Tuesday, December 30, 2008

USB Modem laa...

(pos ini didedikasikan khas untuk Ms Jess.. haha)

Silalah dapatkan benda nie.. juga merupakan rahsiaku sehingga berjaya update blog dengan jayanya sejak kebelakangan ini.Wahaha (gelak jahat bercampur puas hati)

However it took me 6 months gak untuk ditimbang2kan, sama ada berbaloi tak nak dapatkan benda alah ni di samping pembayaran bulanan yang boleh tahan la jugak.

Sehinggalah sampai ke PC fair baru-baru ni, walaupun hajat di hati nak mendapatkan sebijik laptop bersaiz mini tapi hampa sebab yang Atom nyer range (8") semuanya takde CD drive. Adakah patut? (siapa tau laptop 8" atau 9" yang hebat specnya, jenama best dan ada CD drive, ehem serta harganya berpatutan i.e below RM2000 sila bagitahu saya dengan segera. Haha).

So far not bad,untuk promo masa PC Fair, for 7.2 Mbps, free for first two months, then pay monthly RM129 permonth sampai 18th months, habis contract je RM98 permonth and boleh terminate bila-bila masa.Modem is all yours, takyah lease2 cam Maxis. Harga modem? Bayar dalam RM150 bila register tu, tu je dan your broadband akan diactivate kan dalam masa kurang dari 24 jam lepas register. Activation fee? None. Modem pulak jenis plug and play so takyah takut, terus connect je :)

Performance so far ok, good.. tapi namapun broadband tak boleh la nak expect stability cam streamyx. Sometimes ada gak disconnected tiba-tiba tapi jarang la.Tapi memang wide coverage dan not much hassle eventhough try bukak kat area-area pedalaman.

Kalau jenis bajet outstation selalu and takde phone 3G yang dilengkapi Wifi serta embedded modem, dan ala-ala memang selalu usung laptop kehulu kehilir, saya recommend anda dapatkan USB modem broadband ni. Setakat ni performance dia memuaskan la tapi taktau la lepas ni macam mana kan.

Saya pun tak berniat la nak compare dengan Maxis punya modem tapi my conclusion is the Celcom broadband deal ni memang not bad, especially tang coverage dia tu. Tapi ramai pakar meramalkan tahun 2009 nanti broadband modem akan jadi semakin murah, dan laptop size mini dan Smartphone akan jadi kegilaan ramai. Jadi, akan ku tunggu tahun hadapan untuk laptop 8" ku... yeah.

Discussion Celcom vs Maxis broadband:
http://www.malaysiabloggers.com/showthread.php?t=5103&page=4

No comments: