Saturday, April 28, 2007

Most Hectic Week


Datelines for the most hectic week before study week:

Monday
Submit Interim Report
Submit EIS Report
Submit PE Assignment 5
MCE Project Presentation
MCE Test 2

Tuesday
Holiday(..and EEE replacement class at night)

Wednesday
Holiday

Thursday
DCN Test 2
EEE Test 2

Friday
Submit PE Project
PE Test 2
EEE Project Presentation

More to come during study week
FYP1 Presentation and EIS Presentation

So hang on guys, will be right back:D

Monday, April 23, 2007

Victimized?

This is Peter, a pet frog I had on my 20th birthday,thanks to the everdearest Vigilance.Btw, he's staying at home to guard my room while I'm away
(gambar hiasan)

Salam.

Sometimes we do feel depressed, as if the whole world is against us.

Our parents didn't call, our SMSes were ignored, our lecturers gave tonnes of assignments, projects and works, our marks in tests were not so promising..even our friends were not supporting us all this while.Why these things happened in one time, in a `package?'

The most inappropriate reaction that we always felt is, to feel victimized by the situation. We think we're the only one faced tough times in life, while the others are enjoying our hardship. We tend to be too defensive, as if all people's reactions to us are meant to hurt us. Even a helping hand offered by a colleugue may be interpreted as threat to us. We may feel humiliated by this, as if this indicates that we are not capable to handle our own problems. Then we start to make harsh comments or unsuitable remarks to others, normally without any intention. At this stage, we often lose our rationale and empathy, we automatically blame others for all this thinfs that happened to us.And without knowing that we might, often unintentionally, hurt the others whom were very close to us.

Well, it is normal for people to behave like this when they feel depressed.But unfortunately, people always forget to learn the art of coping with tense and depression. By making ourself as a victim in everything, it won't solve any problem.Infact, it will create more. We must agree with a fact of life that everything happened for some reasons.Always remember that there's always a rainbow after a heavy rainstorm.If we're less motivated by these fancy words and sentences, just do whatever that can reduce your stress.If you feels better to scream on top of your long in open air, then DO IT.If you feels better to share your thoughts and problems with you bestfriend, then DO IT.And also, if your burden can be decreased by bursting into tears until you fall asleep, then hey, JUST DO IT.

For me personally, I always believe ALLAH made all these hardship to strengthen our beliefs and faith to Him. The Almighty grants us with this challenging life to educate us, and for us to be nearer to Him. The good thing of being depressed or stressed out is, we will always get back to basic, as a powerless, humble believer, whom life is fully controlled by a super power(The Almighty), and not by ourselves. He can always give us beautiful, perfect life if He wants to.Yet, He make us learn the hard way so we will appreciate more.

So let's learn to appreciate the hard life...

Friday, April 20, 2007

My new pet

Recently I've adopted a new pet.
(Kepada kawan-kawan seangkatan, tak payah bagitau binatang apa hangpa leh teka dah;P)

Perkenalkan...



(by the way, nama binatang ni di ilhamkan oleh Kak Aisyah dan di enhancedkan lagi oleh Amie.Ambik dah bagi kredit kat dua-dua.Huhu)

Bukan apa, saja teringat segala jenis binatang peliharaan yang saya pernah bela.Bukan banyak pun, seingat saya, saya pernah bela tiga ekor anak tupai dari kecik sampai la dah liar dan takleh contain dalam picnic basket.Kemudian seekor kucing yang melahirkan dua generasi kucing(dalam 3-4 ekor).Yang generasi terakhir,nama dia Comel.Dia merajuk sebab saya sekeluarga pindah rumah sementara dan tak bawak dia (sebab dia sibuk mengorat kucing-kucng betina sebelah rumah la).Yang paling baru pun tahun lepas, 2 ekor kura-kura yang dibela atas meja, akhirnya meninggal dunia selepas 2 minggu dibela kerana penyakit kulit (at least inilah conclusion saya selepas post mortem kematian mereka.Walaupun potensi lebih besar adalah kerana terlebih klorin di dalam air).

I always had this strange passion to binatang, sampai pernah dulu saya bercita-cita nak jadi vet sebab nanti boleh jumpa banyak binatang.Atau kerja kat zoo.Best!

Yang sebenarnya, binatang ni pun makhluk Allah juga.Kita kena sayangi.OK la kalau tak suka pun, at least kalau jumpa kucing tepi jalan tu jangan laa saja-saja sepak atau pijak ekor dia. Kalau kita bagi makan kat kucing atau hatta anjing tepi jalan sekalipun, dapat pahala juga sebab berbuat baik sesama makhluk.

Pernah dengar tak kisah ni?

Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan kepada para sahabatnya tentang seorang laki-laki yang menjumpai seekor anjing melolong kerana kehausan, kemudian dia membuka kasutnya dan mengisikan dengan air untuk memberi minum anjing tersebut sehingga merasa puas.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (kerana pertolongannya) serta mengampuninya. Lantas para sahabat bertanya: Apakah ada pahalanya kerana binatang ya Rasulullah? Jawab Nabi: Dalam tiap hati yang masih basah ada pahalanya." (Riwayat Bukhari)

Hebatkan? Oleh itu, sayangilah binatang di sekeliling anda..

Thursday, April 19, 2007

Sweet..

Saya sukaaaaaaaaaaa sangat artikel ni!!!
(kalau ada anugerah untuk artikel terbaik minggu ini guna sistem undi SMS macam kat A.F tu, dah lama saya vote untuk artikel ni)



BERKAT doa dan keinginan yang kuat serta dorongan daripada keluarga akhirnya Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar memilih untuk memakai tudung kepala.

Beliau berkata, hasrat untuk memakai tudung menjadi impiannya sejak zaman remaja, tetapi ia hanya menjadi kenyataan selepas pulang daripada menunaikan ibadat haji di Makkah awal tahun ini.


"Sebagai wanita Islam saya mempunyai hasrat untuk memakai tudung kepala, tetapi hasrat saya itu belum menjadi kenyataan daripada zaman remaja hinggalah saya berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimanapun saya tidak berhenti berdoa kepada Allah untuk memakai tudung kerana bertudung dan menutup aurat adalah suatu yang wajib bagi seseorang wanita beragama Islam."Selain berdoa selepas menunaikan solat, saya juga berdoa ketika menunaikan ibadat haji yang pertama ketika saya belum berkahwin dan doa itu diteruskan ketika saya menunaikan ibadat haji pada kali kedua ketika berusia 32 tahun," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di Kuantan.Tengku Puan Pahang berkata, setiap kali menunaikan ibadat haji di Makkah, beliau akan berdoa untuk memakai tudung seperti mana dilakukan wanita Islam lain.Suaminya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pernah menasihatkannya supaya memakai tudung, tetapi hatinya masih belum terbuka untuk memakainya.


Selain itu, beliau berkata, hatinya turut merasa malu apabila mengadakan lawatan ke kampung di seluruh Pahang apabila mendapati wanita yang menyambut kedatangannya semuanya memakai tudung."Saya rasa malu kerana wanita berkenaan nampak kemas memakai tudung, sedangkan saya masih tidak bertudung. Bagaimanapun ketika itu, hati saya masih belum terbuka untuk bertudung, sehinggalah saya pergi menunaikan ibadat haji bersama suami pada awal tahun ini, Allah membuka pintu hati saya untuk memakai tudung."Saya gembira kerana berjaya memakai tudung kepala sejak pulang dari tanah suci itu hingga ke hari ini dan akan terus memakainya hingga ke akhir hayat," katanya.


Tengku Puan mengakui semua ahli keluarganya, terutama suami dan putera puterinya melahirkan rasa senang hati melihat beliau memakai tudung."Anak saya sendiri, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah juga sentiasa memuji saya dengan mengatakan ‘mama nampak cun dan kemaslah sejak pakai tudung’,” katanya.Beliau berkata, pujian dan dorongan daripada keluarga menjadikannya sentiasa gembira apabila mengenakan tudung, terutama apabila menghadiri pelbagai program yang diadakan di seluruh negeri ini.


Sumber : Berita Harian, 18 April 2007
**
Nice kan? Kalau permaisuri diraja yang hidup dalam kemewahan pun boleh dikurniakan hidayah dan keinginan untuk mengenakan tudung kepala, mengapa tidak rakyat jelata Malaysia yang beragama Islam ni? Percayalah, anda akan kelihatan lebih anggun dan menarik jika bertudung..(",)


Sesungguhnya menutup aurat itu satu kewajipan, bukan satu pilihan.....

Monday, April 16, 2007

Bantuan Kemanusiaan :Nurfazrina

Updated. This is Norfazrina@ Oyin, all bubbly and smiley but is destined to face hard times in life

Still remember my friend in need?

Alhamdulillah, one of my friend had volunteered to collect donations on behalf of Nurfazrina (Oyin), a good friend back in high school.Monetary aid should be channeled to the following account:

Name : Nurul Aimi Ahmad Suandi
BCB Account Number : 05060142023528

Please contact me personally, via SMS/YM/gtalk/email to get Nurul Aimi's (Gmoy) phone number (if you don't have one) to inform the amount you've donated for documenting purpose, or for further inquiries (if any). And yes, to those who not even know Oyin in person, it does not hurt to help lessen her burden, right? Do contact me for further information and updates, whenever you please.

The latest update is a group of friend will visit her at her house this Thursday.So do contact the necessary figures to join the crowd (antaranya yang pergi adalah Ben a.k.a Amiza, so gi contact dia cepat tau). It will really make Oyin's day, I can assure that.

For the other everdearest readers, can you do me some favour?
Please pray, doa and perform solat hajat for me friend, for her safety, mentally and physically in overcoming obstacles in life.
*sesungguhnya hanya dengan usaha, doa dan tawakal yang tinggi kepada Allah, kita mampu mengubah takdir yang Allah dan tuliskan untuk hamba-Nya.

Thanks so much and may Allah bless us all.

Saturday, April 14, 2007

Bila rindu..

Kadang-kadang rindu ini datang.
Kehadirannya membawa sejuta memori indah, walaupun pengalaman ini dah tiga tahun berlalu.Seperti sekarang, rindu kepada bumi suci Madinah al Munawwarah ini bertandang lagi. Akhirnya saya berjaya menemui kembali beberapa koleksi gambar untuk diabadikan di sini..

Masjid Nabawi sangat indah.Gambar ini saya ambil selepas selesai solat Subuh dan ibadah sunat yang lain, dalam jam 8.30 pagi. Orang pun tak berapa ramai sangat.Masjid ni dah beberapa kali dibesarkan untuk menampung jumlah jemaah haji/umrah yang meningkat saban tahun.
Hadis Nabi s.a.w : `Solat di Masjid Nabawi 1000 kali lebih baik dari solat di tempat lain kecuali di Masjidilharam'.Sungguh, aura beribadah di masjid ini sangat lain dari yang lain.Yang istimewanya kita boleh menziarah ke makam Nabi di dalam Masjid ini, juga bersolat di Raudhah- satu kawasan kecil masjid bersebelahan dengan tapak rumah Nabi, diriwayatkan kawasan ini adalah satu taman dari taman-taman syurga.Subhanallah~

Inilah Jabal Uhud.Rasulullah pernah bersabda `Jabal Uhud cintakan kita, dan kita cintakan Jabal Uhud'.Juga diriwayatkan bukit ini pernah bergegar apabila Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman radiallahu anhu berdiri di atasnya.Di kaki bukit suci ini bersemadinya bapa saudara Nabi, Hamzah- Singa Allah dan para shuhada yang terkorban dalam perang Uhud. Memang ramai orang, dan saya tak sempat nak naik ke puncak bukit sebab sangat panas dan penat..=P

Gerai kurma berdekatan Jabal Uhud.Saya, Ma dan Abah tak ketinggalan untuk sesi merasa-rasa kurma.Tapi kami tak beli pun..hehe

Majid Qiblatain.Di masjid inilah semasa Rasulullah sedang solat 2 rakaat, turunnya wahyu dari Allah untuk menukar kiblat daripada menghadap ke Masjid Al-Aqsa, BaitulMuqaddis ke Ka'abah, Makkah Al Mukarramah.Jadinya masjid ini turut dikenali sebagai masjid 2 kiblat.

Masjid Quba, 2 km dari Masjid Nabawi. Masjid pertama yang Rasulullah dirikan apabila tiba di Madinah semasa peristiwa hijrah.Cantikkan?Pure white. Yang bagusnya kerajaan Arab Saudi memang memelihara masjid-masjid sekitar Madinah dan Mekah sebab kawasan-kawasan ini sentiasa dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah.

Pasar kurma di Madinah..banyak sangat spesis kurma kat sini! tapi yang paling best mestilah kurma fresh dari ladang..biasanya diletakkan dalam peti ais pastu terus makan.bestt!

Ya Rasulullah, sungguh rindu nak menjejak kaki semula ke bumi suci tempat dirimu bersemadi.Semoga diri ini dikurniakan kesempatan lagi untuk berkunjung ke kota yang bercahaya ini di masa akan datang..
(ini juga seruan kepada diri sendiri untuk kumpul duit dari sekarang, semoga berkesempatan datang lagi untuk ibadah haji pula...Ameen~ hehe=)
Nanti bila rindu lagi saya postkan gambar lagi okay!!=)

Friday, April 13, 2007

Need HELP

Salam and good day to all,

I just found out my high school friend needs help for her cancer treatment (thanks to another friend, Machit who forwarded the newspaper link).Yes, she's 22 and she's suffering from bone cancer which infected her left leg. Whether a RM32,000 treatment, or she will lost her leg.

Meanwhile, I am trying to contact her and get her account number, so that any interested personnel can help her in terms of monetary as soon as possible. Also some friends had promise to pay her a visit soon to check on her current condition.

So, to whoever read this message, please help and spread to the others, especially for the Eightyfivers of SMS Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Your keen concern and help will make a major impact in someone's life.

The rest, please help to pray for her health and may Allah grants her patience and solid strength to face the hard times of life.

Details can be read in the following links:
Pelajar perlu Rm32,000 untuk rawat barah tulang
Bedah atau hilang kaki

Thursday, April 12, 2007

Tribute to a friend

Assalamualaikum,
I've longed to write about this but only now I could find a perfect time to do it.

Have you been to an ICU ward before? I had, just recently, about a month ago.I never been there before, so the thought and sound of it creates eerie feelings inside me. The word ICU reminds me of the scenes in House MD or even CSI, where injured and VERY very sick people are cured and taken care of in the highest alertness of the staffs.

I went there on Sunday with two of my colleugues, to visit a friend known during our internship in the northern region. The next day we were going to have a test, but nevertheless, this thing is far beyond important.It was URGENT.

The news that we received is that this poor girl was admitted to the hospital when she fell unconscious at home, after a long, unusual fever. In one week's time, her condition turned from bad to worse, due to heavily infected lungs (well, that was what the doctor said). At first, I could not quite believe it, since the girl that I know is very bubbly, always smile and very healthy. And now she was in ICU for a week, straight? That was quite beyond my imagination.

But then as I enter the ward, OK let me describe the ward first.This is a government's hospital so please don't expect a first class service and everything.The ICU ward placed about 10 to 12 people. Relatives and friends who wish to enter the room should wear a smock and of course, shoe-less. If the visitors wish to touch the patient, they must wash their hands before and after they touch to avoid germs and unexpected infection.

As we finally successfully located our dear friend in the ward, well I was in a state of shocked. Real shocked, eventhough I've prepared myself for the situation.She was lying there, helpless, crippled with tubes and wires all attached to her body from the machine that produced some weird sounds. Nurses were busy taking readings and jotting informations on their cards, while we stood there, observing our dear friend. She seemed to be unconscious, and I still stared at her, unable to do anything.

Friend : Nurse, keadaan dia macam mana ye?
Nurse : Teruk dik, dia tenat.
Friend : Takde perubahan langsung ke?
Nurse : Takde, masih sama, tenat.Bersabar la banyak-banyak ye.

Fortunately my colleugue stayed in control, and immediately took out theYassin.We began reciting surah Yassin, eventhough initially I found it very difficult to stabilize my voice so that I could recite it right. Trembling and all, we managed to do it for the sake of our friend.It felt awkward at the beginning since usually visitors were not allowed to stay for long in the ward, since only limited people should be in the ward for one time.

In the mid of the recitation, one of my friend begin to cry. Luckily a nurse gave us a chair, so she could sit and settled down for a while.Emotions washed out all of us, and almost to the end of our recitation, we noticed our crippled friend moved a bit and opened her eyes. This time, all of us failed to contained our tears, eventhough we knew that it was unwise to cry in front of a patient. The reverse- psychology should be applied, yes we have to smile, talk and laugh for her to gain her survival spirit back. As we smiled and talked to her, still tears streamed down our face.The atmosphere at that time was so..EMOTIONAL.She was unable to reply what we said, due to many tubes attached to her mouth and face.She just nodded and tried to speak to us, but she failed eventually.Our heart broke, but deep down we resist to accept the truth that she was in her worst condition.

Later it was time to leave the ward. Still I could not speak much to her, cause when I tried to utter a word, I just could not control my emotion. Lastly we gave her some last words and promise that we will always pray for her, no matter what.After that, we had a long chat with her mom and sister whom equipped us with detail information about her condition, before we head back to our campus.

Well, the reason I told this story in great detail, is just to share with you the feelings I had when I went to the ICU ward, to visit my friend. I felt so vulnerable, fragile, insaf sangat and at this time, I started to wonder; what if this happen to me? How will I react? How I can deal with this tough situation? How it affected not only me, but the family, friends and the love ones? Senang cerita, pengalaman ni sangat menginsafkan and affected me personally, for now I realize how small and powerless we are, compared to the ultimate power of the Almighty.

Jadi, kita yang sihat sekarang ni kena sedar, tak selamanya kita akan sihat.Tak selamanya kita akan hidup senang, kaya-raya, muda remaja dan sebagainya. Tiba masanya apabila Allah nak menguji, berdoalah kita sentiasa tabah untuk menghadapi segala ujian dan cabaran-Nya.Bak kata seorang senior saya, kita jangan berdoa Allah permudahkan atau ringankan ujianNya, tapi kita doalah Allah perkuatkan diri kita untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang mendatang.
**
That was a month ago.Now, with Allah's wills and blesses, she recovered from her disease successfully and now she'd discharged from the hospital.Dah boleh makan ayam KFC dah.Sounds miracle, but that was Allah's gift to His believer...also, we heard that her upcoming wedding will still be held as usual, perhaps around May. So congratulations, friend. And always be tough and patient throughout the life. We are always here to support you...

Monday, April 09, 2007

Self-motivation

Sample of 5 buses test system
Simple diagram of fossil plant

buck discontinuous waveform

Assalamualaikum,
menuntut ilmu akademik adalah fardhu kifayah bagi semua Muslim. Sehinggakan ada seorang ustaz pernah memberitahu, kita ni contohnya yang sedang belajar kejuruteraan (dalam kes saya, elektrik dan elektronik) , adalah WAJIB mempelajari kursus ini. Sebabnya, cuba kita bayangkan kalau satu masa nanti tiada langsung jurutera muslim untuk mengembangkan tamadun dan teknologi manusia ni. Siapa yang akan jadi jurutera?Takkan kita perlu harapkan non-muslim sahaja untuk mendominasi kemajuan dunia ini? Habis tu orang-orang Islam akan jadi apa?

Satu lagi, Rasulullah pernah berpesan,`ilmu itu umpama barang yang hilang bagi orang mukmin.Sekiranya kamu berjumpa di mana- mana, maka ambillah ia'. Maksudnya di sini, kita perlulah mengembalikan kembali kegemilangan ilmuan Islam yang telah lenyap sejak beratus ribu dahulu. Ilmuan Islam dahulu yang menciptakan basic ilmu2 moden yang kita belajar sekarang ni, tapi kita sekarang macam mana? Apa ye teknologi yang kita dah ciptakan untuk zaman sekarang ni? (Eheh macam takde je..banyak saintis-saintis barat je kan?)

Oleh yang demikian, janganlah kita merungut atau membebel sebab kita busy dengan kerja akademik.Assignment, reports, research, projects- semua tu kena la dibuat dengan ikhlas.Kalau ikhlas, insya Allah susah payah kita takkan sia-sia.Allah akan balas nanti kan kan?
Maka marilah kita membuat assignment, reports, projects semua dengan hati yang gembira..

(Haha pos untuk motivasi diri sebab rasa nak menjerit je banyak sgt kerja.Dan untuk menjelaskan juga kenapa saya lama sangat tak update blog.Anda semua termotivasi tak??Hehe)









Monday, April 02, 2007

Salam Keputeraan buat Rasul Junjungan

Sabtu lalu merupakan hari Maulidurrasul yang disambut oleh kebanyakan penduduk Islam di seluruh dunia.Sejak akhir-akhir ini, saya perasan memang sambutan Maulidurrasul peringkat kebangsaan dan sambutan-sambutan lain macam Maal Hijrah pun hanya dibuat dalam dewan.Dah tiada perarakan macam dulu-dulu.Dalam satu segi eloklah tu, tak perlu membazir buat kostum atau pakaian seragam untuk perbarisan, kena praktis lagi.Sambutan sebegini bukan diukur dengan tahap kemeriahan, tapi sejauh mana penghayatan seseorang itu terhadap hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasalam.

Saya pula, kebetulan baru menghabiskan biografi Nabi Muhammad bin Abdullah versi bahasa Melayu.Jadi saya mengambil peluang berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat selepas Subuh di pagi Sabtu itu, juga berkongsi kisah serba sedikit dengan adik-adik junior. Hajat di hati ingin membangkitkan kembali perasaan cinta dan kasih kepada Rasulullah dan menghayati perjuangan baginda yang bersusah payah hingga tertegaknya Islam di muka bumi.

Sangat seronok apabila dapat recap kembali sorotan sirah baginda Rasulullah, sebab kisah perjuangan baginda itu cukup lengkap dan sempurna untuk kita sebagai umat mengambil iktibar dan pengajaran. Kita ni apabila diduga dengan sedikit ujian, dah mula melenting, marah-marah rebel, protes dan sebagainya.Sedangkan Nabi yang dibaling batu di bumi Taif sehingga berdarah kaki baginda dalam usaha baginda untuk berdakwah, pun baginda sanggup menolak tawaran malaikat untuk menterbalikkan bukit untuk menghukum penduduk Taif atas kebiadapan mereka. Sebaliknya baginda mendoakan agar jika tidak penduduk Taif sekarang, mungkin anak cucu mereka pula yang akan beriman kepada Allah.Demikian mulianya akhlak Rasulullah..

Satu lagi yang sangat signifikan dalam pengajian sirah adalah kita boleh mengetahui tahap kecintaan sahabat-sahabat kepada Rasulullah, dan ukur pula dengan diri kita sendiri. Antara peristiwa yang amat terkesan dalam jiwa saya adalah apabila Rasulullah wafat, Umar Al Khattab tidak dapat menerima kewafatan baginda. Beliau terus mengatakan yang pesuruh Nabi akan kembali,dan beliau akan memancung sesiapa yang mengatakan Pesuruh Allah telah wafat. Sedangkan Abu Bakar yang sifatnya tenang, menenteramkan keadaan dan terus naik ke atas mimbar.Beliau terus menyampaikan kata:

“Barang siapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati.Barang siapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak mati.”
Seterusnya beliau sambung dengan membaca ayat 144 dari surah Al Imran yang bermaksud,

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul yang mati atau terbunuh.Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, patutkan kamu berbalik berpaling tadah dan menjadi orang kafir? Dan ingatlah, sesiapa yang berbalik menjadi kafir maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun.Dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur akan nikmat Islam yang tiada tolok bandingannya itu.”

Umar yang mendengar kata-kata ini terus jatuh terduduk dan berkata, “Apakah ayat ini ada dalam Al Quran”. Walaupun beliau hafal Al-Quran,tetapi kerana ujian yang terlalu besar dan kejutan ini, Umar yang gagah hilang pertimbangan seketika.

Lihatlah betapa kasihnya sahabat-sahabat kepada Rasulullah.Sedangkan kita bagaimana? Apa yang kita lakukan untuk menunjukkan kecintaan kita terhadap manusia paling mulia, kekasih Allah ini?

Teringat kata-kata seorang junior saya sebagai respon setelah saya kongsi kan kisah ini.Dia berkata, kita ni memang ramai yang bila ditanya, semua mengaku idola maisng-masing adalah Rasulullah, tapi apa yang kita tahu tentang kekasih Allah ni sebenarnya? Ke hanya sembang kosong semata-mata?

Jadi marilah kita mula mendalami sirah Nabi, kalau yang tak berapa biasa tu cubalah sikit-sikit.Kalau buku Harry Potter ke, Sophie Kinsella ke, Stephen Covey ke boleh habis dengan cepat, kenapa tak buku sirah Rasulullah? Tak perlu la terus mengkhatamkan sirah Nabi dari kelahiran hingga kewafatan baginda sekaligus, buat la sekadar mampu.Semoga baginda nanti turut looking forward untuk bertemu kita sebagaimana kita ingin sangat bertemu baginda di akhirat kelak..

Wallahua’lam.

Antara CINTA dan KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI..