Tuesday, February 27, 2007

Inilah Final Year

26 Feb-2 Mar 2007
Mon-Submission of FYP Logbook
- Convo EC interview
Tue- Submission of DCN Lab Report
- Convo EC interview
Thu- Meeting with FYP supervisor (argh!no progress!!)
- Submission of PSU Lab Report
- Another round of P.E Lab
Friday- due date of DCN assignment 2
5 - 9 Mar 2007
Mon-Submission of FYP Logbook
- Submission of DCN Lab Report
Tue- Submission of MCE assignment 3
Wed- MCE Test 1
Thu - PSU Test 1 and EEE Test 1
MY schedule for these two weeks.
Sorry, guys.Will catch you later.
(Now, I'm beginning to wonder, am I really a FINAL YEAR student?? What's with the hectic classes/tuts/labs/assignments/reports??Hmm)

Monday, February 19, 2007

Me (as in today)

OK, sekarang apakah signifikan gambar di atas dengan post kali ini?
Naw.Nah.Nothing.Nil.
(hanya kerana gambar itu sangat comel.Sangat sangat comel.Hihi)

This post is created out of boredom, sleepiness and dizzyness in the midst of Tuesday afternoon, where everyone is enjoying their last day of CNY holiday, and I'm stuck here in campus to complete the never-ending assignments, reports, research, etcetera.

So what?
So does everybody else in their Final Year(I suppose).

Yeah, the con of being a Final Year student is you'll need to complete essay/ research type assignments and reports, which is SO beyond the ordinary future engineer's capability. Well, we always play with facts and numbers and figures and formulas, and now we just have to crack our head to goreng a few lenghty reports, due every week.

OK I get it.This university wants to produce extra-ordinary engineers, good in technical skills as well as writing skills.
(Isn't it TOO obvious?)

Enough babbling, now I should gear up to complete my work.Three assignments need to be submitted early next day, and a meeting with SV requires me to prepare something too..hmm.

And yes, again I am suffering a post-fever symptoms; takde suara, sakit tekak, selsema sepanjang hari dan batuk melampau.
(Agaknya banyak sangat dosa saya ni.Allah nak bagi bayar hutang secara cash..)


What ever it takes, live life to the fullest=P
Semoga anda semua menghadapi hari hari mendatang dengan ceria!

Tuesday, February 13, 2007

The V Day

(this article was forwarded by a senior of mine, from the email circulation via the net.Credits to the initial writer, and all the forwarders, since this is a very good article and worth ever word)

14 Februari, tarikh yang di nanti-nantikan oleh pasangan yang sedang asyik dalam dunia cinta. Kita mengenali tarikh itu sebagai tarikh memperingati kekasih, lalu menyambutnya bersama kekasih dengan pelbagai gaya dan cara. Ada yang menyambutnya dengan memberi bunga, memberi coklat, keluar bersama kekasih ke suatu tempat yang romantik untuk di nikmati saat-saat indah bersama orang yang di sayangi, dan bermacam-macam lagi.

12 Februari, tarikh yang agak sukar untuk kita congak simboliknya kepada kita.Ada apa dengan 12 februari? Hari memperingati apa? 12 Februari tidak pernah meminta di sambut kedatangannya, dan lalui lah 12 Februari seperti mana biasa. Namun 12 februari 1949, telah mencatatkan satu peristiwa penuh tragis, syahidnya Imam Hassan Al-Banna, pergi menghadap Allah untuk selama-lamanya.

Dan kisah pembunuhan As-syahid Imam Hassan Albanna diceritakan sebagai;
Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini.

Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Banna di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.Mereka dianugerahkan elaun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'

14 Februari,di ingati sebagai hari memperingati kekasih, manakala 12 Februari berlalu tanpa apa-apa memori padanya. Itulah masyarakat yang sedang kita hadapi. Baru- baru ini kita di kejutkan dengan kes pembuangan bayi yang cukup sifat di Negeri Sembilan. Ianya bukan baru. Kes yang sama jugalah yang pernah berlaku 10 tahun dahulu. Ianya kes yang berulang-ulang dan menunggu masa untuk disiarkan dalam akhbar, kemudian menjadi "gempar" sedangkan penumpuan kita tidak pun pada penyelesaiannya.

Merenungi kisah perjuangan Imam Hassan Albanna, pernahkah kita bertanya, untuk apa beliau berjuang sehingga dibunuh dengan sebegitu kejam? Adakah disana terdapat komisen, wang pencen, habuan duniawi yang diperolehi beliau? Begitu jugalah kisahnya dengan perjuangan Imam-imam besar islam. Imam Bukhari merantau jauh dan disuatu masa terpaksa memakan daun-daunan kerana tiada makanan hanya kerana ingin mengumpul hadis. Apa yang Imam Bukhari dapat dari dunia ini dengan berusaha dengan sebegitu rupa?Dunia ini tiada apa-apa.

Dalam suatu hadis Qudsi Allah swt berfirman:
Jika sekiranya dunia ini berharga umpama satu sayap nyamuk disisi Allah,maka Allah tidak akan memberi makan dan minum kepada orang-orang kafir..
Mereka bahagia dalam keyakinan. Luaran kelihatannya mereka terlalu susah dan payah, namun ketenangan itu milik mereka.Sekali lagi saya ulangi..
Mereka bahagia dalam keyakinan!

Di hari ini, kita risau apabila memikirkan halatuju masyarakat. Fikiran kita berserabut memikirkan formula apakah yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang melanda.Ianya tanggungjawab semua. Semua bakal dibicarakan untuk apa yang mereka sumbang dan untuk apa yang mereka diamkan.Sesekali kita menyalahkan cinta sebagai penyebab kepada beberapa permasalahan seperti zina, buang anak, pergaulan bebas, dan seumpamanya. Lalu cinta itu dimusuhi oleh beberapa insan. Sedarlah bahawa cinta bukanlah untuk dipersalahkan apalagi untuk dimusuhi. Terlalu banyak perkara yang akan kita kerugian apabila cinta dimusuhi.

Kita menghadapi masalah masyarakat yang tidak faham apa itu agama. Krisis sikap, keras, dan cepat merasakan diri sendiri itu betul. Dimana- mana sahaja kita dapat mengesan perkara ini berlaku. Mat rempit contohnya mewarisi sifat kekerasan. Hati mereka tidak lembut untuk dilentur lalu mereka menganggap merekalah yang betul. Remaja yang berkrisis dalam masalah pergaulan bebas, zina, buang anak, dan seumpamanya pula tidak faham apa itu Islam.

Islam mengajar bahawa;

"Prevention is better than cure"

Namun ia tidak berakhir disitu. Islam memberi panduan kepada manusia bagaimana untuk prevent dan bagaimana untuk cure. Satu pakej lengkap yang tidak akan dijumpai dalam mana-mana agama lain. Prevent dengan apa? Dengan iman dan syarak. Cure dengan apa?Dengan undang-undang dan pemerintahan Islam.

Islam datang dalam keadaan ia menerima fitrah manusia. Jika manusia inginkan cinta, maka Islam membenarkannya. Namun Islam mengajar tatacara memandu cinta itu ke matlamat yang betul. Kita mungkin sudah terlambat untuk menyedari bahawa, Islam datang untuk menolong ummat manusia, bukan datang untuk memenjarakan ummat manusia. Dan saya bersetuju dengan cadangan kahwin awal, buang persepsi lama yang me"limit"kan perkahwinan hanya apabila telah mencapai umur sekian-sekian dan sekian.

Wallahua'lam.

Peace at last~



Saya rasa tenang.
Saya rasa tenteram.
I felt like a heavy burden had been lifted from my shoulder.
This is the peace of mind I ever seek for the last few months, and finally I found it.
Thank you Allah for guiding me to the right path and the right decision.

( now the only verse that came into my mind is from surah Al Baqarah, verse 216)

Saturday, February 10, 2007

Surprise, surprise



This is what happen when a skunk denies that it stinks.

My Travelling Dad

This post is specially dedicated for my beloved Dad, for his 53rd birthday last week ( 5 Feb).
Happy belated birthday, Abah! We always love you=)
Paris, July 2006

I have a Dad who loves travelling.During my early years, I still remember our family ritual every year-an annual vacation to interesting places in the tourist-favourite list, but back then it was just some local interesting spot around Malaysia.Langkawi, Penang, JB, Pangkor, Kuantan, K T'ganu, Cameron, Genting, Bkt Tinggi- you name it- we'd hit all spots successfully! But ever since my dad completed his license in Survey more than five years ago, he tuned his interest to further destinations around the world.

Amsterdam, June 2005

Don't get me wrong, my dad isn't a country ambassador or any profession near that(and he didn't obtain ten thousand bucks per month of salary, either).He never pursue his studies oversea ( thanks to his scholarship host, they forbid my dad to further his studies oversea and ask my dad to start working for them instead.That's what I hate about scholarship bound, but I guess me and my dad shares the same fate=P), let alone living in foreign countries.I guess that's one of the reason he grew his passion in travelling in the first place.

Chiang Mai, urm..early of 2005
Since he got an annual opportunity to attend some survey convention around the world, sometimes the family tagged along.Usually all of the family members won't be going at once, just those who had free time and no clashes with work(my big bro), or class schedules ( me and Afiq).Or if everybody is just busy with other commitments, my parents would go just by themselves and had their honeymoon together (hah-ha.Like last year).
Bangkok, September 2005

Sometimes my dad just went my himself, since he was so curious to observe and witness other people's culture.Usually he went alone to nearer places, such as Chiang Mai, Bangkok or perhaps Manila in the future, but most of the time my Mom will alter her accumulated cuti to accompany my Dad( this is a good side of working as a goverment servant though, you get plenty of cuti when the others did not).

St Petersburg, June 2005

While most of people love to spend a fortune on big houses, luxury cars, expensive clothes and all, my Dad just like to spend some portion to travel around the world.Once he told me he wanted to witness all seven wonders and famous structures in the world (Insya Allah- with Allah's will), and seriously, Abah, I will pray for your dreams to come true (and perhaps I can tag along with you to those places! Haha=p)

For me, the passion truly inherit by each and everyone of us(the sons and daughter), especially me.I always want to travel here and there, and experience living in uncommon customs and environment, and observe the beauty of Allah's creations.Really, I felt some kind of funny feeling in my heart whenever I got the chance to allocate my feet in foreign contries. The feeling was actually a compilation of amazed, awed, grateful, insaf and perasaan bersyukur sangat when we realize how small we are in this world, and how powerful and merciful of our Creator to us, all this while.This is one of the reason why Islam also encourage us to travel around the world, learn their culture, customs and knowledge as it can bring you nearer to the AlMighty and make you a humble little believer.

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar!

Wednesday, February 07, 2007

Multi-tasking~



Assalamualaikum and hye to all,

I've been practicing multi-tasking ever since my schedule was jam-packed for the previous several years, except during my internship period.Well, the job was hectic and all, but who ever claims to be extremely busy during industrial internship is quite illogical, I suppose.Of course, it's different to some other people, let say you interns in a multinational oil and gas companies or something, and you work twenty hours perday(Okay, I'm exaggerating a bit).The point is, for a normal intern, you won't be as busy as a student, and I know all of us realize and aware if it.

Well, now I'm back to the good old days.Being a final year and a full time devouter, there are more responsibilities than the time we get, say, 24 hours? Yes, a maximum four hours of sleep and work the rest of hours, still it won't be enough."Sesungguhnya manusia ni memang tak pernah cukup dengan apa yang ada..kan?" Afterall, we should be grateful for what The AlMighty grants to us, for everything always happen for some reasons...

And now, with tight lecture+labs+tutorials schedule,FYP matters, SG, meetings, discussions, courses matters, other responsibilites and etcetera, the skill of multi-tasking really helps a lot, provided you must meet several guidelines to make sure you are always in the right track as a university student, whom the main obligation is to STUDY :

1-avoid procrastinations (VERY IMPORTANT!! eventhough this is very hard*sigh* Since no one knew exactly how busy are you, besides yourself)

2-always occupy yourself with beneficial activities (yes, NO movies, NO heavy chat over miRc, NO extremely late hangout with friends.But a slight rest/getaway every now and then is quite okay, to ensure you're still a normal and healthy person=)

3-go get yourself some fresh air (e.g jog for a lap or two at the sports complex, play a round or two squash game, or just a casual stroll along the lakeside=).Hey, healthy body makes a healthy mind!

4-find time to revise your studies every now and then.Let it be just one hour or half..as long as you did not totally abandon your notes and books.

5-get nearer to God...He will help you survive through the day=)

Since then, all the best for you and me =)

Saturday, February 03, 2007

Kehebatan wanita bernilai jika disertai dengan takwa


I longed to read a sirah related to women during the prophet's days, and recently I came across an interesting article about three grat women in all time, Fatimah Az-Zahra,Maryam bt Imran and Balqis the Saba' princess.Read the article and surely you find it worthwhile, Insya Allah.

(but sorry, the article is in Malay =)


KELEBIHAN dan keistimewaan wanita sentiasa menjadi sebutan dan kebanggaan. Kelebihan dan keistimewaan ini akan menjadi lebih berharga jika dihiasi keimanan serta ketakwaan kepada Allah.Lihat saja keperibadian Fatimah al-Zahra’, puteri Rasulullah saw yang sangat dikasihinya. Ketabahan, kesabaran dan keteguhan peribadinya menepati apa yang pernah dikatakan oleh ayahandanya: “Wahai Fatimah, sabarlah. Sesungguhnya sebaik-baik wanita ialah yang memberi manfaat kepada keluarganya.”


Fatimah membuktikan bahawa beliau bukan saja menyumbang bakti untuk keluarganya, bahkan seluruh keluarga generasi Muslim sehingga kini. Selain isteri solihin yang sangat bertanggungjawab, Fatimah diceritakan sentiasa membantu ayahandanya dalam apa juga keadaan, terutama pada saat-saat genting.Contohnya, dalam Perang Uhud, diriwayatkan daripada Sahl bahawa beliau ditanya mengenai luka yang dialami oleh Nabi saw. Jawab Sahl, wajah Nabi saw terluka, gigi hadapannya patah dan serbannya koyak. Maka Fatimah membersihkan darah dan Ali pula menyiramkan air. Kemudian apabila Fatimah mendapat tahu bahawa air hanya akan menyebabkan darah lebih banyak keluar, maka beliau mengambil sepotong tikar lalu dibakarnya sehingga menjadi abu, kemudian ditampal pada luka itu, barulah darah berhenti.


Selain Fatimah al-Zahra’, Maryam binti Imran dan Ratu Balqis antara wanita yang memiliki keperibadian cemerlang. Kekuatan jiwa dan semangat kental yang ada pada diri mereka wajar dijadikan teladan.Kisah wanita cekal bernama Maryam ini diabadikan al-Quran dalam beberapa surah seperti surah Ali Imran dan Maryam. Ibu Maryam bernazar apabila beliau melahirkan anak kelak (yang diharapkannya seorang lelaki), anaknya itu akan berkhidmat di Baitulmaqdis iaitu Masjid Aqsa.Bagaimanapun, beliau akhirnya melahirkan seorang anak perempuan iaitu Maryam.


Maryam dewasa dan menjadi seorang wanita yang sangat jujur. Seluruh hidupnya dihabiskan untuk melaksanakan perintah Allah dan Maryam sentiasa memperoleh bimbingan serta perlindungan Allah. Ini sesuai dengan doa ibunya yang menyerahkan Maryam kepada Allah sebagai nazarnya.Firman Allah bermaksud “...Sesungguhnya akulah menamai dia Maryam dan aku melindungkannya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.” (Surah Ali Imran, ayat 36)


Maryam memperoleh kurniaan yang sangat besar ketika berusia 13 tahun. Jibril yang menjelma sebagai seorang lelaki membawa berita kepada Maryam bahawa beliau akan hamil dan melahirkan seorang putera yang diciptakan dengan kalimah yang datang daripada Allah.Berita kehamilan Maryam tersebar luas di kalangan Bani Israel dan ada orang Yahudi yang menuduh Maryam melakukan perbuatan keji dengan Yusuf al-Najjar (yang dikatakan saudara sepupunya dan lelaki soleh lagi tekun beribadah).


Di samping itu, ada pula yang menuduh bahawa Maryam melakukannya bersama Zakaria, yang bertanggungjawab memelihara Maryam selepas kematian bapanya, Imran. Begitu hina dan zalimnya mereka yang melemparkan tuduhan sedemikian rupa kepada hamba Allah yang suci lagi bertakwa kepada-Nya. Selepas melahirkan Isa, Maryam kembali kepada kaumnya. Kisah ini dirakamkan oleh al-Quran.Firman Allah bermaksud: “Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan mengendongnya. Kaumnya berkata, `Wahai Maryam, sesungguhnya kamu sudah melakukan sesuatu yang amat mungkar. Wahai saudara perempuan Harun, bapamu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina.”(Surah Maryam, ayat 27-28)


Dengan mukjizat kurniaan Allah, Nabi Isa yang masih bayi itu dapat berkata-kata untuk mempertahankan bondanya yang sememangnya seorang wanita suci. Dalam ayat lain, al-Quran menegaskan lagi kesucian diri Maryam. Firman Allah bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril) berkata, “Wahai Maryam, sesungguhnya Allah memilih kamu, menyucikan kamu dan melebihkan kamu atas semua wanita di dunia (yang ketika dengan kamu).”(Surah Ali Imran, ayat 42).


Kisah Balqis iaitu seorang ratu yang memerintah kerajaan Saba’ disebut dalam Surah al-Naml 27, ayat 27-44. Ibu kota Saba’ ialah Ma`arib yang terletak berhampiran kota San’a, ibu kota Yaman sekarang.Ratu Balqis dianugerah Allah segala kekuasaaan dan kehebatan. Segalanya itu ialah dugaan dan ujian terhadap baginda serta kaumnya.Bagaimanapun, Ratu Balqis dan kaumnya masih tidak beriman dengan Allah.Mereka yang diperdaya oleh syaitan menganggap bahawa perbuatan menyembah matahari adalah suci dan mereka terhalang daripada mendapat petunjuk Allah.


Kehebatan kerajaan Ratu Balqis diceritakan oleh burung hud-hud kepada Nabi Sulaiman. Di sinilah bermulanya perundingan dan penawaran Nabi Sulaiman supaya Ratu Balqis menerima risalah Allah.Ini seperti firman-Nya yang bermaksud: “Pergilah dengan (membawa) suratku ini lalu jatuhkan kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.”(Surah al-Naml, ayat 28)


Kewibawaan Ratu Balqis sebagai pemimpin terserlah apabila beliau mengamalkan prinsip syura dengan pembesarnya iaitu selepas menerima surat daripada Nabi Sulaiman. Ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Berkata dia (Balqis), `Wahai pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini), aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku).“Mereka menjawab, Kita ialah orang yang memiliki kekuatan dan (juga) memiliki keberanian yang tinggi (dalam peperangan) dan keputusan berada di tanganmu, maka pertimbangkanlah apa yang kamu perintahkan.” (Surah al-Naml, ayat 32-33)


Ratu Balqis seterusnya menyatakan pandangannya bahawa setiap pemerintah (raja) yang mahu menakluki sesebuah negeri akan membinasakannya dan menjadikan penduduknya hina.Pada fikirannya itulah yang akan menimpa kerajaan Saba’. Oleh itu baginda membuat keputusan supaya dikirimkan urusan yang membawa hadiah kepada Nabi Sulaiman.Apabila utusan itu sampai kepada Nabi Sulaiman, baginda berkata, “Adakah (wajar) kamu menolong aku dengan harta? Apa yang diberikan Allah kepadaku adalah lebih baik daripada apa yang diberikan-Nya kepadamu; tetapi kamu berasa bangga dengan hadiah kamu.Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan pasukan tentera yang mereka tidak berkuasa melawannya dan kami pasti akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba’) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan) yang hina dina.”(Surah al-Naml 27:36-37)


Lantas Nabi Sulaiman menanyakan kesanggupan pembesarnya untuk membawa singgahsana Ratu Balqis kepada baginda. Selepas dibawa sebelum sempat matanya berkedip, baginda memerintahkan supaya singgahsana itu dirobohkan untuk menguji sama ada Ratu Balqis masih mengenali singgahsananya itu atau tidak.Kecenderungan tulus ikhlas Ratu Balqis untuk menyahut kebenaran dan seruan suci Nabi Sulaiman juga disebutkan oleh al-Quran. Firman-Nya bermaksud: “Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku. Kami diberikan pengetahuan sebelumnya* dan kami ialah orang yang berserah diri..”– (Surah al-Naml 27:42) (l Maksudnya mengenai kenabian Sulaiman. Ratu Balqis mengetahui kenabian Sulaiman sebelum singgahsananya dipindahkan dari Saba’ ke Palestin dalam sekelip mata.)Ratu Balqis turut mengakui kesilapan dirinya sebagai hamba Allah yang menzalimi diri sendiri kerana tidak beriman dengan-Nya.


Dengan penuh keinsafan dan kerendahan hati, Balqis pun menyatakan keimanannya kepada Allah Yang Maha Berkuasa, Tuhan semesta alam.Firman-Nya bermaksud: “Dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam istana.’ Maka apabila dia melihat lantai istana itu, dianggapnya ia kolam air yang besar dan disingkapkannya kedua-dua betisnya. Berkatalah Sulaiman, `Sesungguhnya ia adalah istana yang licin yang diperbuat daripada kaca.” Berkatalah Balqis, `Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku menzalimi diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.”(Surah al-Naml, ayat 44).


The Good Old Days

(above : Ceramic Tiles Manufacturing Process-Project Details)

(above : our final system, simulated on a board )
These pictures were taken during my final viva in EE Lab 4, shortly before I went to the Industrial Internship training.Okay, that was about more than eight months ago, but I remembered the lab session as one of the most exciting ever, and we really enjoyed ourselves (despite the `weird' lab instructors, hah-ha).And well, the result most of us got for the lab was not so bad after all.It relates mostly on Control System and its implementation in manufacturing and control plants, and it explains well the reason I chose my major-Instrument and Control System.
So, who says Electrical and Electronics Engineering is dull and boring, anyway?=P

Thursday, February 01, 2007

Remembering the death..

I've got a pair of tortoises for my 21st birthday (more than a year ago) from a friend, and they lasted for like 2 weeks before they died after a skin desease (at least that's what I thought).They were so cute and their size was as small as a child's palm!Maybe they were not used to the hectic surroundings(uhm, to be specific-on my study desk, in a medium size aquarium), or experienced an overdose chlorine or they just not meant to be human's pet by nature.I always had this rare passion over tortoise, so when I discovered a picture of my late tortoise in my phone memory(I even forgot their names already!!), I was quite overwhelmed and decided to treasure it forever in this blog.
Well, like the tortoises, we ourselves will be `dead' if we failed to adapt with our surroundings.Look, I emphasized the word FAILED, because everybody has their own capability in adapting to new environment, some are fast and some are slow.Yet it doesn't really matter as long as you manage to survive in the end, or else you will end up like my tortoises. `Dead' in this context means having endless difficulties in life, just because we ourselves are reluctant to change ourselves for the better.Unlike the tortoises, they could not do much to their life since they do not have a mind to think, and when the surroundings are hard and cruel, they just died.While we as a human being are gifted to think and live life wisely so that in the end, we will do something beneficial not only for ourselves, but to the rest of the world.
( I'm not sure if I'd done a good deal of explaining this, but I hope you guys get what I mean.Just a babbling of thoughts at 1 am in the morning.)