Monday, September 10, 2007

Pandangan

* kredit untuk forwarder dan creator image ini, semoga setiap pembaca juga beroleh manfaat dengan peringatan ini, insya Allah :)

Kita mungkin sering terlupa, bahawa pandangan walaupun bunyinya remeh tapi impaknya sangat lah besar. Kenapa sebenarnya kita kena mengalihkan / menundukkan pandangan apabila melihat yang bukan muhrim?
Sebabnya pandangan ni sangat tajam, bak kata pepatah dari mata turun ke hati. Memang susah sangat dikawal, tapi pandangan pertama itu rezeki. Habis kalau rezeki kena la pandang banyak kali?? Takdelah, pandagan kali kedua, tiga, empat tu semua biasanya akan menimbulkan perasaan lain kepada orang yang melihat dan dilihat juga..mungkinlah kan.Seterusnya mungkin `makhluk' lain pula yang mainkan peranan mereka.
Saya teringat kata-kata seorang kakak ` Wanita yang baik tidak suka melihat lelaki bukan muhrim dan tidak suka juga dirinya dilihat lelaki bukan muhrim'..I'm yet to find the dalil sahih but then kata-kata itu ada benarnya, dan sangat terasa rasionalnya.
Baru-baru ni saya terbaca satu blog (yang penulisnya seorang lelaki) yang menceritakan perihal sesetengah wanita yang suka berhias berlebihan dan berpakaian seksi, sebabnya mereka suka dilihat dan dipuji. Tapi biasanya apabila lelaki buat bunyi2 (macam fewitt.. ke) atau pandang hujung rambut ke hujung kaki, reaksi yang biasa selalunya wanita tu akan menarik muka masam dan mencop lelaki yang mengusiknya `gatal'. Ironikan? Wanita itu yang menarik perhatian lelaki dan bila lelaki melihat, tak suka pula. Walaupun saya ni wanita, saya pun tak faham orang yang macam ni..ada sesiapa ke boleh explain pasal ni?
Bagi saya konsep menundukkan pandangan ni sebenarnya sangat menguntungkan wanita, di samping menjaga iman si lelaki. Kalau lelaki dah tundukkan pandangan, insya Allah masalah hati takkan timbul.. provided wanita pun jangan la menarik-narik lelaki memandang. Cukup bersederhana dalam pemakaian, biar simple, sopan dan kemas. Kita ni lain, kalau lelaki tu pakai yang sangat menarik ke, warna terang ke, salah matching ke kita takde pun rasa tertarik sangat nak tengok.Ini memang nature, wanita memang lebih daya penarik (ini bukan saya yang cakap ye, ni ahli psikologi dan agama kita sendiri kata).
Untungnya wanita pula, bila lelaki dah menundukkan pandangan, kita akan terasa lebih yakin, berani dan selamat, tidak lah terasa pemakaian atau penampilan kita dinilai oleh orang lain. Sesetengah orang terlalu self-conscious tentang penampilan diri terutama kalau dalam situasi yang terpaksa berdepan dengan kaum lelaki. Sebenarnya takde hal pun semua tu..kita ni je kekadang terlebih perasan.
Lagi satu, bukannya 24 hours tundukkan pandangan pun, nanti habislah semua orang jadi bongkok dan sakit tengkuk.Kalau group discussion, meeting atau hal-hal memerlukan tiada masalah untuk pandang.Nanti tak pandang langsung sampai cakap-cakap sekali salah orang pulak..haa sudah.Pandai-pandailah perkara macam ni, basic knowledge, common practice.
OK laa panjang pula, selalu camni.Nak buat pendek mesti jadi jadi panjang juga..huhu.
Wassalam:)

1 comment:

Sunan_Jati said...

assalamualaikum...
nice en3...
heheheh :P