Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama saya tak memghurai tajuk secara ilmiah, hari ni rasa ada mood pula nak tulis tentang ni. Kadang-kadang kita buka kembali sirah Rasulullah terasa memang sangat best!
Pembinaan masjid dijadikan asas pertama oleh Rasulullah dalam membentuk masyarakat baru, iaitu selepas baginda hijrah dari Makkah ke Madinah.Kita tahu kan, kalau dunia moden ni hijrah dari Makkah ke Madinah lebih kurang 5 jam menaiki bas, dan sepanjang perjalanan semestinya banyak gurun gersang sahaja. Cuba kita bayangkan Rasulullah dan para Muhajirin dulu berjalan kaki je, paling-paling pun ada unta yang bawa barang melalui gurun gersang tu, sangat lama dan payah, penuh dengan cabaran dan rintangan.Betapa hebatnya pengorbanan baginda dan sahabat-sahabat dalam peristiwa hijrah kan!(terharu..)
Rasulullah bina masjid pertama di tempat tiba-tiba untanya berhenti di Madinah. Baginda menawarkan untuk membeli tanah tersebut daripada dua orang saudara bawah jagaan As'ad bin Dzirarah, tapi mereka taknak jual dan nak hadiahkan terus kepada Rasulullah. Namun baginda agak keberatan untuk menerimanya percuma, dan tetap beli tanah tersebut dengan harga 10 dinar (mulianya hati baginda..) . Seterusnya Rasulullah dan para sahabat membina masjid tersebut bersama-sama, baginda sendiri pun mengangkat batu-batu untuk membuat masjid yang sangat simple ini, tiang-tiang pun hanya guna batang pokok kurma dan atapnya pelepah daun kurma,lantai pula hanya ditaburi pasir dan batu-batu kecil. Masjid sekarang bagaimana? Ada tak yang macam ni lagi rasanya?? Kalau anda jumpa bagitahu saya ya! Di sini kita nampak sebenarnya rupa bentuk fizikal masjid tu tak penting, tapi fungsi sebenar masjid tu yang patut kita faham dan gunakan sebaik-baiknya.
Okay, itu sedikit tentang sejarah penubuhan masjid di zaman nabi ini. Seperti yang saya sebut tadi, fungsi masjid ni kita kena tahu sebenarnya, bukan setakat hanya bersolat jemaah setiap waktu dan kemudian balik.Atau pun sebagai lambang kemegahan, wah masjid tempat aku cantik ,lawa, hebat, architecture yang unggul dan sebagainya. Ianya lebih dari itu.
Pentingnya pembinaan masjid ni, sampai Nabi pun awal-awal bina masjid dulu sebelum baginda buat kerja-kerja mentadbir masyarakat dan negara yang lain, kerana yang pertama, masjid digunakan untuk mengeratkan persaudaraan sesama Islam. Masjid ni jadi satu tempat untuk centralized semua aktiviti yang berkaitan ,bukan setakat bersolat jemaah sahaja tetapi tempat berkumpul, bertemu, berbincang, menuntut ilmu dan semuanya. Termasuk makan bersama-sama. Sekarang kita lihat fungsi masjid ni dah dikecilkan skopnya, sehingga sesetengah masjid ada yang dilarang buat kuliah ataupun dilarang makan untuk iftar atau pun jamuan di kawasan masjid. Yang lebih sedih, kadang-kadang kanak-kanak pun dilarang masuk ke masjid sebab dikatakan takut mengganggu. Yang lagi-lagi sedih, macam kita baru dengar sedikit masa dahulu, ada masjid yang tak benarkan orang bukan Islam untuk datang dan lawat. Sudahlah maca tu, banyak pula karenah dan birokrasi dari pihak pengurusan masjid berkenaan. Bukan semuanya begini , hanya segelintir je. Tapi yang sikit nilah merosakkan imej Islam dan menutup peluang dakwah tu sendiri (emosi betul saya..tapi saya memang tak setuju dengan tindakan macam ni!)
Selain itu, di masjid juga kita boleh menyebarkan semangat keadilan dan kesamaan individu. contohnya semua orang, yang miskin, kaya, korporat, homeless, fakir miskin semua boleh datang ke masjid. Kita berkongsi satu rumah ibadah, berwudhu dengan air yang sama dan solat di sejadah yang sama. Kita juga dapat bersosial sesama orang Islam tanpa mengira pangkat, darjat, dan warna kulit-perkara yang sukar kita buat kalau kita duduk saja di rumah ataupun di pejabat-di comfort zone kita. Semangat kekitaan ni dapat menghapus sifat pentingkan diri sendiri, angkuh dan megah sebab kita dah bergaul dengan orang lain, jadi kita lebih memahami dan menjiwai hidup saudara seIslam kita yang mungkin tak bernasib baik seperti kita.
Satu perkara yang agak menarik untuk saya kongsi di sini,adalah tentang masjid yang dihias indah dengan ukiran dan dekorasi yang sangat hebat. Dari satu sudut memang betul, kita dapat meninggikan martabat agama Islam dan memberi good impression sebagai jalan dakwah kepada orang-orang bukan Islam.Tapi, jangan sampai kita terpesong niat, contohnya apabila kita masuk ke masjid sepatutnya kita menjadi semakin kerdil dan takut kerana masuk ke rumah Allah, dan menginsafi diri, tapi sebaliknya kita takjub dan kagum dengan keindahan duniawi (impak daripada kecantikan dan dekorasi masjid yang sangat hebat tadi. Contohnya fakir miskin yang nak lari dari keindahan dunawi dan materialistik lalu masuk ke masjid untuk menginsafi diri dan redha dengan takdir yang mereka terima, akan jadi lebih tertekan sebab bila mereka masuk masjid je, mereka turut disajikan dengan kemewahan dunia yang mereka tidak dapat miliki). Kesannya kita boleh nilaikan, betapa akhirnya nanti fungsi masjid akan disalah tafsir dan yang paling teruk, jadi fitnah kepada umah Islam juga.
Tapi, semuanya takkan menjadi seperti apa yang kita harapkan, walau sebesar, sehebat, secantik dan sefaham mana pun kita tentang kepentingan masjid ni, tapi kita sendiri malas pergi ke masjid. Cuma rajin masa bulan Ramadhan untuk iftar percuma dan solat terawih, dan juga solat sunat hari raya, dan seterusnya kita abaikan rumah Allah yang membawa banyak keberkatan ini.
Kesimpulannya,
JOM MASJID :)
Reference :buku Fiqh Al-Sirah 2, Ustaz Muhammad Said Ramadhan Al- Buti
No comments:
Post a Comment