Wednesday, September 22, 2010

Pengalaman ngeri order modem

Saya tengah boring tunggu husband saya balik kerja.So saya nak cerita pasal modem wifi satu company yang saya order tak sampai2 sehingga saat ini.
Disclaimer: Post ini bukan untuk mengulas servis/connectivity internet company tersebut sebab sampai la ni tak dapat modem lagi. Sekadar berkongsi pengalaman ngeri menunggu delivery mereka.
 
7 September : Saya berchatting dengan ejen dalam website company ni untuk dapatkan info.Sangat bagus feature chat ni sebab customer bleh berinteraksi terus dengan ejen. Bila saya berminat untuk melanggan, ejen tersebut terus call saya untuk explain lebih lanjut. Saya setuju dan membuat pembayaran.Transfer duit kat akaun beb, terus dapat.Bukan main credit card ye. Ejen tersebut berjanji modem akan sampai hari Khamis (sebab Rabu tak sempat).Saya pun oklah setuju.
 
9 September : Hari sebelum raya.Mak dah bising soh balik tolong masak rendang tapi sebab diorang kate nak hantar modem saya tunggu laa kat rumah. Sampai kul 1 petang tak muncul2 lagi. Bila call kata diorg dah suruh courier company hantar tapi tak tau kenapa tak sampai lagi. Mereka janji akan call saya balik untuk confirm status.Tapi sampai petang, sampai malam taklah nampak batang hidung mereka. Ok saya sabar, sebab esok nak raya.Diorang sibuk bakar lemang or main bunga api kot.
 
13 September : Harini hari bekerja. Saya pun call lagi tanya bila nak hantar modem. Pastu tetiba baru diorang cakap polisi penghantaran antara 3-7 hari bekerja. Cis kenapa masa saya place order tak sebut apa2. Siap assure betul kak, hari Khamis sampai. Sebabkan saya pon nak balik kampung nun di Utara saya pon sabar lagi.Harini adalah hari keempat bekerja.
 
17 September : Saya MC,tunggu kat rumah dengan penuh harapan tapi hampa.Call lagi. Eh dah kali ketiga saya call rupenye. Diorang still cakap benda yang sama, 3-7 hari bekerja. Saya mintak diorang tukarkan address of delivery sebab harini last day ada kat rumah, esok dah bekerja.So takde sapa nak sign kalo courier tu datang.Diorang kata ok, bagitau je kat courier company tu bila dia call I nanti.Tunggu punya tunggu,tak call langsung walaupun harini hari ketujuh bekerja. Saya masih sabar walaupun agak marah.Tapi hubby lagi marah sebab dia takleh monitor kerja dia dan terpaksa cari wifi tempat lain.
 
20 September : Hari kelapan bekerja.Sepatutnya dah lebih dari timeline yang diorang sendiri bagi.Masalahnye yang I pelik sangat2, diorang ni tak monitor pun courier company tu hantar barang dalam 3-7 hari bekerja cam diorang katakan. Kalau call je mesti nak kena update dengan department lain, then department tu yang update dengan courier company. Pastu boleh tengok status je, takleh buat pape. Padahal duit customer dah amik siap2.Punyalah pelik dan tak customer friendly modus operandi mereka.Pastu setiap kali call diorang asyik bagi case number baru padahal sebelum2 ni I dah complaint. Takkan tak jive kot data diorang sebab diorang refer to my IC. Husband I hampir jadi incredible hulk dah.Sampai mak i yang tak berapa internet savvy pun dok tanya2 kenapa tak dapat modem lagi. Stress I. Kami pun menumpang kasih wifi di Bangi Kopitiam hari sebelumnya.
 
21 September : Nak dijadikan kes ni dramatik, harini I tertinggal henpon kat rumah. Pastu bila balik security guard cakap tadi ada orang datang nak hantar package tapi I takde and diorang takleh sign on behalf. Jadi I check hp and betul ada nombor unknown. I call dan cakap nak suruh diorang hantar pi opis sebab kitorang kerja dan takde kat umah. Diorang kate nanti dia check ngan boss and call I balik. Tapi tak tepon sampai la subuh.
 
22 September : I call nombor budak courier tadi.Dia pass kat kawan dia yang katanya cover tempat opis I untuk delivery.Kawan dia kata ok, dalam tengah hari akak tunggu la nanti saya call. Sampai kul 4 I tunggu tak tepon2.So I call mamat pertama yang I ada nombor ni,dia pun tak tau. Dia bagi I nombor coordinator dia,Encik Z. Bila I call Encik Z dia kata kena dapat arahan dari opis dia dulu baru dia leh tukar tempat delivery. I dah hangin satu badan..cakap tadi boleh. Pastu haritu company modem tu cakap I bleh deal terus ngan courier tu utk tukar address. Sengal memasing. I pun tepon hotline company modem tu setelah put onhold 3 minit, baru dia angkat. Dan dia kata ok kak, saya akan lodge report utk tukar address. Baru nak lodge report??????? Yang sebelum2 ni I call tu korang tak buat pape ke.Cis bedebah. I masih control intonasi suara I, kena la cakap bebaik kita kan rakyat Malaysia berbudi bahasa. I pun bagi address opis I,skali lepas tu baru I perasan poskod salah. Ahh padan muka. Abis takkan ko taktau mercu tanda KL ni kat mana kan.Pastu I dengan lemah lembutnya cakap bleh tak modem sampai esok. Nak je paksa sampai harini tapi memang langsung tak mungkin lah kan.Pisang pun lebih besar kemungkinan untuk berbuah dua kali. Pastuuuu dia cakap `tak sure lagi esok boleh sampai ke tak kak, sebab biasanya ambil masa 3-5 hari bekerja'. Owh saya sangat mendidih.Dia treat case aku as new case!!dah dekat 2 minggu aku tunggu tau tak.Pastu dah la I takleh cancel order sebab dah bayar.Kambeng sungguh.Pastu bermula la episod I marah budak tu sampai semua orang kat department I dengar. Tidak I tak menengking sedikit pun,I hanya marah secara profesional.Kalau U jadi I, U marah tak? Haa.Dah bayar tau.
 
Haa panjang tul kronologinya. Ni tak habis lagi ni, sebab barang tu tak sampai pun kat I lagi. Tapi I nak buat kesimpulan dulu:
 
1) Jangan beli modem direct kat company ni.Baik gi booth or agent sonang citer takyah poning2.Ataupun cari je brand lain suda.
2) Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, janganlah berjanji kalau tak boleh ditepati.Saya pantang orang mungkir janji. Kalau tak mampu takyah la janji, especially kepada customer. We will understand that. But if you lie to sell you product, that is totally unacceptable.
3) Remember I belum pakai lagi modem ni. Rasanya kalau I pakai dan servisnye tak memuaskan, memang I terbakar beb.Bakarrr (meminjam lawak abah husband I : `eh, Bakar tu abah..' ye nama abah mertua I Encik Abu Bakar)
4) Sabar banyak2 walaupun di bulan Syawal.Bukan Ramadhan je kita kena sabar ye.Kalau anda maki hamun atau bertukar jadi Encik Hulk pon takkan menyelesaikan masalah. Betul takk
5) Good thing is, I've had this experience. I will remember this for the rest of my life.
 
Ok tu je, next time I will talk about the service, if I ever receive the modem that is. 
 

1 comment:

Hannah said...

company apakah? telekom? p1?