Wednesday, November 01, 2006

Muslimah dakwah??


Kebetulan saya membeli majalah I keluaran November yang tinggal satu saja lagi di tempat yang sama (Airport emporium, LCCT) sewaktu saya membeli majalah I buat pertama kalinya dua bulan lalu.

Pada ruangan surat pembaca beberapa muka dari coverpage, menyentuh surat pembaca yang sungguh familiar bagi saya.Serasa pernah baca surat dengan topik, yang sama,tapi kupasan yang berlainan.Macam pernah jumpa,tapi di mana ya? Ok rupanya surat yang menjawab kembali suatu komen pada majalah yang sama keluaran September dengan tajuk : Muslimah dakwah- Senyumlah! Kiranya dah jadi seperti battle antara Muslimah Dakwah-Senyumlah! vs Muslimah Dakwah yang Tersenyum (tajuk bagi surat dalam keluaran Nov 06).

Sungguh menarik kan? Tentang muslimah dakwah yang biasanya ditemui di kampus-kampus, yang mengajak siswa siswi menjauhi kemungkaran dan beramal soleh.Tapi pertentangan pendapat yang timbul cuma kecil sekali, hampir boleh diabaikan tetapi rupanya impak yang lebih besar menanti sekiranya tak berhati-hati.

Sinopsisnya mudah sahaja(bagi yang tak baca majalah I keluaran Sept dan Nov 06).Kakak (maaf saya bahasakan kakak saja, maaflah kalau pengirim lebih muda dari saya=) tu memberi teguran tentang muslimah dakwah di kampus yang sering bermuka serius, jarang sekali tersenyum dan ada puak-puak sendiri.Pendek kata sukar untuk bergaul dengan orang lain.Sedangkan saudari Mardiana dari UIAM membetulkan balik kenyataan itu, dan menegaskan mujahidah dakwah zaman sekarang sentiasa tersenyum, beramah mesra .Cuma seringkali perlakuan mereka disalah taksir dan dipandang serong oleh golongan masyarakat.Kes tegur menegurlah ni.Tapi bagi saya (saya tak kenal pun kedua-dua penulis secara personal, jadi saya ni boleh dikira pihak berkecuali lah), kedua-dua surat memang bagus dan merupakan perkembangan yang sihat.Yang satu mungkin kurang baik,dan yang lain membetulkan.Soal siapa salah siapa betul,tak timbul.Yang penting kedua-duanya berlapang dada dan menerima teguran dan menegur seadanya.

Cumanya nak berkongsi pendapat peribadi tentang hal ini.Siapa sebenarnya yang dikategorikan sebagai muslimah dakwah ni?Puak mana sebenarnya?Adakah puak masjid, atau puak tudung labuh,atau puak mana?First and foremost, sekiranya ada antara kita gemar melabel-label, puak itu dan ini,geng situ dan sana, saya rasa kita patut membuat sedikit anjakan paradigma.Cukuplah dengan melabel-label orang ini dan itu, secara tak langsung kita telah menghakimi orang dan membuat generalization. Hebat sangat ke kita ni, sampai menghakimi orang begitu sekali.Sekiranya saya kata muslimah dakwah tu adalah anda dan saya(wanita Islam, yang lelaki muslimin dakwahlah,tapi konsepnya sama saja),anda boleh setuju tak?

Kalau boleh setuju, bagusnya anda!Tapi kalau anda rasa ragu-ragu dan secara impuls `apehal pulak.. ?takde kaitan pun ngan aku’, then you should rethink again.Betul, anda dan saya juga boleh jadi muslimah dakwah.Dengan mengajak orang berbuat kebaikan dan tidak buat perkara salah di sisi agama, kita sekaligus dikira berdakwahlah.Cumanya perkataan dakwah tu bunyinya berat sangat, sampai ada yang surrender atau tak sanggup nak pikul misi dengan kata `dakwah’ tu. OK tidak mengapa.Tapi cuba hilangkan perasaan fobia dengan perkataan dakwah tu dari diri kita. Betul, kalau anda berjaya bangunkan rakan solat Subuh atau mengajak sahabat mengulangkaji pelajaran agar tidak terleka dengan siri drama Korea (marathon drama, bak kata rakan saya), anda dah melakukan suatu good deed yang sangat disukai Tuhan, dan dapat pahala pula.Bukan susah sangat kan.

Jadi saya bersetuju dengan kedua-dua pendapat saudari dalam surat masing-masing,tapi kalau orang seperti anda dan saya dikatakan kurang bergaul dan tersenyum, saya rasa itu kurang tepat.Ya, dulu memang saya sendiri selalu jumpa dengan akak-akak yang sangat susah senyum,tak ramah pula tu tapi bertudung labuh sejak zaman sekolah sampai ke universiti.Kawan pun dengan kelompok yang sama saja.Mungkin itu boleh dilaksanakan pada zaman sebelum ini, yang antara lain menunjukkan `izzah dan orang lain pun akan respect lebih dengan orang sebegini.Bak kata orang, boleh buat calon isteri ni (dengan tingkah laku yang sopan,serius, solehah).

Tapi sekarang,situasinya agak berbeza.Tak semestinya kita bertudung labuh atau kena bercakap tunduk tunduk, suarapun dengar tak dengar sahaja, baru boleh menjadi muslimah dakwah.Sekarang pun banyak yang saya jumpa muslimah dakwah semakin berani bersuara, memasuki arena politik dan kepimpinan, bersukan dan sebagainya,asalkan tak lari dari garis agama.Apa masalahnya?Dan kebanyakan pelajar yang saya pernah tanya dulu pun, rata-rata mengakui mereka lebih senang dengan pemimpin atau tokoh pelajar yang bersopan, menutup aurat, dan jaga pergaulan (tak couple, etc).Mereka ini lebih dipercayai dan disenangi daripada figure yang biasa-biasa sahaja(tafsir sendiri ya, saya tahu anda faham).Tapi awas, kalau muslimah ni jadi berani dan yakin diri sangat pun,takut terjebak dengan sentimen feminisme tak bertempat pula.Tentang feminisme, mungkin saya akan bercerita pada topic yang lain (“,).

Kesimpulannya, fikir-fikir dan timbang-timbangkanlah.Anda akan percaya suatu hari nanti bahawa kitalah muslimah dakwah.Kerana manusia itu cenderung kepada fitrah, dan menginginkan kebaikan itu fitrah manusia,tak kira apa agamanya sekalipun…

Wallahua’lam

No comments: