazmi (PKR, ADUN Seri Setia) dengan Datuk Ahmad Fuad Zarkashi (BN, ADUN Batu Pahat).
Impresi pertama
My first impression adalah eh, kenapa ADUN paling muda lawan hujah dengan pembesar BN yang berpengalaman. Tengok je dah rasa macam tak adillah kan, habislah budak muda ni kena dengan orang yang dah dekat nak baya ayah dia. Tapi haritu pernah juga tengok forum terbuka yang salah seorang panelnya Nik Nazmi, boleh tahan jugak dia ni. Di samping tu berharap la jugak nak dengar hujah-hujah yang ada fakta, facts and figures (macam tajuk blog ni la jugak kan) dari wakil kerajaan BN ni sebab sebelum ni Shabery Cheek dah fail dah. Asyik tengok pemimpin PR je fully equipped dengan research dan fakta sebelum berhujah, takkan la pemimpin BN ni lekeh sangat kot.. (saya ni memang dah mindset untuk sentiasa mengambil positive and negative side at once, jadi tak salah saya berharapan macam tu kan?).
Seterusnya
Then throughout the session, alamak apakah ini.. tengok yang muda relax, tenang dan keluar macam-macam fakta. Yang berumur ni pulak emosi, gelabah dan asyik ulang benda yang sama. Ok mungkin ada yang tak tengok kan slot HUJAH tu, tajuk dia lebih kurang menjurus untuk pilihan raya Permatang Pauh 29 Ogos ni, antara Prestasi dan Simpati lebih kurang macam tu la.
Nik Nazmi supply info pasal kerja-kerja kerajaan PR di Selangor, yang Datuk Fuad pulak asyik hentam.. kata kerajaan Selangor supply air untuk 3 bulan pertama je, caruman untuk warga emas, manifesto tak dapat laksanakan semua, dsb. Yang hairannya dia dok hentam kerajaan Selangor, kerajaan Johor bagi apa kat rakyat? Dari dulu sampai sekarang Johor tu kan kubu kuat BN, jadi dia bagi apa kat rakyat? Soalan ni kerajaan Johor la yang boleh jawab. Dah la tu, tak perlulah beriya nak hentam kerajaan Selangor padahal rumah sendiri tak berjaga. Dah la topik hujah ni untuk bincangkan overall senario politik negara, antara Prestasi dan Simpati, yang dia dok hentam kerajaan PR Selangor tu terus dua-dua lari topik dan debat pasal manifesto Selangor pulak.
Dan dalam slot tu jugak, Datuk banyak kali tekankan yang PR menang sebab faktor emosi, mengambil contoh Parlimen Permatang Pauh. Rentetan Anwar dipenjara jadi PKR menang tahun 1999 sebab emosi, orang bersimpati kat Wan Azizah. Tahun 2004, sebab emosi jugak PKR menang. Juga tahun 2008, rakyat beremosi maka jadilah tsunami politik. PR menang bukan stakat di Permatang Pauh, tapi siap ambil alih beberapa kerajaan negeri. Bila dengar statement dia ni la rasa nak marah ni, ingat rakyat ni bodoh sangat ke undi hanya sebab emosi. Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan rakyat bertindak macam tu (dah tak tahan dengan kerajaan sekarang, kebebasan media disekat, kemudahan infrastruktur kurang, rasuah dan korup) di samping faktor undi simpati yang memanglah ada impak sikit sebanyak. Come on la, kami rakyat ni taklah bodoh sangat kan.. pilih kerajaan hanya sebab simpati dan beremosi.
Kesimpulan
Apa-apa pun baguslah dah banyak program macam ni, debat perdana, hujah, forum.. at least kita (rakyat) boleh tengok macam mana pemimpin ni berhujah. Pandai ke tidak ke.. bersedia ke tidak ke. So jangan lupa la bukak tv dan tengok dan nilai sendiri dengan mata kita, macam mana pemimpin kita sebenarnya.
p/s: chis.. dah lama tak tulis pasal politik ni.. tunggang terbalik dah bahasa.. isi dan ayat pun berterabur.Minta maaf ye semua.
No comments:
Post a Comment