Kehadirannya membawa sejuta memori indah, walaupun pengalaman ini dah tiga tahun berlalu.Seperti sekarang, rindu kepada bumi suci Madinah al Munawwarah ini bertandang lagi. Akhirnya saya berjaya menemui kembali beberapa koleksi gambar untuk diabadikan di sini..
Masjid Nabawi sangat indah.Gambar ini saya ambil selepas selesai solat Subuh dan ibadah sunat yang lain, dalam jam 8.30 pagi. Orang pun tak berapa ramai sangat.Masjid ni dah beberapa kali dibesarkan untuk menampung jumlah jemaah haji/umrah yang meningkat saban tahun.
Hadis Nabi s.a.w : `Solat di Masjid Nabawi 1000 kali lebih baik dari solat di tempat lain kecuali di Masjidilharam'.Sungguh, aura beribadah di masjid ini sangat lain dari yang lain.Yang istimewanya kita boleh menziarah ke makam Nabi di dalam Masjid ini, juga bersolat di Raudhah- satu kawasan kecil masjid bersebelahan dengan tapak rumah Nabi, diriwayatkan kawasan ini adalah satu taman dari taman-taman syurga.Subhanallah~
Inilah Jabal Uhud.Rasulullah pernah bersabda `Jabal Uhud cintakan kita, dan kita cintakan Jabal Uhud'.Juga diriwayatkan bukit ini pernah bergegar apabila Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman radiallahu anhu berdiri di atasnya.Di kaki bukit suci ini bersemadinya bapa saudara Nabi, Hamzah- Singa Allah dan para shuhada yang terkorban dalam perang Uhud. Memang ramai orang, dan saya tak sempat nak naik ke puncak bukit sebab sangat panas dan penat..=P
Gerai kurma berdekatan Jabal Uhud.Saya, Ma dan Abah tak ketinggalan untuk sesi merasa-rasa kurma.Tapi kami tak beli pun..hehe
Majid Qiblatain.Di masjid inilah semasa Rasulullah sedang solat 2 rakaat, turunnya wahyu dari Allah untuk menukar kiblat daripada menghadap ke Masjid Al-Aqsa, BaitulMuqaddis ke Ka'abah, Makkah Al Mukarramah.Jadinya masjid ini turut dikenali sebagai masjid 2 kiblat.
Masjid Quba, 2 km dari Masjid Nabawi. Masjid pertama yang Rasulullah dirikan apabila tiba di Madinah semasa peristiwa hijrah.Cantikkan?Pure white. Yang bagusnya kerajaan Arab Saudi memang memelihara masjid-masjid sekitar Madinah dan Mekah sebab kawasan-kawasan ini sentiasa dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah.
Pasar kurma di Madinah..banyak sangat spesis kurma kat sini! tapi yang paling best mestilah kurma fresh dari ladang..biasanya diletakkan dalam peti ais pastu terus makan.bestt!
Ya Rasulullah, sungguh rindu nak menjejak kaki semula ke bumi suci tempat dirimu bersemadi.Semoga diri ini dikurniakan kesempatan lagi untuk berkunjung ke kota yang bercahaya ini di masa akan datang..
Ya Rasulullah, sungguh rindu nak menjejak kaki semula ke bumi suci tempat dirimu bersemadi.Semoga diri ini dikurniakan kesempatan lagi untuk berkunjung ke kota yang bercahaya ini di masa akan datang..
(ini juga seruan kepada diri sendiri untuk kumpul duit dari sekarang, semoga berkesempatan datang lagi untuk ibadah haji pula...Ameen~ hehe=)
Nanti bila rindu lagi saya postkan gambar lagi okay!!=)
No comments:
Post a Comment