Tuesday, June 26, 2007

Double standard hukum Allah?

( ini post tertangguh selama 2 hari)

Saya suka hari Ahad..antara sebabnya hari Ahad di rumah saya akan ada 4-5 jenis surat khabar. Jadi berjam-jam jugak la nak baca semua, tambahan pula Ahad biasanya surat khabar lebih tebal dan berita lebih banyak. Kalau berkesempatan saya akan baca kesemuanya, termasuk akhbar sisipan yang memuatkan berita artis-artis yang macam-macam ceritanya tu.

Satu perkara yang saya pelajari, siapa kata baca akhbar sisipan is totally a waste of time? Memang majoritinya tiada berita pun, sibuk gosip sensasi dan khabar angin yang entah betul entah tak. Kebanyakan hanya nak melariskan surat khabar je. But then saya jumpa satu berita menarik, tentang satu artis comel yang baru saja membotakkan kepala..ya, siapa lagi!

Amani telah mendapat liputan frontpage kebanyakan akhbar arus perdana sewaktu dia bertindak nekad membotakkan kepala. Seterusnya dia telah mendapat respon dan komen daripada pelbagai pihak termasuk orang kenamaan dan tokoh agama. Mufti Selangor dan Mufti Perak juga telah menegaskan pandangan mereka dari sudut agama dalam isu ini, yang membawa kesimpulan bahawa wanita yang membotakkan kepala itu menyerupai lelaki dan tanpa alasan yang kukuh seperti masalah kesihatan dan sebagainya, hukumnya HARAM.

OK fine, everybody had read about that in the past several days. Hanya nak bagi sedikit intro tentang isu ini. Tapi dalam akhbar Bintang Popular Ahad lepas, Yasmin Ahmad telah membuat tindakan kurang bijak walaupun mungkin dia mempunyai niat murni untuk membela Amani. Jika anda lost atau tak pernah baca berita ini, boleh rujuk di sini:

Kenapa Yasmin perlu tuding jari pada orang lain?

Saya berpendapat sebelum Yasmin tuding jari pada orang lain yang tak tutup aurat sambil memalukan orang tersebut (sedangkan dia tak kenal pun orang tu), lebih baik Yasmin tuding jari kepada diri sendiri dulu. Perlakuan dia ni dah lah memalukan orang lain, dan seperti membela sesuatu yang melampaui hukum Allah (dengan membela tindakan Amani membotakkan kepala). Ya, niat dia menegur wanita lain itu untuk tutup aurat memang bagus, tapi teguran sebegini ada seninya dan memang dilarang dalam Islam untuk mengaibkan orang lain. Lagi satu, wajarlah dia tutup aurat dahulu sebelum nak tegur orang lain supaya tutup aurat, kan?

Jadinya isu ini ada persamaan dengan isu presiden Iran, Abdullah Khatami yang dituduh bersalaman dengan wanita di Itali bulan lalu. Benar atau tidak isu yang digembar-gembur ini saya serahkan kepada rakyat Iran untuk menilai, tapi bagaimana pula dengan perilaku yang sama dilakukan oleh pemimpin negara kita?(sedikit ulasan mengenai hal ini boleh anda baca di sini). Tiada orang nak kecam ke? Mungkin sebab dah selalu sangat terjadi perkara ini jadi semacam telah dihalalkan(?) dan tiada masalah pun setakat berjabat tangan lelaki dan wanita..

Kita semua menganut agama Islam yang sama, bukan? Isu double standard seperti ini bukan isu baru lagi, di mana segelintir manusia gemar menunjuk salah orang dan lupa tentang salah sendiri. Macamlah sesetengah orang ada privilege atau imuniti untuk tak perlu menurut perintah Allah yang jelas dan nyata, seperti menutup aurat dan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Mengapa sesetengah orang diherdik begitu teruk, sedang sesetengah lain boleh buat macam tiada apa-apa yang berlaku, macam mereka tiada kaitan langsung dengan hal ini?

Sedarlah wahai umat Islam sekelian, segala hukum yang Allah tetapkan itu berkuatkuasa kepada semua umat Islam, termasuk anda dan saya, termasuk tokoh politik, golongan kenamaan, pemimpin negara, nelayan, surirumah, pelajar, alim ulama..pendek kata SEMUA. Tiada siapa yang terkecuali. Semoga isu double standard sebegini tak lagi berlegar dalam minda umat Islam khususnya di negara kita, dan semoga semua orang sedar dengan hakikat kejadian manusia di bumi ini. Jika perintah Allah pun kita taknak patuhi, habis kita nak patuhi perintah siapa?

Wallahua'lam.

No comments: