Alhamdulillah, berjaya menonton Kopitiam Ghadir.
Sebelum:
Telah menjumpai jalan ke Muzium Telekom tetapi terlepas simpang untuk meletak kereta di Jalan Gereja.Sebab banyak jalan sehala, telah tersesat sampai Jalan Pudu dan telah marah-marah sebab jem rupanya hanya roadblock malam Sabtu. Terima kasih kepada BB 3G Hazel, Google maps yang bertindak bagai GPS telah menyelamatkan kami.Berjaya tiba di Muzium telekom pada jam 8.40pm, cuak kerana takut tidak dibenarkan masuk padahal persembahan belum dimulakan. Sempat meng`usya' telefon lama dan radio pertama digunakan di Malaya.
Semasa:
Ini pengalaman pertama kami menonton teater, maka sudah pasti set setaraf IB lengkap pentas bergerak atau MPO yang eksklusif menjadi bayangan. Namun sangkaan meleset kerana pentas hanyalah ruang `corner' muzium dengan props sederhana, dengan kerusi plastik 3 baris untuk penonton. Humble set, I suppose. Oh, sudahkah saya mengatakan `tiket' masuk adalah berupa booklet tentang teater ini?Lengkap dengan hadis yang dirujuk dan dialog para pelakon, serta lirik lagu yang mengiringi persembahan.Interesting indeed.
Secara keseluruhannya, persembahan menarik, sederhana namun menghiburkan. Dialog kelakar yang penuh makna, dengan empat karakter berwarna-warni dan hadis dirujuk lengkap dengan kitab dan matannya menyebabkan teater ini penuh makna dan tidak kosong. Menariknya, semua pelakon memakai jersi pada malam itu,mungkin seiring dengan demam Piala Dunia semasa.Teater ini adalah teater muzikal, maka dialog diserikan dengan lagu memuji Rasulullah dan keluarganya kedengaran segar,mungkin kerana lagu-lagu ini semuanya dicipta sendiri dan belum dikomersialkan.Cuma, saya agak berharap irama yang dibawakan lebih kontemporari untuk menarik minat anak-anak muda, kerana kebanyakannya bersifat irama malaysia dan tipikal nasyid.Irama joget pun ada..meriah kan?
Selepas:
Jadi pementasan sejam suku tidak begitu lama dirasakan.Tahniah kepada FT dan team Revolusi Pembudayaan Selawat (RPS) atas inisiatif mendekati masyarakat melalui wadah seni sebegini.Setidaknya, penonton seperti saya akan semakin rajin membuka lembaran sejarah tentang Ghadir Khum yang merupakan antara peristiwa penting dalam sirah Nabi.Untuk tuan puan yang kurang mengetahui, di Ghadir Khum inilah Rasulullah berhenti rehat selepas mengerjakan haji terakhir dalam perjalanan pulang ke Madinah dan telah diriwayatkan satu hadis semasa di tempat kejadian.
Kesimpulan:
Harapan saya agar karya-karya penuh mesej Islamik sebegini akan diangkat oleh penganjur berbajet tinggi dan dipentaskan di tempat berprestij seperti IB,MPO dan seangkatan dengannya.Rasanya lebih berbaloi menaja inisiatif begini daripada menaja team bola sepak yang tidak konsisten persembahannya (hanya contoh, tiada kaitan yang hidup atau mati).
1 comment:
contoh awk y last tu agak kelakar. tp comel.
Post a Comment