Monday, April 04, 2011

Ayah.

Ayah.
Tak ramai yang menghargai ayah lebih daripada menghargai ibu.Ya memanglah hadis Rasulullah sendiri mengutamakan ibu berbanding ayah, tetapi bukanlah bermaksud peranan ayah boleh diketepikan.. macam yang kita sering buat, kita selalu telefon ibu berbanding ayah, apa2 masalah kita cerita kat ibu dulu baru ayah..sampai selalunya ayah tanya pasal kita kat mak, bukan kat kita sendiri sebab dah banyak cerita ngan mak kita jadi malas nak ulang benda yang sama kat ayah. Tanpa sedar itu yang sering saya lakukan, padahal dulu kalau birthday atau nak minta sesuatu sibuk la mengendeng kat ayah sebab ayah lagi banyak duit.Huhu
Waktu saya menghadiri training dua minggu lepas, ada modul yang suruh peserta menceritakan apa peristiwa yang paling berbekas dalam hati dan menjadi turning point dalam hidup.Peristiwa itu perlu diceritakan kepada seluruh kelas. Dan ada satu peristiwa ni yang segar sangat dalam ingatan saya dan antara peristiwa paling penting dalam hidup yang berkaitan dengan abah.
Selepas saya grad, sementara nak tunggu company pemberi biasiswa panggil untuk lapor diri, saya bosan di rumah dan mula bekerja di sebuah manufacturing company.Atau nama tak glamernya kilang. Kilang ni high-tech dan sangat mengujakan young engineers seperti saya pada masa tu, dah la baru grad kan tak sabar2 nak apply kan technical knowledge yang dipelajari(kunun).Makin lama di sana, saya dapat ramai kawan dan semakin seronok kat sana. Kebetulan masa tu sentimen membenci company pemberi biasiswa sangat tebal, mungkin sebab kena bond 10 tahun kot. Dahlah lambat panggil bekerja, macam nak taknak je kita nie. So saya pun enjoy myself, dapat kawan2 budak2 cina yang tak reti cakap melayu tapi diorang best.Asik2 jalan2 cari makan pastu pandai lak cari tempat makan halal sebab saya join sekali. Siap sempat roadtrip ke Melaka bagai waktu kami kena forced leave sebab kilang shut down for maintenance. Ye, forced leave adalah wujud di dunia ini kawan2.Sangat takbest.Selain tu company ni ada special programme yang dia hantar kitorang pergi training technical and leadership skills setiap minggu dalam masa 3 bulan, fuishh best gila la gi hotel training2.Rasa macam orang penting jer.
Sampai satu tahap saya rasa seronok dan cakap ngan Abah `saya taknak kerja ngan syarikat pemberi biasiswa, saya nak kerja kat kilang nie.tambahan plak diorang boleh nego nak minta release dari kontrak kalau saya betul2 berminat kerja dengan diorang'. Abah nampak tak setuju dan dia tau kalau dia cakap saya akan bangkang terus.Biaselah darah muda dan keras kepala (sindrom second child,standard la gini). Pastu reaksi abah macam ala2 `Ok fine'.So perbincangan terhenti di situ.
Pastu dalam bulan 4 saya dapat tawaran dari syarikat pemberi biasiswa. Sebab saya tengah bekerja, saya minta delay 2 bulan sebelum lapor diri.Dalam hati dah fikir2 camne strategi untuk taknak kerja dengan syarikat pemberi biasiswa. Tapi saya cakap juga kat Abah saya dapat tawaran ni.Masa tu tengah makan malam kat luar.Abah dengan selamba cakap `Abah tau dah'.Saya terkejut.`Mana abah tau?'.`Sebab 2 minggu lepas Abah dah pergi sendiri kat Level63 company pemberi biasiswa dan diorang cakap adik dapat placement.Abah cakap adik terima tawaran tu' lebih kurang camni Abah jawab.
Masa tu saya marahhhh sangat dengan Abah, sebab saya dah bekerja pun Abah masih nak menentukan arah hidup saya. Kenapa Abah perlu interfere sampai macam tu sekali, siap contact sendiri syarikat pemberi biasiswa tanpa pengetahuan saya?Saya ni bajet independent la kononnya, start gosok baju sendiri dari darjah dua tau.Saya tak suka orang lain yang buatkan decision,rasa diri lemah (mungkin ego yang menggunung?). Sepanjang makan tu saya menangis dan tak bercakap ngan Abah berhari2 jugaklah. Saya sedih sangat Abah masih nak masuk campur dalam urusan kerja dan hidup saya (wah bajet dah besar sangat lah kan statement macamtu).
Dipendekkan cerita, saya masuk kerja jugak di syarikat pemberi biasiswa. Walaupun tak buat kerja engineer sejati tapi Abah tak kisah. Saya ikut je lah bukan boleh buat apa pun.Tapi deep down saya tak kisah pun kerja kat ofis, kerja engineer buek ponek badan je and tak dapat la maintain ayu.Haha no offense, engineers. Then, looking back after 2 years, saya percaya itu antara keputusan terbaik yang Allah takdirkan untuk saya, dengan mengikut cakap ayah saya. Dalam masa 2 tahun macam2 terjadi. Kawan2 di tempat kerja lama satu persatu tinggalkan company tu for various reasons(dengarnya termasuk lay-offs).Tiba2 krisis ekonomi dan susah sangat nak dapat kerja dengan syarikat pemberi biasiswa saya ni.Sempat dapat bonus dan prestasi kerja agak baik,serta bos2 dan kawan2 yang best.Ada salary adjustment.Dah jadi macam among the most sought employer in the whole country(to colleagues, as much as we want to deny this, it is quite a statement.).Padahal dulu jual mahal sangat takmo kerja dengan dia. So, this proved the power of obeying my father's say.
Of course masa saya cerita kat kelas tu memang emotional gila.Siap suara tersekat2 sib baik tak hujan. Tapi saya teruja bila ada sorang kawan ni, masa feedback session last day, dia cakap dia terkesan dengan cerita saya sebab dia pun sebelum ni ada krisis gak ngan ayah dia.Lepas dengar cerita saya, malam tu dia sit down dan have dinner with his father and chat for long hours. I was so touched by that. So nampak tak, touching people's heart made me felt touched inside.. and from that training onwards I tried to become supernice with my Dad. I sat with him during dinner (biaselah kaum ibu selalu berdiet, aku je makan ngan Abah dua orang), I don't cut his sentence anymore, I dengar semua pendapat, nasihat dan cerita dia walaupun rasanya dah pernah dengar 10 kali huhu.Pastu first night I buat camtu, tetiba Abah hadiahkan I hand luggage Arnold Palmer. I taktau sebab dia perasan I'm being nice to him pada malam itu ataupun itu hanya kebetulan.At the end, I happy Abah pun happy.Tengok last2 mesti nak gak kata ganti diri `I' hish tak konsisten btul anda nieh.
Kesimpulannya mudah, sayangi bapa anda dan hargai mereka macam you hargai ibu jugak, if not more.

No comments: