Wednesday, April 14, 2010

Betul, sesiapapun lebih cantik memakai tudung!

Ayat di atas telah lama saya ingin ungkapkan secara terbuka.Ingin ditujukan kepada sahabat,rakan-rakan,saudara mara,kaum keluarga,jiran tetangga mahupun strangers yang hanya dikenali dari facebook, blog dan alam maya. Sayang apabila melihat wanita berpakaian sopan,lemah lembut tingkah lakunya tetapi ada sedikit kekurangan dari segi menutup aurat..

Ye,pakai tudung tak susah.Malah sekarang dah jadi trend..kadangkala orang pakai tudung ke pejabat dan majlis-majlis keramaian sahaja sebab kiraanya mudah, pakai tudung ni lebih sopan dan ayu.Lebih lagi, tudung ni dapat padankan baju kurung dan kebaya dengan lebih cantik.Betul tak? Contohnya kebaya putih dan kain batik, kan lebih cantik tudung dipadankan dengan warna paling menyerlah pada kain batik tersebut? Tak perlu pereka fesyen, sesiapa saja pun akan setuju dengan saya.

Tapi kena berhati-hati juga,pakai tudung ni dah jadi fesyen.Macam-macam jenis ada… Cuma kita perlu memilih yang terbaik dan melengkapi syariah. Kalau jarang atau tidak menutup dada, masih ada kekurangan di situ… Maka sama-samalah kita baiki penampilan kita. Ramai juga yang menyatakan akan pakai tudung suatu hari nanti.. macam pernah dengar dari artis2 di tv kan? Betul, niat sudah murni tapi bagaimana kalau kita tak berjaya tiba ke suatu hari tersebut? Takutnya.

Sebenarnya falsafah yang saya rasa relevan mengenai pemakaian tudung yang sempurna ni, selain menjadikan wanita itu lebih cantik,ayu, high respected dan segala-gala yang positif (ada ke orang komen wanita bertudung ni negatif? Setakat ni tak pernah dengar lagi..), adalah berkait rapat dengan taqwa. Kita memakai tudung untuk menutup aurat, seperti yang disuruhnya, adalah sebab kita takutkan Allah. Takut dengan azabnya. Juga pada masa yang sama mensyukuri nikmah yang Allah bagi.Takkan apabila mengakui syukur dengan nikmatnya,pada masa yang sama kita mengingkari perintahNya? Memang tak logik kan.

Teringat pengalaman masa menghadiri training,di mana kita diminta menilai orang pada pandangan pertama (first impression).Rasanya lebih sekali saya mendengar komen (kalau bukan ditujukan kepada saya pun,kepada orang-orang lain),`Suka la tengok akak ni.Pakaian sopan,tudung cantik semua..suka sangat'.Sekali lagi, ada ke orang yang tak suka tengok wanita bertudung sempurna dan menutup aurat.Lelaki pun suka dan akan respect wanita begini.

OK tu je.Memang jarang saya menulis topik macam ni tapi kuat terasa nak menulis kali ini. Sebab hidayah Allah itu akan sampai ke hati-hati yang dipilihnya..mungkin secara bloghopping,browsing, facebooking, facebook hopping… we never know.Semoga hati-hati kita menjadi pilihan Hidayah-Nya insya Allah.

2 comments:

the seasonal blogger said...

tq for the reminder shah

hati aku pun terdetik,eloknya sepupu aku cover up kat kampung.aku harap diri aku akan kuat utk cepat (i) pakai tudung yang tak jarang malah labuh (ii)pakai bj yg btul2 reflect muslimah

dikutkan dgn nafsu suka melawa, hati ni asyik nak shawl lawa2, selempang, freehair and baju ketat2 je.. ishh

Shahira I. said...

hehe huda,actually this post pun utk aku gak..dn juge golongan yg telah cover up sempurna at the moment.sebab, hmm ko penah x tgk orang2 yg harini tudung elok esok dah singkat..n lama2 tak pakai trus? cmtu laa analoginye.. huhu iman ni turun naik,kekadang yg agak2 secure pun tergugat gak.. :) lets remind each other hehe