Logik
Etika
Estestika.
Tiga elemen ini merupakan aras tanda sesebuah karya seni itu bermutu atau sebaliknya, menurut Faisal Tehrani (FT) dalam majalah Muslimah keluaran Mei 2008.
Sebagai orang yang memperjuangkan karya seni sastera, beliau membincangkan tentang tiga elemen yang sangat kurang diterapkan dalam karya seni di negara kita, sama ada filem, drama, penulisan dan sebagainya. Tapi kali ini mungkin saya nak fokus kepada karya drama televisyen dan filem, sebab kalau masuk penulisan makin panjang hujahya.
Nilai pertama, logik. Kalau kita lihat memang banyak cerita yang dipaparkan di televisyen mahupun layar perak adalah tak logik. Bak kata FT, Ayat-ayat Cinta itupun tak logik. Sebenarnya nilai logik yang ada dalam sesebuah cerita itu turut membantu penghayatan penonton sekaligus mengaitkan dengan kehidupan realiti.Bukan hanya terperangkap dalam dunia fantasi yang entah apa-apa. Watak utama yang terlalu sempurna, kehidupan yang terlalu banyak kebetulan (baca:terlalu banyak!!), dunia yang hanya dipenuhi angan-angan dan yang jelita mesti akan berkahwin dengan putera raja dan hidup mewah, yang miskin pasti akan terperangkap dalam gejala sosial seterusnya menjadi perosak masyarakat. Memanglah tiada yang mustahil di dunia ni, tapi yang lebih penting apakah nilai yang boleh diambil oleh penonton (aundience’s take-away) di akhir cerita nanti?
Nilai kedua,etika. Ni amat kurang didapati dalam drama tv kita akhir-akhir ini. Asyik-asyik cerita skandal, putus cinta, korporat terlibat rasuah, gelap duit, bohsia, rebut suami orang dan sewaktu dengannya.Logik? Memanglah logik. Macam cerita Yasmin Ahmad, memang logik dan berlaku dalam masyarakat kita. Tapi perlu ke sisi itu yang ditonjolkan dalam filem, secara jujur dan telus, tanpa sebarang tapisan? Macam mana dengan penonton bawah umur, yang tak faham double meaning dan cheeky body gesture? Mungkinkah mak ayah mereka akan dibom dengan macam-macam soalan selepas tengok cerita macam ni. Pada fikiran mereka, mungkin budaya Melayu kita memang macam ni agaknya.
Kebanyakan cerita memang ada selitkan unsur-unsur keinsafan dan pengajaran buat jahat dibalas jahat pada penghujung cerita.Itu saya tak nafikan, tapi mungkin sikit sangat.. kebanyakan isi cerita lebih kepada yang berbentuk skandal dan sensasi. Cubalah bayangkan, kalau budak-budak kecil asyik disajikan cerita-cerita macam ni,lama kelamaan akan terprogram dalam otak mereka dan besar nanti macam nilah corak pemikiran mereka.Cita-cita nak jadi model, nak kahwin dengan orang kaya, nak jadi artis..
Nilai ketiga, estestika. FT kata estestika ni keindahan,nilai yang jadikan subah cerita nampak menarik dan bagus. Saya sendiri, sangat suka filem yang memaparkan shot alam yang cantik, dari sudut yang menarik dan peralihan plot yang kemas.Pendek kata, perfect cinematography (he art or technique of movie photography, including both the shooting and development of the film). Saya tak nafikan filem Yasmin memang cantik.. tapi sayang estestikanya ada, etikanya kurang.
Memang banyak filem dan drama sekarang, tinggi nilai estestika dan kurang nilai etika. Kalau filem `cantik’, maka mudahlah diangkat di festival filem dan menang anugerah filem dan drama. Tapi mana nilai sebenar sesebuah filem itu, kalau akhirnya penonton tak dapat apa pun. Sedikit pun tak bertambah nilai kemanusiaan, ilmu mahupun intelektual. Saya merasakan, dan mengharapkan orang-orang seni perlu lebih kreatif dan berfikiran jauh untuk menjadikan filem dan drama mereka mengasuh masyarakat menjadi lebih baik, bukannya tanpa impak. Jauh sekali menjadikan mereka lebih hanyut dengan dunia rekaan mereka. Mungkin saya boleh lihat lebih banyak program tv dan filem yang menepati konsep yang tiga ini, insya Allah.
No comments:
Post a Comment