Sunday, August 31, 2008

Hidayah?

Salam and good day.

One fine day, someone very close to me asked me this question out of the sudden:

"Macam mana nak dapat hidayah?"
(In Islamic context, hidayah means guidance and leadership as given by Allah as referred here)
Ermm.Simple but yet a very hard question.I've asked this question so many times, I always had the answer in my mind, but when I was asked by another person, I still felt awkward. On a spontaneous act to ease the seriousness, I felt like asking the person back "Erm, hidayah yang mana ni? Yang cousin tu ke.." but I hold that back. I know I had to answer the question.

My mind raced fast, thinking for the best way to answer this question.

"I think the best way is to regularly mingle with pious people, attend ceramah, tazkirah, usrah - all sorts of religious and knowledge ceremonies, read good books and articles, always ask reliable people questions that wandered in our mind. And do all these continuously."

My heart prayed for Allah to forgive me, to give me strength, for me not only just talk, but walk the talk.

Why I emphasized on the word, CONTINUOUSLY?

As our iman is not always constant, sometimes it is high and sometimes its low, like tides. Have you ever experienced the followings:

1. One day you can finish up to twenty pages of Al Quran, and some other day you felt too lazy to just recite only a half page of the holy book?

2. One day you can fulfill all the common solat sunat - Taubat, Hajat, Tahajud, Witr along with lengthy wirid and doa, while some other day you were so reluctant for just a short doa after your prayer?

3. One day you can donate hundreds of ringgit to help the needy, but some other day you were so hesitant to just drop a RM 2 note in a mosque' donation box?

Honestly, I had experienced all the above, and perhaps many other similar occurences in my daily life.

Let asked ourselves another big question : Why is this happening? Why is our iman acts like tide? I've asked Mr Google.com and found these reasons :

1. Ibadat tidak berkualiti

Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

2. Hati yang tidak khusyuk

Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

3. Berlebihan dengan perkara yang mubah

Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

4. Tidak menghadiri majlis ilmu

Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.

5. Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan

Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.

reference here

I purposely retain the article in Bahasa Melayu as I'm having difficulties in translating it entirely, and for fear it might change the real meaning. Will try harder to improve and find good, understandable article in English, perhaps in the future.

I guess the question why, we have to do all good deeds continuously to retain our iman and get guidance from Allah (hidayah) are well explained in the article. May we maximize this blessed month of Ramadhan with good deeds continuously, insya Allah.

Salam Ramadhan :)

Friday, August 29, 2008

Convo Tributes

Assalamualaikum wbt and good day.

Its been a week after my convocation day last weekend. Of course, this day would be the happiest day for all whom successfully graduating, but for me this day was best to feel blessed, that Allah gave us the opportunity to celebrate the day with our love ones, say family and friends.
At first I was quite reluctant to share this in the blog, because hey, all people are graduating, some of them uploaded the details immediately after they received the scroll.So my details would be eventually almost the same as them, right? But then, I kept having images of a few people that deserved the appreciations, hence the entry although a week late.
This day marked as the most memorable day, not only because most of my family were there. My bro could not make it as he's having a major test on the next day, but his short SMS : `Oit, sorry takpat dtg. Sok ade test.Congrats.I'm proud of you' really made my day.
Also, meeting long lost friends whom now pursuing their career with own different way; some even came as a wife/husband, or a fiancee. Well that marked another milestone in their life too, and I'm happy for them. (ok, don't start..).And also a surprise from my two best friends, who came all the way from KL to celebrate my day. Thanks guys, million appreciations! I definitely (insya Allah) will come to yours.

Hrm, what else? Special appreciation for my lovely sisters who sponsored my acommodation during the event, as I knew that its best to hit their places and shared million of stories than renting some hotel in town. Also, for those who became my means of transportation durign the three days, many thanks.

Heartiest gratitudes also go to my parents for their support and encouragements, also for my sponsor for helping to ease the burden and creating young pool of talents for the future.Yes friends, eventhough how much hassle we experienced and how much hatred we had for many reasons and problems, they still deserved the most for helping us to gain what we have right now.

Not to forget to the receipients of the three Chancellor Awards, congratulations as I believe you guys most deserved the highest appreciation as you outshine the rest. Also to the Rector Award winners, may all of you become the role model for the juniors and may they achieve if not better, equal with your success.

Although the convocation was held after eight months of my working life, despite having only a few photos due to myself unintentionally (cubaan untuk tidak mengaku salah) not bringing extra battery pack for my camera, I still think this event was a memory that would be treasured for all my life.
Thanks Allah, thanks Ma and Abah, thanks all.

Thursday, August 21, 2008

Hujung minggu ni


Selalu banyak sangat benda nak tulis, tapi bila dah bukak blog ni, tertulis benda lain pulak.. tu yang cerita kura-kura jadinya tu (refer previous post). Harap ada peluang untuk post entri yang bernas, insya Allah.

Dan saya juga pernah kurang menyukai orang yang tulis setiap entri beberapa patah perkataan atau ayat sahaja, tapi sekarang saya yang buat. Maaf ok.. :)

Majlis Konvokesyen hujung minggu ni.

Kawan-kawan, Selamat bergraduasi !
Jumpa di sana!

Tuesday, August 19, 2008

Dilema

Telah terjumpa kura-kura bersaiz 50 sen di sebuah pasar malam sekitar rumah.
Harga RM 6 seekor. Sangatlah suka. (rasa cam nak beli lima!)

Tapi, ada beberapa masalah seperti berikut :

1. Akuarium telah disedekah kepada kawan (erm, bolehkah buruk siku dan mintak balik?)
2. Siapa nak jaga kura-kura tersebut? Kalo kat rumah, keluar rumah pagi, balik malam.. (bolehkah bela pet kat ofis? Yet to ask respective personnel). Risau kura-kura kekurangan kasih sayang.
3. Risau kejadian tiga tahun lalu berulang kembali (kematian kura-kura yang baru dibela 2 minggu. Susah nak bela kura-kura kecik ni, sangat sensitif)

Jadi sesiapa ada penyelesaian terhadap dilema saya, silap hubungi saya dengan kadar segera.

Sekian.

Saturday, August 16, 2008

Syukur

Subhanallah
Ya Allah, jadikanlah ku hambaMu yang bersyukur..

Wednesday, August 13, 2008

Feast your eyes



Baby Muhammad Al-Fatih
Orang cakap seronok tengok baby tidur sebab diorang ni takde dosa lagi, sejuk je mata memandang..
P/S : Sorry Kak Aliaa.. pinjam baby sat wat jadi model hehe~

Monday, August 11, 2008

HUJAH


Salam and good day.


Semalam sempat tengok HUJAH di tv9, antara Nik Nazmi (PKR, ADUN Seri Setia) dengan Datuk Ahmad Fuad Zarkashi (BN, ADUN Batu Pahat).

Impresi pertama
My first impression adalah eh, kenapa ADUN paling muda lawan hujah dengan pembesar BN yang berpengalaman. Tengok je dah rasa macam tak adillah kan, habislah budak muda ni kena dengan orang yang dah dekat nak baya ayah dia. Tapi haritu pernah juga tengok forum terbuka yang salah seorang panelnya Nik Nazmi, boleh tahan jugak dia ni. Di samping tu berharap la jugak nak dengar hujah-hujah yang ada fakta, facts and figures (macam tajuk blog ni la jugak kan) dari wakil kerajaan BN ni sebab sebelum ni Shabery Cheek dah fail dah. Asyik tengok pemimpin PR je fully equipped dengan research dan fakta sebelum berhujah, takkan la pemimpin BN ni lekeh sangat kot.. (saya ni memang dah mindset untuk sentiasa mengambil positive and negative side at once, jadi tak salah saya berharapan macam tu kan?).

Seterusnya
Then throughout the session, alamak apakah ini.. tengok yang muda relax, tenang dan keluar macam-macam fakta. Yang berumur ni pulak emosi, gelabah dan asyik ulang benda yang sama. Ok mungkin ada yang tak tengok kan slot HUJAH tu, tajuk dia lebih kurang menjurus untuk pilihan raya Permatang Pauh 29 Ogos ni, antara Prestasi dan Simpati lebih kurang macam tu la.

Nik Nazmi supply info pasal kerja-kerja kerajaan PR di Selangor, yang Datuk Fuad pulak asyik hentam.. kata kerajaan Selangor supply air untuk 3 bulan pertama je, caruman untuk warga emas, manifesto tak dapat laksanakan semua, dsb. Yang hairannya dia dok hentam kerajaan Selangor, kerajaan Johor bagi apa kat rakyat? Dari dulu sampai sekarang Johor tu kan kubu kuat BN, jadi dia bagi apa kat rakyat? Soalan ni kerajaan Johor la yang boleh jawab. Dah la tu, tak perlulah beriya nak hentam kerajaan Selangor padahal rumah sendiri tak berjaga. Dah la topik hujah ni untuk bincangkan overall senario politik negara, antara Prestasi dan Simpati, yang dia dok hentam kerajaan PR Selangor tu terus dua-dua lari topik dan debat pasal manifesto Selangor pulak.

Dan dalam slot tu jugak, Datuk banyak kali tekankan yang PR menang sebab faktor emosi, mengambil contoh Parlimen Permatang Pauh. Rentetan Anwar dipenjara jadi PKR menang tahun 1999 sebab emosi, orang bersimpati kat Wan Azizah. Tahun 2004, sebab emosi jugak PKR menang. Juga tahun 2008, rakyat beremosi maka jadilah tsunami politik. PR menang bukan stakat di Permatang Pauh, tapi siap ambil alih beberapa kerajaan negeri. Bila dengar statement dia ni la rasa nak marah ni, ingat rakyat ni bodoh sangat ke undi hanya sebab emosi. Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan rakyat bertindak macam tu (dah tak tahan dengan kerajaan sekarang, kebebasan media disekat, kemudahan infrastruktur kurang, rasuah dan korup) di samping faktor undi simpati yang memanglah ada impak sikit sebanyak. Come on la, kami rakyat ni taklah bodoh sangat kan.. pilih kerajaan hanya sebab simpati dan beremosi.

Kesimpulan
Apa-apa pun baguslah dah banyak program macam ni, debat perdana, hujah, forum.. at least kita (rakyat) boleh tengok macam mana pemimpin ni berhujah. Pandai ke tidak ke.. bersedia ke tidak ke. So jangan lupa la bukak tv dan tengok dan nilai sendiri dengan mata kita, macam mana pemimpin kita sebenarnya.

p/s: chis.. dah lama tak tulis pasal politik ni.. tunggang terbalik dah bahasa.. isi dan ayat pun berterabur.Minta maaf ye semua.

Saturday, August 02, 2008

Younger Future Leader?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhbar The Sun dua hari lalu memaparkan temubual pengarangnya dengan Faisal Tehrani, seorang penulis berbakat yang kritis dan tajam pandangannya dalam ruangan Extra. Saya suka satu pandangan beliau apabila diajukan tentang soalan berkaitan kepimpinan Anwar Ibrahim yang dikatakan akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Saudara FT lebih berminat melihat golongan muda yang dipilih (walau bagaimanapun beliau taklah mengatakan dirinya anti-Anwar), dengan mengambil contoh presiden Rusia dan Barack Obama (umur kedua-duanya belum pun mencapai 50 tahun). Katanya dunia dah mula menerima pemimpin baru dengan idea baru, kenapa tidak negara kita?

I kind of agree with his point of view.
Do you?

(note : saya juga bukanlah golongan anti-Anwar, neither vice-versa. Just seeing the world in different perspective :)