Salam semua..
Anda tau tak..dalam kosmetik komersil banyak mengandungi merkuri... macam mana nak tau? Kena rajin la baca kandungan bahan dan google maksud setiap bahan. Hehe memang la leceh.. tapi kalau dah biasa u ols akan jadi lali dan ok jer sampai jadi tabiat :) Jangan buang tabiat sudah
So ape masalahnya dengan merkuri ni?
Ada kawan2 share poster penerangan pasal bahaya merkuri ni.. so boleh la baca dan fahamkan. Rumusan poster ni senang je :
Kesan sampingan merkuri dalam kosmetik :
1) menyebabkan penyakit kulit seperti ruam, perubahan warna kulit, parut dan kegagalan kulit melawan bakteria
2) menyebabkan kegagalan ginjal
3) gangguan mental/kemurungan
Kita pakai produk kecantikan/kosmetik ni sebab nak cantik kan.. tapi jangan sampai sebab nak cantik punya pasal long term effects kita lupakan. Kalau dah pernah pakai tu takpe takperlu menangis di bucu katil, boleh la slow2 berubah ke produk2 natural/organik dan mesra kulit. Cegah sebelum parah ye :)