Tuesday, July 24, 2007

Dresscode

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini saya ada terbaca tentang ulasan mengenai kod pakaian (dresscode) yang semakin diabaikan oleh generasi masa kini. Tak silap, ulasan itu datang dari Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang memang sering menjuarai isu-isu kemasyarakatan seperti ini.

Teringat tentang `portfolio' atau tugasan saya seminggu lalu apabila menjadi fasilitator pelajar baru. Perkara yang saya sering utarakan adalah dresscode atau pun `attire' setiap pelajar, baik pelajar baru ataupun fasilitator sendiri. Satu garis panduan disediakan untuk pelajar ikuti sepanjang minggu orientasi yang bertujuan untuk mendisiplinkan mereka dan membiasakan mereka dengan pemakaian sopan, kemas dan cantik. Salah ke berpakaian sopan, kemas dan cantik?? Perkara yang sama digariskan dalam peraturan universiti, yang saya yakin ada juga di dalam buku peraturan universiti lain. Tapi hakikatnya ramai yang tak tahu, atau lebih tepat tak nak ambil tahu, ataupun degil jugak nak pakai baju selekeh, seksi atau tak sopan di sekitar kampus, dan juga di luar umumnya.

Berbalik kepada ulasan akhbar yang saya baca tu, kod pakaian yang dihuraikan oleh penulis adalah tentang masyarakat sekarang umumnya generasi muda. Zaman sekarang ini seperti telah kembali semula seperti sebelum zaman peradaban atau civilization yang melanda dunia. Tak kira agama atau bangsa, trendnya tetap sama. Contoh pemakaian sekarang yang semakin menular adalah fesyen tak cukup kain, ketat, mendedah tubuh dan sebagainya. Fesyen sebegini memang terjadi masa zaman jahiliyah di mana-mana sahaja, baik orang Arab ke, orang asli ke, orang Eropah ke(sekadar beberapa contoh). Kemudian selepas itu apabila zaman peradaban muncul, kemajuan sosial juga turut berlaku seiring. Bukan hanya sekadar tamadun Islam sahaja. Tengok saja cerita-cerita Inggeris zaman dahulu, pakaian mereka sangat sopan, kemas dan elegan, baik lelaki mahupun wanita. Mana ada fesyen singkat, jarang, berlubang, koyak semua macam sekarang. Hal ini kerana selaras dengan kemajuan peradaban, mereka juga yakin pemakaian yang sopan dan kemas ini akan menyebabkan mereka dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Sebenarnya dalam Al-Quran sendiri telah meletakkan garis panduan pemakaian yang cukup jelas. Tidak menyusahkan dan tidak pula keterlaluan, memang just nice. Jadi untuk yang masih tercari-cari imej diri dan garis panduan pemakaian, jawapannya memang dah lama ada.Tapi sayangnya sekarang ramai yang taknak ikut, terus buat fesyen sendiri. Itu yang jadinya bertudung tapi tak ikut syariat, menutup aurat tapi ketat (alamak bunyi macam pantun pulak).

Jadinya minggu lalu selepas saya emphasized beberapa kali tentang attire yang betul kepada pelajar baru, saya sangat gembira dan terharu sebab ramai kemudiannya tanya saya macam mana attire yang betul, siap ada yang minta maaf lagi sebab tak ikut guideline attire. Tak tahulah mereka memang ada kesedaran, ataupun takut kena tegur lagi (sebab saya kakak fasi yang garang?? Hehe mana ada). Saya ni bersangka baik sajalah kan.

Saya pun cakap pada adik-adik ni, pakai tudung biar kemas, jangan selempang, pakai brooch. Baju tu pakai la saiz baju sendiri, jangan pakai yang adik punya saiz. Pakai stokin, long sleeves, bla bla bla. Lengan baju tu jangan tarik-tarik, elok-elok lengan panjang dah baju tu. Buruk sangat tengok org pakai tudung selempang (tudung roti canai?? First time dengar term ni), tarik-tarik sleeves semua. Ingat lawa ke pakai macam tu? Haha sorry, ni bukan personal opinion je sebab saya ni perempuan. Saya yakin ramai lelaki pun berpandangan sama juga.

Yang paling saya nak tekankan sebenarnya guideline attire ni bukannya saya saja-saja suruh, ataupun sebab peraturan universiti macam tu. Tapi ni peraturan Allah, Dia yang suruh. Takkan kita nak degil pulak. Kalau Dia nak, dan-dan sekarang je Dia boleh cabut nyawa kita, jadi tak sempat nak bertaubat. Jadi pengalaman jadi `dresscode faci' (alamak, buat term sendiri)minggu lepas tu sebenarnya saya ambil iktibar untuk mengajar diri sendiri dan adik-adik tentang perkara yang sangat asas dalam kehidupan harian kita, iaitu pakaian dan pemakaian.

Semoga usaha yang sedikit ni bermanfaat dan diberkati, Insya Allah.

2 comments:

danialle said...

aslkm..

nice one. ternyata kuasa dan pengaruh penting dlm proses utk merubah seseorg. nasihat drp org yg dipercayai (senior) lbh berkesan drp nasihat drp org2 yg tak dikenali. kalaulah semua org bercakap ttg 'dresscode' dgn cara yg sebegini, tentu kita dpt lihat perubahan yg memberangsangkan.

Sunan_Jati said...

wah nice en3.. thanks...