"By Friday midday the Israeli attack on Gaza has left 425 Palestinians killed and at least 2220 other injured including, 300 in critical condition"
Kalau anda merasai kesakitan saudara-saudara kita di sana dan kurang pasti nak buat apa, berikut merupakan saranan Dr. Mahmoud Ezzat,Setiausaha Agung,Jamaah Ikhwan Muslimin:
(Terjemahan : Maszlee Malik, Sumber: http://www.palestin/kini.info )
Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:
1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.
QUNUT NAZILAH
اللهم ﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم
Maksudnya:
Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami,
dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka,
Ya Allah leburkan kumpulan mereka,
kacau-bilaukan persatuan mereka,
cerai-beraikan pakatan mereka,
goncangkan pendirian mereka,
hantarkan anjing2 kami ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x,
wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran,
wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan,
wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab,
kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…
Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami,
dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka,
Ya Allah leburkan kumpulan mereka,
kacau-bilaukan persatuan mereka,
cerai-beraikan pakatan mereka,
goncangkan pendirian mereka,
hantarkan anjing2 kami ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x,
wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran,
wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan,
wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab,
kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…
2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuh an kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.
3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.
4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)
5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut. ( Maka bolehlah join demo2 aman yang diadakan sekitar anda. Ingatlah bukan kita je buat demo tapi seluruh dunia pun buat demo kutuk Israel dan U.S)
6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi. (bloggers, blog la pasal Palestin)
7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.
(satu saluran menderma yang ada - Aman Palestin)
8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.
9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :
a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran. (note : bloggers, sebarkan di blog2 anda)
b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.
e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.
10- ( Ni saje sendiri nak tambah) Setuju dengan saranan my friend here, hidupkan balik kegiatan boikot barang-barang Israel, selagi boleh apa yang terdaya. Takyah dah hang out kat Star bucks and kurangkan/hentikan makan kat Mc Donalds (sekadar menyebut beberapa nama, kerana diri ini pun kekadang terleka dihasut Ronald McDonald kasut gedabak ituh.Bela hantu kot? Tak guna betul) Lagi satu, cuba kita buang sikap defensif bila orang ajak boikot je pastu cakap " Ala, ko pun pakai henfon Nokia gak" As I said earlier, boikot selagi terdaya, tapi kalau dok mengadap Coke and McD setiap hari tu takde effort langsung namanya.
Untuk yang dah lupa apa keluaran kuncu-Kuncu Israel tuh
Dan.... jangan lupa kita berdoa dan terus berdoa.Semoga Allah bersama saudara-saudara kita, sama ada hidup menang atau mati syahid. Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment