Sunday, September 24, 2006

Salam RAMADHAN~



Ramadhan datang lagi!

Kita akan terkejut dalam bulan ini kerana:

1- Kita akan rasa lebih rajin untuk beribadah berbanding sebelum ini, contohnya kita bersemangat baca Al Quran selepas solat Subuh, berjemaah pula tu(kalau dulu dah la solat Subuh lewat, lepas Subuh tidur balik..betul tak?).

2- Kita akan rasa hari lebih ceria (walaupun hari itu hujan dan mendung) sebab berkatnya bulan Ramadhan ni, dan mungkin juga sebab kita bangun awal pagi ni(untuk sahur) dan tak tidur sleepas Subuh, kemudian terus pula bersiap-siap untuk ke pejabat.

3- Kita akan rasa tenang, tak mudah marah, tak mudah tension dengan kerja-kerja.Sentiasa mencari hikmah di sebalik setiap kejadian(mungkin sebab hati kita semakin tenang kerana baca Al Quran pagi-pagi sebelum ke pejabat atau memulakan aktiviti harian).

4- Kita akan tak sabar-sabar nak menunaikan solat terawih yang 8 rakaat, campur 3 rakaat witir.Di sesetengah tempat 20 rakaat,campur 3 witir (seperti tempat saya bermusafir sekarang ni).Sehingga rasanya kalau tertinggal satu malam solat terawih, rasa sangat kecewa dan bersalah.Sedangkan sebelum ini solat sunat 2 rakaat selepas solat fardhu pun jarang-jarang kita lakukan...(aneh kan??)

5- Kita akan rasa dekat dengan keluarga dan sahabat-sahabat.Iyalah, pada awal Ramadhan mengirim SMS, email untuk meraikan kedatangan Ramadhan..dan selalu juga telefon keluarga untuk update makan apa hari ni, solat terawih di mana, berapa rakaat,moreh makan apa dan sebagainya.Bila dekat penghujung pula sibuk melayangkan kad ucapan,email dan SMS ucapan hari raya kepada rakan-rakan..SANGAT sering telefon ke rumah untuk update baju raya, kuih raya, langsir raya..dan jangan lupa menuggu ketibaan kita ke rumah untuk meraikan 1 Syawal pada sekian-sekian tarikh.

6- Kita akan lebih sensitif dengan sirah Rasulullah..contohnya kita akan mengambil tahu tentang peristiwa isra' mikraj, sunnah baginda berbuka dan bersahur dan etc.

Dan banyak lagi hikmah yang tersimpan di bulan Ramadhan ni..yang hanya akan kita dapat di bulan ini sahaja, tidak di bulan lain.Kita akan berasa pelik tapi inilah hikmah bulan mulia ini....

P/S : So treasure this Ramadhan! Sekiranya anda tidak merasa nikmatnya bulan Ramadhan seperti mana orang lain merasakannya, anda perlulah banyak bermuhasabah dan mendekatkan diri dengan Allah via ibadah-ibadah wajib dan sunat...insya Allah anda akan merasai kemanisan Ramadhan......=)

No comments: