Saya sukaaaaaaaaaaa sangat artikel ni!!!
(kalau ada anugerah untuk artikel terbaik minggu ini guna sistem undi SMS macam kat A.F tu, dah lama saya vote untuk artikel ni)
BERKAT doa dan keinginan yang kuat serta dorongan daripada keluarga akhirnya Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar memilih untuk memakai tudung kepala.
Beliau berkata, hasrat untuk memakai tudung menjadi impiannya sejak zaman remaja, tetapi ia hanya menjadi kenyataan selepas pulang daripada menunaikan ibadat haji di Makkah awal tahun ini.
"Sebagai wanita Islam saya mempunyai hasrat untuk memakai tudung kepala, tetapi hasrat saya itu belum menjadi kenyataan daripada zaman remaja hinggalah saya berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimanapun saya tidak berhenti berdoa kepada Allah untuk memakai tudung kerana bertudung dan menutup aurat adalah suatu yang wajib bagi seseorang wanita beragama Islam."Selain berdoa selepas menunaikan solat, saya juga berdoa ketika menunaikan ibadat haji yang pertama ketika saya belum berkahwin dan doa itu diteruskan ketika saya menunaikan ibadat haji pada kali kedua ketika berusia 32 tahun," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di Kuantan.Tengku Puan Pahang berkata, setiap kali menunaikan ibadat haji di Makkah, beliau akan berdoa untuk memakai tudung seperti mana dilakukan wanita Islam lain.Suaminya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pernah menasihatkannya supaya memakai tudung, tetapi hatinya masih belum terbuka untuk memakainya.
Selain itu, beliau berkata, hatinya turut merasa malu apabila mengadakan lawatan ke kampung di seluruh Pahang apabila mendapati wanita yang menyambut kedatangannya semuanya memakai tudung."Saya rasa malu kerana wanita berkenaan nampak kemas memakai tudung, sedangkan saya masih tidak bertudung. Bagaimanapun ketika itu, hati saya masih belum terbuka untuk bertudung, sehinggalah saya pergi menunaikan ibadat haji bersama suami pada awal tahun ini, Allah membuka pintu hati saya untuk memakai tudung."Saya gembira kerana berjaya memakai tudung kepala sejak pulang dari tanah suci itu hingga ke hari ini dan akan terus memakainya hingga ke akhir hayat," katanya.
Tengku Puan mengakui semua ahli keluarganya, terutama suami dan putera puterinya melahirkan rasa senang hati melihat beliau memakai tudung."Anak saya sendiri, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah juga sentiasa memuji saya dengan mengatakan ‘mama nampak cun dan kemaslah sejak pakai tudung’,” katanya.Beliau berkata, pujian dan dorongan daripada keluarga menjadikannya sentiasa gembira apabila mengenakan tudung, terutama apabila menghadiri pelbagai program yang diadakan di seluruh negeri ini.
Sumber : Berita Harian, 18 April 2007
**
Nice kan? Kalau permaisuri diraja yang hidup dalam kemewahan pun boleh dikurniakan hidayah dan keinginan untuk mengenakan tudung kepala, mengapa tidak rakyat jelata Malaysia yang beragama Islam ni? Percayalah, anda akan kelihatan lebih anggun dan menarik jika bertudung..(",)
Sesungguhnya menutup aurat itu satu kewajipan, bukan satu pilihan.....
No comments:
Post a Comment