Baru tadi saya dengar ceramah kat surau company, disampakan oleh seorang Muallaf yang sangat terer dan fasih memberi dalil..kalah kita2 yang lahir2 Islam nie.Memang malu sangat kalau attend talk diorang ni, sebab diorg embrace Islam and menghayati bersungguh2! Dalil takyah cakap la, dalam tangan. Main ingat2 dalam kepala terus tulis sepuluh ayah al Quran dengan maksud yang tepat! Jarang orang lahir2 Islam nak appreciate kan nikmat yang kita dah dapat ni. Sebab kita tak berusaha sungguh2 untuk dapatkannya kot..lahir2 dah jadi orang Islam.
As usual talk tentang fakta2 ayat alQuran berbanding sains and kitab/Bible sangat mengujakan dan menarik perhatian. To be specific tadi brother ni kupas pasal persoalan yang membuktikan Al Quran ditulis oleh Allah, dan bukannya oleh Rasulullah,oleh orang lain,tiru Bible,oleh syaitan or mana2 possible pihak lagi selain Allah.
I nak share satu benda yang sangat terkesan dalam hati, yang buat I sebak nak nangis. Masa sesi Q&A, ada orang tanya `Macam mana kita nak lawan Yahudi yang sangat bijak, tamak dan takkan habis berusaha nak hancurkan Islam?' At first saya ingat brother tu nak bagi jawapan intelek siap dalil bagai, tapi jawapan dia senang dan sangat menyentuh hati.
Dia jawab camni lebih kurang `Bagi saya, untuk lawan Yahudi adalah dengan kita semua orang Islam berpegang teguh seteguhnya kepada ajaran Islam. Itu je. Dan perkara ni memang tak mustahil sebab zaman silam kita dah lihat bagaimana Islam mampu memerintah dunia.So kalau kita berpegang teguh dengan Islam, bukan hanya kaum Yahudi, kaum Cina dan semua sekali pun mampu kita kalahkan'.'
Simple but smart.
Dalam kepala saya dok terbayang trend zaman sekarang..zaman saya la nie la
Di mana semua orang berlumba2 cari harta dan kepuasan dunia- bercuti, kereta mewah, rumah 2-3 bijik,investment sana sini untuk banyakkan duit, bisnes sampingan, pendapatan lumayan dalam masa singkat,etc
Sambil2 tu ramai yang dah tak ingat batas agama
Yang taktau sempadan auratnya, taktau sempadan pergaulannya, yang jaja cerita rumah tangga kat blog (kan trend sekarang blogging pasal personal life ni? Zaman kita kecik dulu mana ada!), taktau hukum hakam agama dalam kehidupan, mengumpat dalam facebook, yang terang2an lagi lah kan, macam2 lagi le tak tersebut.
Belom cerita gejala sosial zaman sekarang lagi tuh.. baru minggu lepas sembang ngn kekawan, ingat lagi masa kita sekolah benda paling dahsyat sekali berlaku adalah `tomboy' (saya sempat sekolah semua pempuan masa sekolah rendah). Tu pun pemakaian je pun and main minat2 kekawan yang cun..itu jer taklah sampai bawak masuk bilik segala.Sekarang? More than you can ever imagine.
Nauzubillah minzalik.
Dan all this while saya dan anda asyik bermimpi negara Islam akan ditegakkan di Malaysia?
Rupanya impian ini, mungkin hanya tinggal angan2, selagi saya,kita dan masyarakat Islam masih tak berpegang teguh dengan ajaran Islam.Tahajjud pon payah!
Ending macam ceramah tapi saya memang perlu constantly dengar ceramah untuk peringat diri.
Ok malam ni jangan lupa Alkahfi, almulk dan tahajjud. Setan sila jauhi diriku okeh.