Thursday, December 29, 2011

Tukar alamat untuk mengundi

Ada banyak sebab anda mungkin nak tukar alamat pada kad pengenalan
atau tukar kad pengenalan sekarang. Mungkin sebab anda baru berpindah
rumah, ikut suami berpindah sebab baru kawin, atau saje nak tukar
sebab gambo kat IC dah tak valid (read: tak resemble keadaan fizikal
sekarang). Apa pentingnya tukar alamat kat IC? Paling penting sebab
nak mengundi untuk pilihan raya kot, kepentingan lain yet to figure
out.
Jadi itulah yang saya lakukan. Untuk pilihanraya sebelum ni saya tukar
alamat kat cip kad pengenalan untuk mengundi sebab masa tu tengah
belajar di kawasan Utara Semenanjung, so malas la balik rumah semata2
kan. Tukar kat cip jer, kat IC maintain alamat rumah parents. Pastu
selepas berumahtangga dan ada rumah di KL, sebagai pengundi
berdedikasi nak la tukar alamat ke kawasan rumah sekarang, namun tak
sangka niat yang suci murni menuntut kepayahan yang amat. Sebab
peristiwa ni bersifat kronologi jadi saya rumuskan dalam bentuk point
form ye :
1) Semua orang kata setakat nak tukar alamat boleh tukar kat pejabat
pos. Jadi saya telah ke pejabat pos berdekatan ofis dan nak tukar kat
cip jer la dan update daftar pengundi terus, sekali clerk tu cakap
diorang takder chip scanner so takleh tukar kat situ. Kalau nak tukar
ikut alamat yang tertera kat IC sekarang boleh. I rase cam nak belikan
jer chip scanner derma kat post office tu sebab bengang. Marah2 pun
masih noble kan.
2) Jadi langkah seterusnya, I kena ke JPN pulak.Tau je lah JPN ni kena
opis hour so satu hal nak cari masa gi sana, dah lah parking susah. I
dah isi borang tukar cip dan bayar RM2. Clerk menerima duit dengan
senang hati, dia cakap dia akan proses dan suruh I balik. I pun happy
sebagai pengundi berdedikasi I telah berusaha untuk menjayakan misi
sebagai pengundi. Tapi since they need time to process my application,
I plan to wait for them to finish then pastu baru gi SPR untuk update
alamat (langkah yang selepas itu I menyesal tak sudah. You should
never wait when dealing with government. Always FOLLOW UP!). Walaupun
ade versi mengatakan data kat JPN akan di sync dengan SPR every now
and then, ni wallahualam.
3) Setelah 5 bulan, I pun check la kat web SPR dengan harapan data kat
JPN dah di synchronize ngan SPR. Mereka kan berjanji daftar pengundi
akan update 3 bulan sekali. Tapi tidak pula berupdate. I pun telefon
SPR nak tanye status daftar pengundi I. Diorang cakap alamat I still
yg lama dan tak terima apa2 dari JPN pun, diorang suruh I contact JPN.
I contact JPN, clerk itu kebingungan kerana menurut mereka rekod I
takde dan suruh I datang opis. Cis bila pulak aku nak cuti semata2 nak
datang JPN yang opis hours tu.
4) Di satu hari yang hening I telah bercuti untuk ke JPN, pastu telah
dikejutkan dengan berita ` Permohonan puan takboleh diproses sebab cip
dalam IC dah rosak'. I was, whatt!! Pulangkan balik 2ringgit aku. Tapi
malas nak argue baik I sedekah je kat kerajaan pastu I pun kena wat IC
baru la kan, bayar RM10. gedebuk gedebak amik gambo semua dah setel,
sila amik IC anda dalam masa 2 minggu dari sekarang.
5) Good thing about JPN seremban ni SPR dia dekat building yang sama.
Jadi I terus ke pejabat SPR dan tukar alamat terus kat situ. Sonang
kojo den. Sonang apekah, benda yang patut setel 5 minit jadi 6 bulan
okeh. Sabar je untuk mendapat portion iman yang separuh itu.
6) Semestinya selepas 2 bulan baru I datang collect IC baru, takde cuti maa.
7) Sekarang I just have to wait and see serta membuka web SPR selalu2
untuk tengok status I. Setakat I check 30 saat yang lalu statusnyer
`Telah diterima dan sedang diproses'. Harap2 lancar la dan I dapat
mengundi dengan semangat yang tinggi pada PRU13 nanti insya Allah.
Kesimpulan:
Pergi daftar mengundi cepat! Undi lah~ Jangan tido, undilah~ Jangan
dok diam (refer video clip Namawee & Afdlin- owh I love this
clip.Paling comel part Datuk Rosnah nyanyi bahasa tamil depan sekolah
dengan cikgu2) . Apa2 alasan korang pun utk menegakkan pendirian takmo
mengundi, with all due respect, I think all your reasons are lame and
immature. Orang Zimbabwe pun pandai turun mengundi tau. Kalau perlu
tukar alamat, tukar je cepat takyah pikir2 sempat ke idok. Yang
penting youdo what youhavetodo.

1 comment:

MammaSun said...

daku tak ingat pun pasal nak tukar alamat...adeh...kena balik kampung laa nak ngundi nanti....