Sunday, September 26, 2010

How I wish I can fly

These are my new fleet of aircrafts..
 
ehemm it is a pleasure to be able to say that and imagine I owned a real fleet of aircrafts!! :p But these are only models,obviously. They're beautiful and cheap, and the workmanship is not so bad.It is quite heavy (bermakna bukan plastik) and any alphabets were spelled correctly ( I adalah pantang melihat perkataan salah eja :P). I wish to add some more and make them a personal collection (adalah lambat kan, semorang dah ada baru I nak amik jadi personal collection kununnya). Sebenarnya to honour my big brother who loves models so much, but need to slow down (read:forget) his passion due to a ganaz little boy regarded as his son. With the little guy's custodianship, all form of toys/models may not be in the same condition within few hours.Hehe standard lah kan budakk..
 
 

Thursday, September 23, 2010

Enjoice


I am not gonna be biased or simply being egoist.
I am currently enjoying the smooth connectivity of my new modem. Ye, modem I berjaya sampai tengah hari tadi. Tepat sekali tuan puan, modem ni modem yang sama saya maksudkan dalam entry hatred penuh kemarahan sebelum ini.Hehe Untuk prestasi hari pertama,saya katakan ianya sangat memuaskan. Sebab sebelum ni sangat marah, saya dah lupa yang saya juga dapat freegifts melalui subscription ini berupa satu mobile modem dan satu internet kit.Cool kan? Internet kit tu sangat best terutama bila dapat dengan percuma (agaknya diorang memang tau marketing paling berkesan untuk orang malaysia adalah bagi barang percuma).
Antara benda yang ada dalam kit tuh adalah optical mouse,LAN cable,phone cable,card reader,lampu USB,USB adaptor dan 2-3 benda lagi yang I pun taktau nama dia apa.Agak impressive walaupun mouse dia baru guna tak sampai 2 jam, roller dia dah tak function. Haha mungkin penggunanya ganas. Mobile modem pulak telah dikidnap oleh hubby utk teman dia kat hotel yang kena bayar wifinya.Kunokan hotel tersebut. Mari kita tulis petisyen supaya dia bagi wifi servis free kat pelanggan kalo tak takyah dok hotel dia.Haha macam la boleh..kalo takdok situ nak dok mane lagi yang oi! Namun mengikut laporan encik hubby sebentar tadi, modem tersebut takdapat digunakan sebab takde coverage.Beselah kawasan kampung..huhuh
Kesimpulannya, pilihlah internet provider yang mesra kediaman anda (coverage) dan ikut preference la, suka mobile atau static,wifi atau cable.Yang saya beli ni since dapat mobile modem free, bestla kan. Sebagai seorang yg pernah guna banyak brand internet provider ni, i rasa yang ni mmg worth a try.But make sure your house dpt excellence coverage la,check tu dulu baru beli kalau tak mungkin akan hampa. Cuma masalah delivery tu je la cam drama dalam entry sebelum ni...tapi kalau tak beli online tak dapat plak freegifts dia kan. Haha enjoice :)
Until then :) haha pasni nak try download pakai bittorrent lak.Wahh berlagak gituhh

Wednesday, September 22, 2010

Pengalaman ngeri order modem

Saya tengah boring tunggu husband saya balik kerja.So saya nak cerita pasal modem wifi satu company yang saya order tak sampai2 sehingga saat ini.
Disclaimer: Post ini bukan untuk mengulas servis/connectivity internet company tersebut sebab sampai la ni tak dapat modem lagi. Sekadar berkongsi pengalaman ngeri menunggu delivery mereka.
 
7 September : Saya berchatting dengan ejen dalam website company ni untuk dapatkan info.Sangat bagus feature chat ni sebab customer bleh berinteraksi terus dengan ejen. Bila saya berminat untuk melanggan, ejen tersebut terus call saya untuk explain lebih lanjut. Saya setuju dan membuat pembayaran.Transfer duit kat akaun beb, terus dapat.Bukan main credit card ye. Ejen tersebut berjanji modem akan sampai hari Khamis (sebab Rabu tak sempat).Saya pun oklah setuju.
 
9 September : Hari sebelum raya.Mak dah bising soh balik tolong masak rendang tapi sebab diorang kate nak hantar modem saya tunggu laa kat rumah. Sampai kul 1 petang tak muncul2 lagi. Bila call kata diorg dah suruh courier company hantar tapi tak tau kenapa tak sampai lagi. Mereka janji akan call saya balik untuk confirm status.Tapi sampai petang, sampai malam taklah nampak batang hidung mereka. Ok saya sabar, sebab esok nak raya.Diorang sibuk bakar lemang or main bunga api kot.
 
13 September : Harini hari bekerja. Saya pun call lagi tanya bila nak hantar modem. Pastu tetiba baru diorang cakap polisi penghantaran antara 3-7 hari bekerja. Cis kenapa masa saya place order tak sebut apa2. Siap assure betul kak, hari Khamis sampai. Sebabkan saya pon nak balik kampung nun di Utara saya pon sabar lagi.Harini adalah hari keempat bekerja.
 
17 September : Saya MC,tunggu kat rumah dengan penuh harapan tapi hampa.Call lagi. Eh dah kali ketiga saya call rupenye. Diorang still cakap benda yang sama, 3-7 hari bekerja. Saya mintak diorang tukarkan address of delivery sebab harini last day ada kat rumah, esok dah bekerja.So takde sapa nak sign kalo courier tu datang.Diorang kata ok, bagitau je kat courier company tu bila dia call I nanti.Tunggu punya tunggu,tak call langsung walaupun harini hari ketujuh bekerja. Saya masih sabar walaupun agak marah.Tapi hubby lagi marah sebab dia takleh monitor kerja dia dan terpaksa cari wifi tempat lain.
 
20 September : Hari kelapan bekerja.Sepatutnya dah lebih dari timeline yang diorang sendiri bagi.Masalahnye yang I pelik sangat2, diorang ni tak monitor pun courier company tu hantar barang dalam 3-7 hari bekerja cam diorang katakan. Kalau call je mesti nak kena update dengan department lain, then department tu yang update dengan courier company. Pastu boleh tengok status je, takleh buat pape. Padahal duit customer dah amik siap2.Punyalah pelik dan tak customer friendly modus operandi mereka.Pastu setiap kali call diorang asyik bagi case number baru padahal sebelum2 ni I dah complaint. Takkan tak jive kot data diorang sebab diorang refer to my IC. Husband I hampir jadi incredible hulk dah.Sampai mak i yang tak berapa internet savvy pun dok tanya2 kenapa tak dapat modem lagi. Stress I. Kami pun menumpang kasih wifi di Bangi Kopitiam hari sebelumnya.
 
21 September : Nak dijadikan kes ni dramatik, harini I tertinggal henpon kat rumah. Pastu bila balik security guard cakap tadi ada orang datang nak hantar package tapi I takde and diorang takleh sign on behalf. Jadi I check hp and betul ada nombor unknown. I call dan cakap nak suruh diorang hantar pi opis sebab kitorang kerja dan takde kat umah. Diorang kate nanti dia check ngan boss and call I balik. Tapi tak tepon sampai la subuh.
 
22 September : I call nombor budak courier tadi.Dia pass kat kawan dia yang katanya cover tempat opis I untuk delivery.Kawan dia kata ok, dalam tengah hari akak tunggu la nanti saya call. Sampai kul 4 I tunggu tak tepon2.So I call mamat pertama yang I ada nombor ni,dia pun tak tau. Dia bagi I nombor coordinator dia,Encik Z. Bila I call Encik Z dia kata kena dapat arahan dari opis dia dulu baru dia leh tukar tempat delivery. I dah hangin satu badan..cakap tadi boleh. Pastu haritu company modem tu cakap I bleh deal terus ngan courier tu utk tukar address. Sengal memasing. I pun tepon hotline company modem tu setelah put onhold 3 minit, baru dia angkat. Dan dia kata ok kak, saya akan lodge report utk tukar address. Baru nak lodge report??????? Yang sebelum2 ni I call tu korang tak buat pape ke.Cis bedebah. I masih control intonasi suara I, kena la cakap bebaik kita kan rakyat Malaysia berbudi bahasa. I pun bagi address opis I,skali lepas tu baru I perasan poskod salah. Ahh padan muka. Abis takkan ko taktau mercu tanda KL ni kat mana kan.Pastu I dengan lemah lembutnya cakap bleh tak modem sampai esok. Nak je paksa sampai harini tapi memang langsung tak mungkin lah kan.Pisang pun lebih besar kemungkinan untuk berbuah dua kali. Pastuuuu dia cakap `tak sure lagi esok boleh sampai ke tak kak, sebab biasanya ambil masa 3-5 hari bekerja'. Owh saya sangat mendidih.Dia treat case aku as new case!!dah dekat 2 minggu aku tunggu tau tak.Pastu dah la I takleh cancel order sebab dah bayar.Kambeng sungguh.Pastu bermula la episod I marah budak tu sampai semua orang kat department I dengar. Tidak I tak menengking sedikit pun,I hanya marah secara profesional.Kalau U jadi I, U marah tak? Haa.Dah bayar tau.
 
Haa panjang tul kronologinya. Ni tak habis lagi ni, sebab barang tu tak sampai pun kat I lagi. Tapi I nak buat kesimpulan dulu:
 
1) Jangan beli modem direct kat company ni.Baik gi booth or agent sonang citer takyah poning2.Ataupun cari je brand lain suda.
2) Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, janganlah berjanji kalau tak boleh ditepati.Saya pantang orang mungkir janji. Kalau tak mampu takyah la janji, especially kepada customer. We will understand that. But if you lie to sell you product, that is totally unacceptable.
3) Remember I belum pakai lagi modem ni. Rasanya kalau I pakai dan servisnye tak memuaskan, memang I terbakar beb.Bakarrr (meminjam lawak abah husband I : `eh, Bakar tu abah..' ye nama abah mertua I Encik Abu Bakar)
4) Sabar banyak2 walaupun di bulan Syawal.Bukan Ramadhan je kita kena sabar ye.Kalau anda maki hamun atau bertukar jadi Encik Hulk pon takkan menyelesaikan masalah. Betul takk
5) Good thing is, I've had this experience. I will remember this for the rest of my life.
 
Ok tu je, next time I will talk about the service, if I ever receive the modem that is. 
 

Sunday, September 19, 2010

Its Raya (though the holiday is over)

Salam Aidilfitri and selamat puasa sunat enam hari to everyone.Oh yours truly blum start lagi puasa enam sebab banyak sangat jamuan sepanjang minggu raya, cuba esok kot. Heheh alasan.
 
1. How was your raya experience? To describe mine in a word..it was a RUSH.Yup eventhough I had a week-long leave. However I managed to go back to all kampungs in time, alhamdulillah. But.. if you,like me initially, think that kawin dengan orang sekampung ni will ease your raya plan and itinerary, well my experience proved it wrong! It is equally tiring since you're so near to your families and were expected to attend ALL family events..evenmore tricky when you have events from both families at the same time! Well, we really need to meet all expectations and ensure fairness to all.
 
2. During the raya eve, when we supposed to go back to my PIL's house after buka puasa for takbir raya, Mama burned her feet with santan mendidih yang nak dimasak rendang hence she was unable to drive back to Seremban. So hubby joined the takbir raya at my housing area and later we fled to Port Dickson dan apparently beraya di sana.Pastu tengah hari and second raya sambung beraya with my family pulak..pastu third raya with his family again.Sib baik kesemua tempat beraya di sekitar negeri yang sama sahaja..or else entah la tak tau nak cakap pe.
 
3. Our Kedah and Perlis balik kampung trip was shorten to three days only, so we only managed to hit-and-run the relatives' houses. Tak sempat gi umah kekawan pun :( Tapi sempat gak gi Pekan Rabu and Padang Besaq, haha. Fortunately we were not caught in traffic jams in both northbound and southbound, which was quite unexpected. The R&R also is not too packed, thanks to the long holidays so people may travel back to their hometowns and come back to the city in stages.
 
4. Hubby's relatives beraya (read : menyerang) our house with a really short notice,a day after I just came back from Kedah. I was initially panicked and goes `habislah aku' sebab taktau nakmasak pe and first time kena masak utk kuantiti yang besar.Jadi cuba teka I masak apa? Hahaha cam biase my signature dish la kononnya dan makanan tambahan lain. Pagi2 dah gi pasar, gi Giant sume and masak siap2 sebelum pergi jamuan raya makcik(ada gak jamuan raya tuh). And then balik sambung lagi prepare apa yang patut...dan beli satay nak tambah makanan sikit.Kesimpulannya nasib baik makanan cukup! Hahah atau mungkinkah mereka lapar? The next day I boleh kemas rumah yang seperti dilanggar todak itu kerana telah MC.Heheh
 
5. Kenapa I MC on Friday? Doctor tu yang bagi, I tak mintak pun. Heheh. Actually I was attacked by mouth ulcers and swollen gums right from raya pertama. Ni bukan sikit2 nyer ulcer, ada dekat seploh ulcer dalam mulut sampai kelenjar bengkak (I tak sure la nodus limfa ke kelenjar pe, tapi kelenjar yang bleh rasa dekat dagu sampai ke gusi kanan. Doktor2 sekalian sila bantu I untuk penjelasan ye). Memang sakit gila dan yang takbest adalah daku hanya mampu memandang juadah raya yang disediakan semasa pergi beraya :( Makan pun buat alas perut je. My last resort adalah pergi kedai ubat cina and dia bagi watermelon based powder to ease the ulcers and pil sakit gigi..he ensured me all are plant based.Jadi I tawakkal and anggap as ikhtiar je la sebab tak tahan sakit sangat -_- Alhamdulillah it helps alot, but not enough to kill the pain. Bila balik KL baru I gi jumpa doctor, and he gave me antibiotic, mouthwash ( dia kata air garam tapi aku rasa cam Listerine), oral aid and painkillers. Of course I abandoned the painkillers and oral aid. But I guess the mouthwash helps me the most! Ye rakan2, sekiranya anda ada ulcers, gunalah Listerine sekerap mungkin kerana ia boleh menghalang ulcers anda dari merebak.
 
6. Last Saturday was another busy day for us.Hubby kerja on Jumaat jadi walaupun I MC, I kena tunggu dia balik and masak pulak ayam goreng rempah untuk dinner (eh saja nak berlagak?hahah) pastu ada ke layan saringan Piala Malaysia Felda FC lawan Selangor. Cis cis I pun terjebak. Sebenarnya excited nak tengok sebab Felda FC dok area apartment we all (some of the units are service apartments) for the match. Hahah apa2 laa kesimpulannya malam tu gak kena bertolak balik Seremban kerana pagi2 Sabtu tu I dapat contract masak signature dish aku seperiuk. Wahh ni pun tak penah dibuat sebelum ni.. I tawakkal je lah.Selawat and masak dengan penuh kasih sayang supaya menjadik. Haha namun segalanya berjaya disiapkan in less than two hours! Bravo untuk diri sendiri. Kendian lari pi USJ Makteh nyer open house, kendian tunggu Cik Kucing yang kerosakan kereta dan terpaksa naik komuter dan gi wedding di PD pula. Pastu perlulah bergegas pulang sebab rumah my parents juga ada open house..huhu -_- ye cerita belum berakhir di situ. Ada another open house jiran encik husband maka perlu lah pergi juga. Sekian laporan sebelum masing2 flat yang amat. Paling menggembirakan adalah my signature dish habis!
 
7. Last day of raya holiday started with a stroll at pasar pagi kat Stadium Shah Alam. Semangatkan my PIL drive all the way from Seremban semata2 nak gi sini.Selepas merembat beberapa barang, PIL dan adik2 gi Poly Shah Alam and balik seremban mengantar adik2 balik asrama, while kitorang meneruskan agenda membeli belah sebelum flat di sebelah petang. Malamnya melayan hatrik Berbatov and free/penalty kick Gerrard sambil bersedih sebab esoknya kena kerja...oh ya, hubby juga bersedih kerana Liverpool kalah.
 
8. Sangat banyak jemputan openhouse dan juga wedding reception yang tak sempat hadir. Thanks for inviting ya, dan kepada newly weds, tahniah atas your new status! Selamat melayari bahtera perkahwinan.. heheh. Juga ada a few friends yang menyambut orang baru musim raya2 ni..tahniah juga diucapkan :) Semoga baby membesar dengan comel dan montel serta jadi anak soleh/solehah! Akhir kata jemputlah beraya di Bukit Keramat ya! Dan setelah tamatnya mood raya nie, kembalilah kita ke fitrah dan tanggung jawab seperti biasa.. chayok2 (haih Monday blues nie..it needs time to heal..)
 
9. My internet crisis is SO NOT OVER. Malas nak citer skarang.. tunggu habis baru cerita. Sorry I cant reply your comments, I cuma boleh approved kerana kekangan connectivity.But dont stop dropping your comments ye :)

Wednesday, September 08, 2010

Paradise is expensive

 
Dalam salah satu kuliyah Zuhur kat opis, ustaz ada sebut pasal sesuatu yang membuatkan saya berfikir. Kan biasa dengar orang cakap `aku memang budak jahat pun.eh suka hati aku laa nak jadi baik ke jahat, aku punya suka la!' Biasakan dengar? Tapi biasa tak dengar `aku memang nak masuk neraka.eh suka hati aku laa nak masuk syurga ke neraka kan? aku punya suka la'. Yang ayat kedua tu janggal sikit dan jarang orang cakap.
 
