(artikel ini sepatutnya dipos pada Isnin lalu tapi disebabkan sedikit masalah teknikal dan kesibukan kerja, baru dapat pos hari ni.Sebab tu agak ketinggalan zaman sikit, sedangkan sekarang rampasan kuasa telah pun berlaku di Thailand.Harap maaf ya!)
“Bom meletup kat sini mlm tadi.4 killed”
SMS ni saya dapat dari Ma pada pagi Ahad (semalam), semasa tengah mamai-mamai tidur sekitar jam 8 pagi.Saya ni memang senang terjaga kalau bunyi handphone, melainkan tengah penat sangat dan tak mampu nak buka mata pun.Tapi SMS kali ni tak tahu kenapa, yang sepatutnya membuatkan jantung saya hampir luruh, saya sangat tenang menerima berita itu walaupun pada masa itu ibu dan ayah saya sedang bercuti di Hatyai dan Songkhla (untuk pengetahuan, Songkhla hanya 30 minit dari Hatyai dan menurut ibu saya, Hatyai lagi best dan happening sebab bandarnya lebih besar dan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati dan semestinya, membeli belah).Tafsiran secepat kilat saya : "Alhamdulillah Ma dan Abah selamat dan tiada apa-apa yang buruk terjadi kepada mereka, sebab kalau tak takkanlah Ma boleh hantar mesej macam ni".Kemudian, saya membuat perkara-perkara lain tanpa sedikit gusar pun dalam hati saya.
Beberapa jam kemudian, Ma pun menelefon saya dan menceritakan serba sedikit apa yang terjadi.Pada waktu ini barulah saya rasa sangat relieved, bersyukur dan sedikit cuak walaupun ibu bapa saya dah selamat.Ma bagitahu Afiq (adik saya) tergesa-gesa telefon sebab dia baru baca berita jam 1.30 petang (Ahad) yang menceritakan tentang `bombing’ yang berlaku.PAda masa ini baru saya tersedar, betapa tak sensitifnya saya, padahal saya kakak dan sepatutnya lebih sensitif tentang perkara ini.Saya mula berfikir tentang `hunches’ atau gerak hati yang saya alami sepanjang hujung minggu itu.
Saya bukannya seorang yang sering mendapat gerak hati atau orang Melayu kata `petanda’ sebelum sesuatu berlaku.Tapi kali ini agak lain.Sebenarnya ayah saya out station di Ipoh dan Kangar, jadi mereka mengambil peluang untuk berjumpa saya di Penang dan bermalam di sini (hari Khamis). Mereka juga `insist’ saya mengikut mereka ke Kangar, kemudian ke rumah Makcik dan seterusnya bercuti di Hatyai dan Songkhla, tapi malangnya saya sudah mempunyai agenda tersendiri untuk pulang ke kampus hujung minggu itu. Hati saya memang berat dan half-hearted nak ke kampus, sebab pelawaan bercuti tentu sangat mengujakan saya.Tapi saya tak tahu mengapa, hati saya mengarahkan saya ke kampus kerana tujuan ke sana lebih penting dari bercuti dan bersantai bersama keluarga.
Jadinya sepanjang perjalanan dan sepanjang di kampus, saya sering bertanya sendiri, kenapa saya ke sini?Bukankah bercuti lebih seronok dan mengujakan?Tambahan pula, saya memang tak pernah ke Hatyai dan Songkhla.Akhirnya saya kembali kepada kesimpulan redha dengan takdir Ilahi.Sudahlah saya turut merasakan misi saya ke kampus tidak berbaloi(pada masa itu), jadi saya sering teringat keseronokan yang telah terlepas pada hujung minggu itu.
Sehinggalah saya menerima SMS dari Ma, dan tiba-tiba segalanya fell into pieces.Gerak hati yang saya alami selama ini tidak salah, memang terdapat musibah menimpa di sana.Mujurlah ibu dan ayah saya terselamat dalam serangan bombing itu, yang menurut Ma kurang dari 100 meter dari hotelnya,(Alhamdulillah)..Ayah saya pula sangat berani, sejurus selepas bombing yang kuat di luar kedai Brown Sugar, dia terus ke tempat kejadian untuk melihat dengan lebih dekat.
Terus sahaja saya berfikir, ` Seandainya saya ke sana, mungkinkah ibu bapa saya dan saya sendiri akan selamat?Mungkinkah saya akan mengajak ibu saya ke gerai jualan (seperti pasar malam) tempat berlakunya pengeboman pada malam saat berlakunya letupan itu?’ Segala-galanya perancangan yang Esa, dan sama ada perkara ini kebetulan atau ada kaitan dengan gerak hati yang saya alami ini, bukanlah sesuatu yang saya ingin highlight kan di sini.Mungkin takdir yang menemui kedua ibu bapa saya di Hadyai lebih baik dari takdir yang menimpa P.Ramachendrin yang tercedera kerana letupan itu.
Tapi mulai saat dan ketika itu, saya mula mempercayai gerak hati.Ada orang kata, kadang kala gerak hati itu merupakan ilham yang datang dari Ilahi, yang bukanlah kita boleh abaikan sewenang-wenangnya.Apatah lagi yang diperoleh selepas usaha-usaha dan sifat tawakal kepada Allah itu diimplementasikan, seperti solat sunat hajat, solat sunat istikharah, doa-doa, ayat 1000 dinar dan lain-lain.Mungkin keseluruhan pos ini berbunyi agak peribadi, tapi saya rasa mungkin terdapat sesuatu elemen yang saya boleh kongsi dengan anda semua.Elemen apa?Carilah sendiri…
P/S : Anda semua lebih bijak dari saya untuk mentafsir gerak hati masing-masing..tapi jangan pula hanya berpandukan gerak hati dan membelakangkan hukum, syara’ dan rasional….=)
More on Hatyai bombing :
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/9/18/nation/15462551&sec=nation
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20060917230756/Article/
http://www.tehrantimes.com/Description.asp?Da=9/18/2006&Cat=4&Num=9
2 comments:
alhamdulillah parents awak selamat:)
Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah, awak fan famili terselamat. Bukankah disebalik setiap kejadian, setiap arahan, dan setiap tindakan ada rahsia dan hikmah tersirat?
Bukankah ALLAH telah berjanji untuk membantu mereka yang membantu agama-Nya? Bukti terbentang di depan mata... Subhanallah... =)
Post a Comment