Wednesday, October 13, 2010

Tragedi Masak2 Last Day Raya

Firstly, terima kasih kepada yang sudi datang beraya rumah saya sepanjang Syawal lepas. Taulah rumah macam tu sape pun taknak datang unless ajak ramai2 orang datang pada hari yang sama atau lebih tepat dikatakan open house. Tapi nak ditekankan disini,saya tidaklah membuat open house.Cuma mengajak rakan2 terdekat datang pada hari yang sama supaya I senang masak sekali harung. Hehe biasa la I cita2 tinggi melangit nak ada personal touch (baca:masak sendiri huhu apalah rasanya) so walopon Encik A baru balik selasa pukul 10 mlm I tetap buat muka comel `Abang,jom buat makan2 jumaat ni?'.Gigih kan? Dah la hari bekerja dan hari last Syawal. Pepandai lah I nak wat camne kan.
 
Namun bukanlah kehidupan namanya kalo takdak cabaran. Terdapat beberapa tragedi berlaku dalam penyediaan menu maka saya terpaksa gunakan Plan B. Ye tips utk isteri2 ambitious cam saya, yang nak wat grand ajer tapi bukan terer pun malah kekurangan resources pula, sila ada plan B utk setiap perancangan anda.Terima kasih. Apakah tragedi tersebut:
 
Tragedi #1-AGAR2: Sebabkan agak berlagak haritu first time buat agar2 (guna agar2 kering tu) sukatan hentam sajalah, dan jadi pula, saya pun eksyen laa konon nak buat agar2 guna gelatin.Maklumlah dah beli gelatin halal online hohoh.Terhegeh2 beli online padahal diorang kata kat mydin berlambak :P Arakian sehari sebelum kejadian,saya pon pikir nak buat agar2 ape, kalau agar2 kosong (kat kampung panggil agar2 bodoh) je tak berapa grand, jadi tetiba datang idea nak buat agar2 jagung susu. Chewah jangan ditanya mana resepi I dapat, tu semua dapat ilham je dan terus lakukan. I pun agak2 guna gelatin ikut cam resepi dalam internet.Tapi dia pakai peket.Pastu  refer resepi lain dia cakap peket tu 20g. I pun boh la 20g.Pastu rasa sikit dan lihat wah sedap nie, esok dah beku mesti terbaikk.So masuk fridge dan tido.Esoknya bangun pagi dan check agar2. OH NOOOOO habislah I, agar2 tidak keras langsung,sebijik cam air susu letak corn kernels. I dah panik tahap gaban.Panik punya pasal, habis tumpah separuh adunan susu kat depan fridge.Maka terpaksa transform jadi Cinderella sambil berfikir apa back up gua utk dessert nie, huhuh..
 
Tragedi #2-LASAGNA: Sebab dah ade spesel request dari seorang adik comel yang suruh I buat lasagna, padahal seumur hidup I tak pernah wat lasagna.Main heat kat microwave je pernah lah,oh btw kalau korang suka lasagna instant,yang brand Jusco Selections punye sedap!Sila try.Okeh berbalik kepada cerita, since saya ni pantang dicabar,maka saya pun menyahut seruan utk buat lasagna.seram sejuk gak laa sebab dah laa kena bagi orang makan,tak pernah masak lak tuh.Maka dengan nervous+excited I siap beli baking pan baru utk masak lasagna bajet utk 20 orang.OK semua bahan dah ada, minced meat pun dah lembut, JENG JENG I terlupa nak bawak balik resepi! Ada kat komputer opis!! Adehss maka I pun memerah otak mengingat bahan2 yang diperlukan.Belasah je lah!Lagipun meatsauce tu I dah pakar ngehngeh(abaikan statement ini).Maka I pun buat dan buat, layer by layer, cuma white sauce I taktau plak akan jadi likat bila sejuk maka terlebih sikit tepung gandum tapi berjaya gak cover balik.Pastu I siap dah envy dengan diri sendiri,cantik gak lasagna nie :)Balik je dari kerja dekat 2 jam gak I buat lasagna tu sampai masak. Ops sebelum masak, lasagna yang cantik jelita tu perlulah dimasukkan dalam baking pan baru dibeli tersebut.TAPIIII apalah malang nasibku, baking pan tu tak muat oven I!!Maklumlah tabletop memang comel sikit saiznya. I dah hampir terpengsan kerana kecewa.Sambil termenung keseorangan,Encik A cuba membantu namun I suruh dia gi mandi kerana terlalu nervous. I kalau nervous dan ada orang tengok memang I takbleh berfikir :p I cuba fikir Plan B.. caner ni, tetamu nak datang lagi sejam nie.Huhu pasrah I~
 
Tragedi #3-KARIPAP: Selain dua makanan di atas, saya jug plan untuk menggoreng karipap.Mama I pembuat karipap hebat telah supply we all dengan sebekas besar karipap frozen sambil berpesan `gorenglah ketika tetamu datang ke rumah' Sapa la nak datang rumah atas langit kami nii kalau tak buat makan2 raya.. huhu jadi saya dah set dah nak goreng karipap tersebut. Pastu standard la kan,untuk menjamin karipap segar dan rangup itulah dish terakhir perlu disediakan.Tambahan pula I yakin Encik A pun bole goreng karipap sementara I gi mandi. Hehe tapiii setelah mengeluarkannya beberapa bijik dan dimasukkan ke dalam kuali, hati I rase tak best sebab dah bau lain.Sedangkan I baru je goreng sikit minggu lepas and ok jerr. Pastu bila diintai2, hati I yakin karipap tersebut sudah rosak dan takleh dimakan. Haa camner nie..help help perlukan Plan B! Kecewa diriku sambil membuang karipap2 rosak tersebut...
 
