Friday, October 01, 2010

Self Reminder #1 : Orang cerdik beli insurans

(from now onwards, I will start the `Self Reminder' series; which are some knowledge I got anywhere and everywhere.A reminder for those who are forgetful, just like me! The writing might be reworded using my style, though but the content, I assure you will always be as accurate as possible.)

Siapa yang tak pernah beli insurans? Atau takde insurans lagi?
Saya! (saya mengangkat tangan, literally)
Saya belum beli insurans lagi, asyik nak beli tapi tak beli-beli sampai sekarang -_-
 
Ustazah harini cakap, orang yg cerdik beli insurans. Sebab apa? So saya dan awak yang tak beli insurans ni mungkin kurang cerdik..huhu tapi tahukah anda (wah macam TVIQ), insurans tak semestinya dibeli dari Pru,Ikhlas,Etiqa dan lain2, mungkin juga kita dah beli `insurans' tanpa kita sedari.
 
(bawah ni terus masuk point)
 
Kenapa orang cerdik beli insurans?Camne nak jadi orang cerdik itu? Org yg cerdik mempersiapkan diri utk hari kematian dan utk hari akhirat, itulah insurans yang dimaksudkan.Kata mudah, insurans 'dibeli' dalam bentuk sedekah jariah, amalan baik, buat baik, etc.

Kenapa perlu istighfar?
1) Kita perlukan perlindungan dari Allah
2) Kita perlukan doa daripada makhluk yg tak pernah berdosa(malaikat)
3) Kita banyak keperluan hajat

Ada 3 org bertemu hasan albasri dan mengadu mengapa mereka ditakdirkan begini, dan apa yang patut dilakukan oleh mereka:
-org yg buah-buahan di kebunnya tak menjadi
-org yg dah lama kahwin dan takde anak
-org yg miskin tegar

Jawapan Hassan Al Basri adalah, banyakkan istighfar.

4) Kita fakir,jadi memerlukan bantuan Allah dan perlu menyedari nyawa kita milik Allah

2 janji keselamatan dari Allah:
Al-anfal:33 ada 2 perkara yg selamatkan kita dari hukuman
1)dengan adanya Rasulullah di sisi kamu
2)org2 yg bertaubat

Kelebihan org selalu beristighfar:
1)Terasa ringan dengan musibah (Allah nak bagi pahala,sebab tu bagi musibah)
2)Terasa jauh dengan dunia kerana rasa segalanya hak Allah

Other references :
 
1)Alkahfi: 30-31
2)Surah nuh:13
3)Surah An-Naml : ayat 4
 
"Sesunggunya orang-orang yang tak beriman kepada akhirat, Kami jadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan mereka (yag buruk),sehingga mereka bergelumang dalam kesesatan"

Mari usaha sebanyak mungkin utk cari kebaikan sebesar mana pun!

(ayat terakhir perlulah kata-kata semangat! chayok2)

No comments: