Tiba-tiba saya teringat tempat itu.
Terbayang barisan lurus pokok metasequire yang sangat menawan. Pada mulanya disangkakan pokok itu tumbuh secara natural, namun sebenarnya ia berasal dari negara lain dan ditanam di situ untuk mencantikkan landskapnya yang sedia indah. Juga pada mulanya pokok ini ditanam kerana fizikalnya yang cantik, lurus tinggi dan dikatakan antara pokok yang paling cepat kadar penumbuhannya (tinggi) di dunia. Setelah lama baru kerajaan Korea mengeksploitasi kegunaan pokok ini di bandaraya Seoul, di mana daun pokok ini yang luruh boleh mengurangkan kelicinan jalan semasa musim salji. Walaupun ketika itu musim panas baru bermula, masih terasa angin nyaman menghembus dan sesetengah pokok turut mengeluarkan daun warna-warna musim luruh – merah, jingga dan coklat. Di hujung deretan metasequire ini kelihatan tasik indah berbalam-balam disinar cahaya matahari. Nyaman dan menenangkan.
Seperti mana saya ingin kembali ke Amsterdam pada musim bunga untuk menikmati tulip kegemaran, saya juga ingin kembali ke Nami Island, Korea Selatan untuk menikmati musim salji.
Itupun insya Allah, jika Allah memberi laluan dan permudahkan urusan.
No comments:
Post a Comment