Jadi bagaimanakah Puan Shah dan Encik A menjamu orang datang rumah pada 29 Syawal?
 
xxxx (Saje buat saspen, hehe)
 
Plan B utk Tragedi#1 : Jumaat itu pada lunch hour, I pusing2 supermarket cari bahan nak buat dessert yang super mudah dan super cepat. Nak masak agar2 kering tak sempat lagi oi! Pastu I jumpa satu benda magik. Magik dan sangat instant sehingga I boleh sediakan dengan hanya campur satu bahan lain dalam masa tak sampai 10 minit. So dengan nervous dan penuh mengharap I beli 2 kotak dan berdoa benda ni jadik dan disukai ramai. Maka terhasillah puding coklat pastu dengan perasan ala-ala kreatifnye I letak banana slices di tengah2 nya,so jadilah ia chocolate banana puding. Nak hensem and nampak grand letakkan chopped strawberry slices di atasnya.. heheh setel satu problem :p
 
Plan B utk Tragedi#2 : Walaupun saya agak reluctant untuk melakukannya, saya terpaksa jua kerana ketandusan masa dan mengelakkan pembaziran. Sesungguhnya trademark lasagna adalah pada lapisannya,maka saya terpaksa menodai lapisan tersebut dengan memindahkannya kat dua bekas berbeza yang muat masuk oven. Jadi kawan2 yang hadir, maafkanlah rupa bentuk lasagna I yang tak semenggah itu..memang dah tak nampak lapis sebab berpindah randah.Sib baik I buat nipis je taklah nampak sangat takde lapisan dah :p Namun saya yakin anda semua menikmatinya sebab sekejap je dah licin. Encik A pun takpat rasa.. huhu takpe nanti I buatkan 10 utk you nanti ye :p
 
Plan B utk Tragedi#3 : Haha ni takyah cakap pun you all boleh agak, tak kreatif pun penyelesaiannya. Punyalah takde idea, I minta tolong Encik A surf internet dan cari no hotline Domino's. Ngeh2 order laa onion rings and sikit pizza utk penambah juadah. Yang ni pun tak beringat, sekejap jer dah licin. So maaf kepada yang lambat, anda memang tak akan sedar langsung kewujudan makanan2 ini sebab dah hilang sekelip mata.Hehe
 
Begitula kisahnye, tapi on top of that actually main dish adalah satay dan nasik impit (ya ya I know, boorringg.Tapi I tak sempat la nak masak rendang tok bagai kan).Itu memang fully import la, so confirm selamat. Ni juga adalah tips ye, kalau anda buat makan2 dan merupakan satu2 nya chef (maksudnye takde mak,maid,adik beradik or makcik2 yang tolong masak melainkan anda juaa), sila campurkan sumber makanan anda. Pastikan ada yang dibeli dan ada yang buat sendiri..yelah kot2 banyak pulak benda tak menjadi cam I haritu :p
 
Lagi satu tips,pastikan makanan anda minimumnya berformat : 1 makanan berat (satay,nasi ayam) + 1 makanan separa berat (lasagna,spaghetti) + 1 snacks (karipap,onion rings) + 1 dessert (pudding,agar2,rojak buah) + 1 air manis (kordial,fruit punch).. takyah buat banyak sangat makanan dari jenis yang sama supaya tetamu tak bosan dan makanan tak habis :) Dan kalau ada personal touch tu lebih memuaskan hati especially bila makanan anda habis dimakan! (kalau tak habis mungkin menangis kerana kecil hati makanan I tak sedap,huhu)
 
Moga kita bertemu lagi di edisi masak2 akan datang. Heheh
 
(sorry gambo takde, tak menang tangan)

2 comments:

Sumayyah Mohd Idris said...

shah hebat!!!! akak mmg x berani.. slalu wat kecil2 jer (x perlu gtahu kuantiti.. malu~ ahaks;p) kagum2! u've done great..

psst: kena baca lagik skali.. x paham sequence.. cam complicated! ha ha ha.. tp, hebat!

Shahira I. said...

hehe complicated?sebab masa tulis pun hantam je,hehe maaf kerana confuse :p
btw sementara single ni bleh la i main masak2 ni, kalo dah ade anak kecik cam u i pon malas..hehe bila nk wat open house?raya haji ke huhu