Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berita paling gempar sepanjang minggu ni tentunya kes perbicaraan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu. Bermula hari Isnin lalu, setiap hari kita dikejutkan dengan berita panas dari dewan mahkamah. Sampaikan berita terkini di saluran media utama pun memaparkan lintas langsung dari mahkamah.Pendek kata tiada cerita lain yang lagi panas dari cerita ini.
Semasa kes ini menjadi frontpage hampir kesemua akhbar utama di seluruh negara tahun lepas, rasa seperti tak percaya pembunuhan berprofil tinggi macam ni boleh berlaku di negara kita. Untuk pembaca novel thriller tegar, mesti anda terbayangkan novel Agatha Christie atau Sidney Sheldon(ehem, minus the inappropriate part.Anyway I wont' recommend Sheldon's books to you guys.Buang masa.Trust me ). Dan sekarang memang macam novel John Grisham, di mana perbicaraan sedang berlaku dan macam-macam cerita pelik kita dengar. Tapi kali ini, this is for real. It happens in our beloved country.
Hari ini baru hari ketiga, dan pendakwa raya masih menyoal saksi pertama, Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah oleh tertuduh ketiga kes, Abdul Razak Baginda beberapa hari sebelum pembunuhan Altantuya.Semestinya perbicaraan ini memakan masa yang lama, dan yang lebih menarik mesti ramai yang ingin tahu kaitannya dengan beberapa orang besar negara dan juga dikatakan bertujuan untuk mengelak kebocoran maklumat rahsia yang diketahui oleh Altantuya.
Benarkah Najib terlibat? Apakah kaitan kes ini dengan komisyen pembelian kapal selam yang bernilai beratus juta ringgit? Apakah sebenarnya yang diketahui oleh Altantuya? Mengapakah di kalangan sesetengah peguam dan hakim sendiri seakan ada konspirasi yang mencurigakan? Mengapakah ada peguambela yang menarik diri kerana dikatakan ada tekanan dan campur tangan dari pihak ketiga dalam kes anak guamnya?
Banyak betul persoalan dan teori sendiri dalam kes ini. Jadi sama-samalah kita berdoa agar perbicaraan yang adil dan saksama dapat dibuat, serta semoga pesalah sebenar akan dapat dihukum dengan balasan setimpal. Bukankah adil itu, meletakkan yang hak pada tempatnya?
Kalau dilihat dari perspektif lain, saya yakin ramai terkejut dengan keseluruhan kes ini. Betapa tiada rasional (atau boleh dikatakan, tiada iman) yang diambilkira oleh pelaku jenayah sehingga sanggup membunuh dan lebih teruk, meletupkan mayat si mangsa dengan kejam. Agama apakah yang menyuruh perilaku sedemikian? Memang tiada. Sudahlah yang tertuduh adalah orang berpengaruh dan sekutunya adalah pihak berkuasa, pihak POLIS! Atau worse come to worst, ada kuasa tertinggi yang menjadi dalang dan menghalalkan pembunuhan ini untuk melindungi kepentingan tertentu. Perkara sebegini akan mengakibatkan impak negatif di mana Islam akan difitnah kerana melakukan kekejaman (kerana kebetulan yang tertuduh semuanya orang Islam), walaupun sebenarnya hanya beberapa individu yang tidak bertanggungjawab, yang mengkhianati agama, bangsa dan negara yang terlibat.
Saya tak berniat nak mengulas panjang lebar tentang hal ini, sebab ianya telah lama jadi perbincangan orang yang lebih arif-dari wartawan, orang-orang kenamaan, para penjawat awam, golongan profesional sehingga ulama dari tahun lepas lagi. Cumanya bagi saya, kita sebagai individu/mahasiswa/rakyat perlu mengikuti kes ini (dan isu semasa yang lain) agar kita boleh mengetahui dan menganalisis sendiri perkembangan yang berlaku di tanah air kita. Itu belum cerita isu-isu luar negara atau pun sirah lalu yang tak kurang pentingnya.
Saya yakin ramai lagi antara kita yang tak tahu atau pun tak mahu ambil tahu tentang hal ini. Setakat baca frontpage headline akhbar utama dan berkata `Eh, dahsyatnyaa' kemudian kembali menyelak bab Hiburan, Berita Sensasi atau Intisari Rancangan.Come on la, saya dulu pun pernah buat macam tu gak, sebab tu saya tahu.Tiada sikap empati mahupun simpati dalam mengambil tahu hal orang lain, asyik sibuk dengan hal diri sahaja semata-mata.
Akhir kata, semoga penyakit `I DON'T KNOW, AND I DON'T CARE' yang melanda majoriti mahasiswa kita sekarang dapat dihapuskan, jika tidak pun dikurangkan sedikit demi sedikit.
Insya Allah.
No comments:
Post a Comment