Thursday, November 02, 2006

Black out~


(Pos ni dibuat secara curi-curi semasa buat self-paced training secara online.Sebab sangat bosan saya selang seli dengan buat blog nie..hehe tapi jangan risau, semua quiz dan test dalan training ni bukan susah sangat pun, boleh je jawab.Haha!)

Pagi tadi lepas solat Subuh, macam biasa saya iron baju nak ke pejabat.Tiba-tiba black-out~ alamak..mulanya ingat `suis tendang’ (siapa yang ada masalah ni kat rumah mereka tahu la apa yang saya maksudkan) tapi rasanya tiada pun bunyi TAPP! Seperti selalu tu.Kemudian bila rakan serumah saya check, maka confirmlah balck out pada hari ini.Seingat saya tak pernah lagi duduk di rumah ni(rumah sewa) black out, yang selalu suis tendang.Nak dijadikan cerita saya yang pertama gosok baju, tak habis pun dah black out.Apa lagi, plan B, capai la baju yang tak payah digosok sangat untuk pergi kerja.Rakan serumah yang lain, survived aje la.Mujurlah tempat kerja tiada specific attire, malahan kebanyakan engineers di situ hanya berjeans dan t-shirt sahaja ke pejabat.Casual and simple(biasalah,kerja di kilang).

Mungkin bagi golongan guys, black out ni tak effect sangat pun, tapi kalau girls mahu menjerit rasanya pagi-pagi kalau black out.Kebanyakan girls yang saya jumpa (terutama pelajar) memang ada habit ni, iaitu iron baju pagi-pagi sebelum ke sekolah/kuliah/pejabat.Mungkin kami simply malas nak iron awal,atau tak tahu nak pakai baju apa,atau sibuk sangat sebelum tidur sampai tiada masa nak iron.Ada la alasan masing-masing, terpulang.Bagi saya kalau iron pagi-pagi rasa lebih best dan fresh(mungkin juga alasan sebab malas nak iron awal,haha).

Saya teringat waktu sekolah menengah dulu.Di sekolah memang selalu black-out sewaktu saya form 4 – form 5, sebab masa tu tengah rewiring seluruh sekolah (sebab sekolah dah buruk dan lama sangat kot=P).Ada satu masa yang paling kritikal, 3 hari berturut-turut tiada bekalan elektrik, bermula Isnin.Biasanya pelajar ada 2 atau 3 pasang baju kan,jadi Isnin dan Selasa kira survived lagi la.Malam Selasa tu kami tunggu dan berdoa supaya ada elektrik (yang bestnya prep malam pun tiada sebab black out!Haha) tapi hampa,.agaknya Tuhan nak bagi pengajaran kat kami ni.Haha sebabkan dah dekat jam 2 pagi pun tiada elektrik,kami yang senior-senior ni pun nekad buat keputusan.

Esok pagi pergi sekolah, hari Rabu biasanya pakai baju beruniform (KRS ke, Puteri Islam ke, Kadet Polis ke, etc), kami satu aspuri pakat pakai baju sukan!Yes, t shirt, track bottom and sport shoes.Sungguh selamba sekali..bila sampai di tapak perhimpunan, cikgu-cikgu yang ada di situ dah buat muka lain macam.Berkerut-kerut dahi masing-masing.Masalahnya pelajar perempuan saja yang pakai baju sukan, pelajar lelaki semua smart dengan baju unit beruniform masing-masing.Biasalah(kami buat andaian), budak lelaki ni selalu iron baju sekali hujung minggu, iron semua baju.Sebab tu mereka ada baju unit beruniform yang siap digosok dan boleh dipkai hari rabu tu.Lagipun mereka tak pakai tudung, semua orang tahu tudung la paling susah dan wajib digosok,mana boleh pakai camtu je(tanpa gosok).

Hehe apa lagi, habis kami semua pelajar perempuan kena marah lepas perhimpunan hari tu. “Kamu ni suka hati je pakai baju sukan pergi sekolah” “Siapa yang suruh kamu pakai baju sukan ni??” “Kecewa betul saya tengok perangai kamu semua ni” Dan macam-macam lagi komen pengetua,cikgu-cikgu dan warden.Rasanya kami didenda atau diberi warning tapi dah tak ingat.The best part is petang tu, terus ada elektrik.Haha best.Mogok akhirnya menjadi.(amaran: budak-budak sekolah sila jangan contohi perangai di atas.Tak baik.Hehhe)

Kesimpulannya black out di pagi hari ni memang masalah besar bagi orang perempuan,terutamanya bab-bab nak iron baju ke sekolah/kuliah/pejabat.Bukan apa, perempuan sangat menitik beratkan pasal benda-benda kecil, hatta baju yang berkedut sekalipun.Memang dah fitrah, not totally our fault anyway..haha.I think all guys should note this for reference in future=P

2 comments:

FM said...

Assalammua'laikum.

Wiring skolah tahun 2001 kalau tak silap kan? Erm.. dah lupa lak ada blackout 3 hari. Juga tak ingat lagi yang pelajar perempuan ada buat mogok pakaian masa tu. Huhuuu

Tapi saya boleh mengesahkan gaya saudari dan rakan2 dimarahi oleh guru2. Mmg cikgu STJ ramai yg begitu. Hahaha. Tapi mereka tetap guru kita =)

"Kecewa betul saya tengok perangai kamu semua ni."
Ayat ni macam kenal je siapa yang sebutkan. =p Sape agaknye ek?

Ainul Hafiz said...

oooooo..........

(baru tau yang tudung paling susah skali nak gosok...)