Thursday, May 03, 2012

Post Natal- Nights in the Hospital

(CAUTION LAGI- ENTRY PANJANG PART 2)



I was quite shocked on the challenges I faced after delivery.. I thought delivery was the worst part so I prepared myself mentally just for that.. rupanya banyak lagi yang menunggu terutama minggu pertama jaga anak. Just some chronology of my experience so Mummy won't forget :)


Day 1 (24/4) 
Amna Sofia lahir pukul 8.35pm, pastu terus rooming in start from 10.30pm. Bajet terer padahal blur gila taktau nak wat apa..huhu baby nangis kita pun susukan je, check pampers and everything. Bila dah tengah malam.. tetiba baby nangis kuat xtau apsal, terus panggil nurse and nurse cakap baby sejuk (ktorang bukak aircond tapi sikit je..still lah kan). Nurse amik Amna gi Nursery utk warmkan, then Amna balik bilik lepas 1.5 hours. First night ni memang Mummy & Daddy tak tido la jaga baby.

Day 2 (25/4)
Amna masih baby yang kesejukan so air cond memang totally off. Siang tu ramai uncles and aunties datang tengok dia.. happy la dia banyak hadiah dapat. Amna sejuk sampai gigil2 taktau kenapa.. pastu sembang2 tu Kak Ecah tetiba tanya my Mom 'Makcik, uri dia kat mana?' Then my Mom goes ` Ya Allah baru teringat ada dalam peti ais.. orang tua2 kata uri tu kembar baby'. Mane la I tau kan. Memang nampak cam illogical tapi in my case kebetulan ianya benar. Terus Daddy and my inlaws gi balik umah Mama tanam uri. Pastu baby dah tak kesejukan lagi. Alhamdulillah.
When night arrives, sekali lagi Mummy tak tido malam sebab Amna macam restless dan asik bangun  nangis mintak susu. Mummy pun join nangis sebab sedih tak pandai jaga baby, huhu felt like a bad mother :(

Day 3 (26/4)
Pagi2 nurse from nursery called dan cakap my baby ade crystallized urine, maksudnya dia tak dapat cukup susu.  I nangis lagi sebab sedih cara dia cakap cam I tak bagi susu padahal smalaman tak tido..sedih2. Today walaupun dah boleh discharge sebenarnya tapi saja nak stay satu malam lagi untuk monitor baby. Malam ni I mengalami pengalaman menyeksakan untuk setiap breastfeeding mummies : bengkak susu. Huhu takleh tido wey, sampai nangis2 tahan sakit. Nurse pun datang ajar cara2 nak mengatasi masalah ni.. yang penting susu kena dikeluarkan jugak n takde shortcut (I penatla tanya kalo ade medication ke apa tapi takde.hampa lagi) Tapi tau je lah benda ni amik masa nk baik..Mak dah pressure dah kata kau ni takde susu ni.. and suruh bagi FM. Pressure I tauu sib baik hubby gave his fullest support to me.

Day 4 (27/4)
Dah siap2 nak discharge ni, tiba2 Nurse call kata my baby ada sikit jaundice, reading 11.7. Kena tahan lagi satu malam.. dan sambil menanggung bengkak susu gi la jugak feeding anak kat Nursery. Dalam hati risau sangat my baby dehydrated, tak cukup makan semua.. tau je la early stage of bengkak susu, mmg susu tak keluar/sikit je keluar. Sakit dia Allah je yang tau.. mujur dok kat Nursery tu ade Midwife yang baik hati ajar camne nk buat-basically kalau bengkak susu for first time Mom sebabnye adalah milk duct tersumbat, so kena clear kan path dia and make sure semua duct flowing. Maka malam tu tak tido jugak disebabkan aktiviti tuam menuam dan hand expression. Amna stay nursery sebab jaundice. Oh sebab baby jaundice ni pun my mom and inlaws dah risau melampau, sibuk cari susu kambing nak bagi baby utk redakan jaundice walaupun mati2 I defend taknak bagi baby apa2 selain breast milk.

Day 5 (28/4)
Pagi ni dah sakit2 badan dah lama sangat dok hospital. Juga I rase I kena gak tempias post natal depression di mana semua orang high expectation, sibuk ajar camni camtu and masuk campur in every ways..pressure I tau.penat gak la husband tenangkan I. Nurse kat sini pun satu jugak, taula hospital ni support breastfeeding n rooming in policy semua tapi ajar laa dulu first time mothers kan, ni main baby klahir terus masuk room je and pandai2 kau laa nk breastfeeding ka buat apa ka. Bukan semua orang terus terer menyusu anak. Tapi for a few nurses tu I memang salute habis sebab ajar I (walaupun setelah mengalami kegagalan & bengkak susu baru nak ajar, tu pun bila kita mengadu sakit la), terima kasih banyak2. Dah nak kemas2 barang ni pastu Nurse cakap my baby's jaundice naik sikit.. so kena warded lagi. Adeh dah la Dr dah bagi discharge form. Terpaksa stay another night :( Muak dah dok spital. Sib baik rumah dekat so bleh la husband ulang alik amik baju semua, and Mom & MIL pon gilir2 antar makanan utk org pantang la katekan. Huhu. Harini dah bersemangat sikit, bengkak susu pon dah kurang. Mujur I bawak jugak breastpump sendiri coz after hand expression pam jugak utk cepat keluarkan susu yang tersumbat tu supaya flow lancar. Berdoa je Amna boleh balik the next day sebab dah tak larat dok hospital, dan penat berulang alik Nursery utk feeding baby. Dah la malam ni room fee kena bayar sendiri sebab dikira as Lodger, and insurance tak cover.

Day 6 (29/4)
Bangun pagi dengan happy (tak sabar nak balik), dah tak bengkak susu and flow lancar. Menyusu Amna pon dah relax jer.. :) dan alhamdulillah finally reading jaundice Amna dah turun and dapat discharge harini.  Btw I did not give Amna susu kambing yer sebab my MIL akhirnya convinced yang baby memang takleh minum susu lain selain breastmilk:)  Yeay yeay lepas settle semua balik umah kemas barang, then petang tu jugak balik rumah my Mom utk berpantang. Lama kan dok spital.. huhu tak larat dah. My Mom plak concern dia sebab I blom start berurut dan berpantang (bengkung,pilis,etc) lagi.. haha. OK lah akhirnye setelah 5 nights berkampung kat hospital kami pun pulang.

Kesimpulannye, selepas bersalin ada lagi banyak cabaran dan dugaan especially utk first time mommies.. in my case I have some breastfeeding issue and sib baik dapat resolve cepat. Di samping itu anda juga takkan lari daripada pressure pihak ketiga, be it your husband, parents & in laws, family, etc which lead to    post natal depression - kerana anda dianggap sebagai first time mommy yang taktau apa2. So kena kuat lah.. and very important for the husband to support the wife from the beginning especially on things yang memerlukan decision pantas. Huhu the End!






Wednesday, May 02, 2012

My Labor Experience

(CAUTION : ENTRY PANJANG)

Assalamualaykum and hi all,

While my baby is sleeping, I wish to recall my labor experience so I won't forget it - sebagai rujukan anda dan juga untuk my labor akan datang jugak (hihi).

Secara keseluruhannya tiada yang pelik sangat my experience pun. Cuma pada Week 38, cam biasa la badan dah rasa berat tapi masih boleh gi office pada waktu pagi, tengah hari juga boleh lagi gi Foodcourt Level 2 beli makanan (tapi L4 dah tak larat dah nak gi). Atau kalau tak larat sgt tapau je kat any kedai makan ground floor.

PART 1-RAPTAI
Maka pada hari Selasa minggu itu telah pergi check-up dengan Dr, and Dr perasan I cam letih jer and bila scan baby estimated 3.27kg. Dr dah risau sebab I mentioned awal2 nak normal delivery, memandangkan saiz badan I yang kecik dia risau I tak dapat realisasikan impian I kalau tunggu sampai W40.. huhu takut baby besar. Maka dia kata `Nak induce tak? You dah W38 should be OK'.. and you dah open 1cm ni'. Terkejut gak dengar doctor cakap camtu. Sebab sejak W37 me and husband (he works in KL for 1-2 months sebab I nak deliver) asyik cakap ngan baby suruh keluar awal supaya Daddy ade banyak masa nak main ngan dia sebelum kena balik Brunei late May.. haha. Lagipun I dah tak larat sebenarnya. Gi opis pon bukan leh fokus sangat, mujur kerja2 urgent dah settle and dah wat handover. So Dr bagi MC seminggu suruh fikir nak induce anytime dalam this week, if undecided or takde tanda2 lagi dia bagi date 24/4 (W39) untuk induce labor (IOL).

So kami balik dah berfikir, mestila nak keluarkan baby cepat kalau takde pape risiko kan. But at the back of my mind I mmg day terfikir banyak jug kes IOL ni berakhir dengan c-sec sebab opening of servix tak bukak2 sampai sudah..but later I believe semua orang ada bahagian dan rezeki massing, dan cerita bersalin ni setiap orang memang berbeza. So we all tekad la nk induce hari Khamis, so Rabu malam dah pack2 barang gi hospital utk admitted. My parents yang dah risau sebab I cakap Dr bagi option untuk induce, telah tiba di rumah I dan mengantar ke hospital together with my in-laws (I sekarang berjiran ngan mertua so diorang ade je la kat KL ni).

Bila dah sampai hospital, nurse bawak gi labor room utk CTG (check contraction and heart beat baby). Contraction sikit2 je dan opening takde progress lagi. Pastu nurse gi confirm dengan Dr and sekali dia kata Dr suruh I balik. Aik..haritu kata boleh datang anytime. Huhu rasanya Dr taknak amik risiko kot and  tunggu la next week supaya baby mature sikit dalam perut.. or kalau dapat natural contraction lagi bagus. So kami pun terpakse laa balik, dah la sampai tadi siap dia tolak pakai wheelchair, tapi balik nurse suruh balik sendiri jer. Huhu so kami pun gelak2 dan singgah kedai mamak makan supper sebelum pulang. Cis penat je takut sehari semalam.. tapi bak kata my mom Allah dah tetapkan tarikh setiap orang lahir, mati and everything in between.. so belum lagi masa my baby to meet the world kot. Bapak mertua I cakap takpe, ni kita raptai sebelum betul2 hari nak bersalin nanti. Haha.

PART 2-LABOR
Sebab dah dapat MC seminggu (mase ni I W38), I pun berehat2 di rumah sambil tawaf shopping complex kat KL ni setiap hari without fail. Sogo,Pavillion,OU,KLCC.. you name it dengan harapan supaya dapat la natural contraction sebab banyak berjalan. Sampai la hari Isnin (W39), takde pape pun tanda..huhu jadi kami mempersiapkan lah barang2 sebab dalam record dah tulis IOL on 24/4, so Isnin (23/4) malam dah kena admitted sebab procedure start Selasa pagi. Kali ni kalau kena halau dengan nurse I nak saman hospital ni. So another entourage to send me and husband to hospital, this time for real. So we got a room, I was given ubat untuk buang air besar and then prepare2 untuk tido.

The rest I put in chronological manner yea memudahkan pembacaan :

6 am - Nurse datang masukkan tablet utk induce (instead of drip)
8.30 am - Dr datang check I and kata OS still 1cm, takde progress. Huhu sedikit kecewa di situ. I dah start rasa contraction, kejap sakit kejap tak.
9.30 am - Masuk labor room. Ingatkan saje2 nak check lagi rupanya I memang kena stay sini sampai bersalin. My husband bawak laptop bagai sebab nak kena submit satu Contract urgent (sempat lagi kan).
Contraction makin kuat, tapi kena jadi kuat dan abaikan je kesakitan itu.
10 am - Dr datang check I, OS still 1 cm. Dia tengok I dah menderita kesakitan, contraction dah agar high 60-70 camtu. Dr suggest I amik pethidine (painkiller), sebab takleh terus amik epidural sebab taktau lagi berapa lama dalam labor. I pon amik la tak tahan sangat. there goes my plan konon2 taknak amik pape painkiller, huhu. I pujuk diri, ni rezeki masing2..nurse siap cakap jangan compare kita dengan orang lain sebab setiap orang lain pain threshold and experience diorang.
1 pm - Contraction dah sampai 100 at times, tapi opening baru 2-3cm. Nurse ajar pakai Entonox gas plak untuk reduce sakit. I cam dah nak pengsan tahan sakit dahlah tak bleh makan, air pun minum sikit je.
3 pm - OS 4cm. Dr tanya nak tak amik epidural so that I bleh relax sikit untuk prepare for labor. I berkira2 gak takmo, tapi sebab sakit sangat2 dah setengah hari dalam LR I pon tawakkal dan husband pun izinkan so amik je, I believe ni bahagian I yang Allah dah tentukan. After masuk epidural I relax sikit, tapi contraction still rasa so boleh teran masa nak deliver nanti. So kesimpulannya I memang amik ketiga2 pain killer yang disediakan utk orang bersalin, huhu.
6.00 pm - Nurses dah start sediakan barang2 utk bersalin.
7.30 pm - 8 cm sudah. Dr and nurses dah masuk and take their positions. Dr suruh push macam orang meneran buang air bear/sembelit. Sebab masa pregnant 7-8 months tu I ada experience sembelit sikit, so I did exactly that and Dr kata `Good job! Pandai mama!Teran lagi! Come on!' Jadi dengan tenaga yang masih bersisa I pun teran sambil bear in mind jangan kuat sgt nanti koyak banyak. Huhu husband kat sebelah pun bagi semangat!
8.35 pm - Alhamdulillah Amna Sofia lahir ke dunia. Keluar2 terus merengek. Tapi last push tu Mummy dah baby dah penat sangat lama dalam labor so Amna kena vacuum sikit. Mummy terharu berlinang gak air mata.. alhamdulillah walaupun 12 hours in labour Allah permudah urusan melahirkan. Stitches pun sikit jer.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
10.00 pm - Lepas Mummy and baby siap semua, masuk room disambut my parents & inlaws dan Yap. My inlaws paling happy sebab sambut cucu sulung. Amna ditahnik dengan air zamzam dan madu.

OK the end of the first part.. later I sambung Post Natal pulak. Ngantuk dah. Bye!