Sebabnya, tanyalah kat sesiapa, yang tudung labuh, tudung bawal, tudung singkat, tak bertudung, berjubah, seluar khakhis, seluar bermuda, seluar pendek bola sepak.. kesimpulannya semua lah, semua orang nak masuk syurga. Itu memang kehendak hakiki semua orang sama ada hidup atau yang dah mati. Saya juga percaya orang bukan Islam pun nak masuk syurga(bagi yang percaya). Takde yang sengaja-sengaja bercita-cita nak masuk neraka.
 
Berbalik kepada perenggan pertama tadi, kalau perasan ayat pertama dan kedua tu sama maksudnya. Cuba buat penaakulan mantik berdasarkan statement `hanya orang baik masuk syurga'. Bukanlah susah sangat kan.Eh statement saya tu betulkan? orang jahat tak masuk syurga kan? Jadi kenapa ramai yang rela jadi jahat? Atau mengaku jahat? Betul ke taknak masuk syurga? Dan nak masuk neraka? FYI, takde orang di tengah-tengah, semuanya sama ada di syurga atau neraka. Tu je option yang ada.
 
Atas dasar bersangka baik, saya yakin orang yang rela jadi jahat, mengaku jahat dan berperangai jahat ni ada terselit rasa ingin bertaubat dan ingin berubah menjadi baik. Yakin yang teramat yakin. Cuma masa menentukan, atau istilahnya `sampai seru'. Persoalannya, kalau seru tu sampai.Kalau tak? Atau kalau seru tu sempat sampai.Kalau tak? Husband saya suka tunjuk youtube pemain bola sepak yang ditarik nyawa masa sedang main bola. Memang nampak nyawa dia kena renggut dan nampak fizikal dia sakitnya dicabut nyawa.Boleh la cari di youtube kalau belum tengok. Sangat menginsafkan.
 
Jadi tu lah dia.Ada sorang ustaz lain suggest, kalau kita jumpa mat rempit ke, orang islam minum arak ke, yang degil tak pose and tak solat ke, kita pegang tangan dia dan cakap `awak nak masuk syurga tak?' mesti dia jawab `NAKK' punya kan. Common sense. Tapi nampak tak contradiction antara amalan dan kehendak tu? Itula yang selalu kita buat. Nak baik-baik aja, nak masuk syurga, nak berjaya, nak kaya, nak itu nak ini. Tapi kadang2 kewajipan kita sebagai hamba kita lupa nak buat.Terlupa, bukan sengaja lupa. Tapi takut gak kalau Allah `terlupa' nak masukkan kita ke syurga..
 
Last but not least, saya nak share quotes yang boss saya share dalam satu talk yang dia pergi baru-baru ni. Memula sekali imbas rasa biasa je, tapi bila saya baca ulang2 kali terasa menusuk di jiwa. Rupanya segala usaha dan kesusahan yang kita buat di dunia ni, macam bangun malam utk qiam, dah la tengah ngantuk2 dan badan penat seharian bekerja, gagahkan diri gak bangun (walau biasanya kantoi).Dan kenapa kita buat semua kerja2 amal, buat program2 nak ajak masyarakat kenal Islam, buat itu buat ini..semuanya terjawab dalam quotes yang dia share. So Doc, if ever happens you come across my writing, I hope you don't mind I'm sharing this.Although I'm sure you'll be more than happy to let me share it here :) Enjoy!
 

"Jannah (paradise) is expensive, ukthee (sister).

The Prophet SAW says "Is not the prize of Allah expensive?"

It is, by Allah.

 

It requires a lifetime effort.

It requires hardwork, ukhtee.

It requires getting up in the morning, and leaving your sleep and your comfort and your work.

It requires struggle with your life and your soul.

It requires you taking your money and not spend it in your own comfort, but spend it in the cause of Allah.

It requires you prefer the love of Allah and that of religion and that of Islam over and above your own love.

 

"Is not the prize of Allah expensive?"

Wallahi (by Allah), it is expensive ukhtee.

