Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Ni adalah sikit tips and tricks yang selalu saya praktikkan semasa hari raya, mungkin ada org yang boleh nak buat reference ke hehe. Ni terutama untuk wanita la, yang lelaki mungkin boleh baca jugak untuk pengetahuan am.
Tip 1 : Tidur awal malam sebelum raya walaupun excited dok bersimbang dan share gossip dengan sedara- mara yang lama tak jumpa, supaya pagi2 raya tak kelam kabut dan berebut bilik air (ala biasalah, especially yang raya kat kampung tu. Bilik air kat kampung biasanya ada satu je kan :) dan boleh pegi solat sunat hari raya. Taktau la tapi ikut pengalaman, biasanya perempuan ni selalu mengelat solat sunat Aidilfitri, macam-macam la alasan. Kalau memang tak boleh tu lain cerita la. Pergi la wey, banyak pahala tu hehe.
Trick 1 : Kalau agak-agak ramai sepupu-sepupu lelaki/pakcik2 bukan muhrim tu tidur kat kampung, pandai-pandai la cari port baik punya supaya kita ni senang dan selesa la nak tidur ke, kuar bilik ke, pi mandi ke. In my case saya ni bertuah gak sebab ada rumah sepupu dekat ngan kampung wan (read: nenek) yang adik beradik dia semua perempuan, so memang I port situ je la setiap kali raya, senang la kan takyah la I control sangat haha. Kalau la takde rumah lain boleh tumpang pun, kalau boleh anak-anak perempuan ni tidur la dalam bilik and jangan lupa tutup aurat kalau tengah tolong masak rendang ke, jamu orang datang ke.
Tip 2 : Hari raya kan orang semua bersalam-salaman, agak-agak tengah ada orang laki yang nak salam tu, sebelum dia hulur tangan kita bajet la senyum-senyum or amik one step ke belakang ke, atau tiba-tiba berpura-pura " eh, nak buat air la kat dapur" dan blah dari situ supaya dapat elak gak la daripada terpaksa salam dengan org laki ni.In my case, this always happen kalo sedara-sedara yang dah lama tak jumpa datang kat kampung.Sib baik laa sepupu-sepupu lakiku ayu-ayu belaka, dah faham dan taknak salam ngan kakak-kakak diorg nie. Pakcik-pakcik (yang takleh disalam) pun dah biasa dah kalo aku takmo salam diorang, kalau dulu kena gak la panahan pandangan slack. Haha syabas2 la korang, senang sikit kerja aku.
Trick 2 : Tapi cam biasa,ada la yang kurang sensitifnyer hulur gak la tangan walaupun agak-agak dah bagi pandangan slack dah. Jadikan, saya merasakan baju raya yang ada sleeve agak labuh itu amat membantu, kiranya kena hulur tangan gak tapi hujung jari je and lapik dengan hujung lengan baju tu. Lepas tu masa balik tu confirm orang tu tak hulur tangan lagi punya sebab dah faham. Kalau jenis berani kamikaze sikit tu pakai je la glove, huhu.
Tip 3 : Biasalah kadang-kadang kalau beraya ni jenis tak ingat kan, kalau boleh 8 rumah sehari nak habiskan. Kalau nak senang, rancang perjalanan dan masukkan waktu solat sekali. Kalau open house tengah hari sampai petang tu solat la dulu sebelum pergi, ataupun dah budget dah dalam perjalanan kat mana nak singgah solat, rumah sapa ke, masjid mana ke. At least kalo drag masa bersembang lama pun takpe sebab dah solat. Untuk kaum wanita ni bawakla sekali telekung, kalau malas nak bawak satu set bawak socks and telekung je la, kain takpayah. Ataupun kalau dah baju menepati pawai tu takyah bawak telekung pun takpe. Ala ni common sense la ni, tapi selalu gak saya jumpa orang gelabah-gelabah tak bawak telekung nie.
Trick 3 : Untuk yang menganjurkan open house pun kena la sensitif sikit, agak-agak dah waktu solat tu readykan lah sejadah and tempat proper untuk tetamu solat. Ataupun tunjukkan saja masjid/surau yang berdekatan. Biar kita ni biasakan budaya`solat-friendly' sikit. Benda ni inspired me masa semalam bila ramai kawan beraya kat rumah saya and kebetulan waktu Maghrib, diorang ni siap solat berjemaah lagi walaupun limited space and sejadah ada 2 je. Salute la korang..
Tip 4 : Kan orang selalu datang tanpa diduga, and perempuan ni biasa la leceh sikit nak gosok baju la, tudung la, kena matching pulak tu. Jadi gosok la beberapa helai baju lebih awal, so kalau ada tetamu yang terjah ke kita takdelah kelam kabut sangat.
Trick 4 : Ni best, haha. Setiap tahun tu buat la baju raya yang colour lebih kurang je, so takyah la nak kena gosok tudung lain untuk baju lain. Mungkin tudung yang sama boleh match dengan baju lain kan, so jimat masa dan tenaga. Haha
Ada banyak lagi tapi macam dah lupa dah sekarang, kalau dah ingat nanti saya tambah lagi. Korang kalau ada tips and tricks lagi boleh la share jugak, bukan apa untuk kesenangan kita semua. Bak kata orang, bersihkanlah hari raya kita dari kekotoran dan kemurkaan Allah :)
Salam Aidilfitri :)
1 comment:
Interesting tips... Hoho~
Weyh, telekung anda di dalam kereta saya ni bila nak dituntut?
Post a Comment