You cannot attain Jannah by pleasure of the heart.

It can only be attain by hardwork, ukthee." – Tawfique Chowdhury

 

Tuesday, September 07, 2010

Ramadhan Insights #3 (last kot)

Well, believe it or not, it is already 29 Ramadhan.
 
1. I am sad to leave this holy month. The reason being is simple: again, I still think I did not optimize my Ramadhan to the fullest. Yes, I had my iktikaf,qiam,tahajjud,tasbih and quran recitation moments, but I believe a lot of people did way better than me, and I envy you guys! I really really hope I am still around to embrace another Ramadhan to get yet another chance of seizing barakah and most of all, having all my sin being forgiven in a blink of an eye, insya Allah. Although it is plain hard, but everyone have the same opportunity to seek for the most precious, most awaited night.
 
2. As most of you are aware, Encik A came home safe and sound, alhamdulillah two weeks ago. And he literally dragged me to various majlis berbuka puasa by his contractors at various hotels around KL. And I guess among the best place for berbuka puasa buffet is at KLCC Convention Centre. The food was good with variety of dishes; most of it fresh from woks e.g. mee goreng mamak, keropok lekor, ikan bakar etc etc. Decorations was marvelous with Raya theme. but the best part is they converted the whole hall beside the buffet hall into a giant surau, complete with portable wudhu' places. Not to mention clean, pretty telekungs are also provided! Yes, they were clean I assure you.Highly recommended!
 
3. I managed to bake cookies for the first time over the weekend! While Encik A was away for a bubur lambuk event nearby, I berperang di dapur untuk menyediakan chocolate chip cookies. Haha bak kata hazel ` Alah choc chip je, bukan buat dodol pun.Sure jadik punye!' Haha boy she was right and wrong at the same time. With new oven and practically zero experience in baking cookies, I burned the first batch of cookies.Ok mana I tau takyah preheat oven dulu! Sib baik the next batches turned out well, but I faced another problem. Cookies tak masak mengikut temperature and time yang disyorkan dalam resepi. Maka I keep baking them again and again, sampai dah flat tak larat. I started the project around 2.30pm but sebab oven comel bleh masuk sebatch je skali, sampai kul 5 tak habis lagi.Dah aku nak masak utk berbuka la pulak kan.. jadinya straight sampai bukak pose I masak, penat cam hape. Camnelah gayanya orang yang buat bisnes kuih raya tu kan.. tabik laa. Next cookies bila? Haha tengok la dulu, KPI I satu jenis je kali ini.Yang lain wait and see :p
 
4. Finally our internet crisis is almost over sebab ada orang dah resah gelisah dah takleh monitor well (read : perigi) dia over the weekend :P OK almost ye, kerana modem I hanya sampai esok sebelum pukul 12. Memang spoil planning balik raya betul.. Can you believe that TM takde coverage kat rumah I? Padahal blok2 sebelah ada.So sorry la streamyx, we resorted to P1 instead (as if we have other choice la). Let us experience it for a while and we'll let you know our review ok!
 
5. One fine morning ketika sedang bermalas-malasan di pagi cuti, we had the balik raya discussion for the second time kerana our parents twitched their plans a little bit. It is quite complicated as we need to go back to.... six kampungs?? Yes six. (1)The parents' house, (2)the inlaw's house, (3)mom's kampung, (4) abah's kampung, (5) MIL's kampung, (6) PIL's kampung! Luckily these places are scattered around two states only.. buatnya kalau ada kampung kat sabah ke, kelantan ke? hahah mungkin I terpaksa cuti raya 2 minggu.
 
6. My abah mertua beraya di perbatasan (wah term askar betul) tahun ni.. kesian mama. Tapi dia dah biasa. So I atau you jangan la merengek bermanja2 at least our husbands beraya skali ngan kita tahun ni.
 
7. Last but not least, I wish to seek forgiveness on any wrongdoings that I've done to you, yes each and every one of you.Maaf dan ampun atas segalanya..sayan hanya manusia biasa yang banyak kesilapan. To my loveliest Encik A, ampunkan dosa-dosa I yer..sorry tak sempat balas kad raya Abang. Hahah ok2 iklan2. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita sepanjang Ramadhan dan seterusnya buat bekalan di Akhirat kelak :) Jemput lah beraya di rumah ye kalau nak rasa choc chip cookies I.. haha (sila jangan high expectation, biase saje)