Ya, jiwa penulis ni lain.Penulis suka berfikir-fikir sendirian, suka membayangkan apa yang mungkin terjadi,sentiasa berfikiran menjangkaui zamannya.Pendek kata kuat berangan,imaginative dan futuristic.Juga selalu berusaha untuk menambahkan perbendaharaan kata dan pengetahuan baru dalam kamus hidupnya, untuk melahirkan nukilan-nukilan agung yang dapat menggamit minat pembaca dan mesejnya diterima dengan tepat.
Penulis biasanya tak pandai berkomunikasi dengan berkesan dengan orang lain secara lisan.Sebab tu jarang kita jumpa orang yang pandai bercakap dan pandai dalam bidang penulisan pada masa yang sama.Penulis tak banyak bercakap,cuma apabila perlu, dan itupun setelah ditimbang buruk baiknya.
Penulis juga suka membaca(ini sudah tentu).Tidak boleh tidak,mesti membaca, ikut genre yang diminati, sama ada politik, agama, bisnes, sukan, sastera, dan sebagainya.Penulis yang serius, modalnya bukan sedikit.Banyak masa,tenaga dan wang yang dicurahkan untuk mengkaji dan mendapatkan ilham untuk menulis dengan baik.Hal ini tak termasuk penulis-penulis picisan, yang mengangkat isu-isu cinta nafsu-nafsi ,gosip dan lain-lain perkara yang tak berfaedah,tapi untungnya banyak.
Jiwa penulis sensitif dengan perkembangan sekitarnya.Sebolehnya setiap perkara ingin dilakarkan dengan tinta (atau keyboard,untuk penulis-penulis internet), untuk tatapan diri sendiri atau orang lain,pada masa depan.Harapnya catatan itu akan memberi kesan atau pengajaran, yang bagus dicontohi dan yang buruk dijadikan pengajaran.
Minat saja tak cukup untuk jadi seorang penulis.Perlu ditambah dengan skil dan pengetahuan yang tinggi, kerana bahan penulisannya akan menjadi tatapan umum dan akan dinilai kualitinya serta mungkin jadi teks rujukan bagi sesetengah pembaca.Sekiranya penulisannya dikritik dan dikomen,dijaja merata, itu lumrah.Bagus untuk mendewasakan dan mengajar penulis untuk memperbaik diri.Malah kebanyakan penulis mendambakan komen terbuka daripada pembaca agar boleh dinilai dirinya.Di masa kelemahannya,apakah kekuatannya.
Tentu saja jika penulisannya berjaya mencuit hati dan perasaan pembaca,penulis akan dipuja dan disanjung, serta setiap karyanya akan dicari sampai dapat.Untuk tidak meninggi diri dan berasa megah adalah penting,agar ketulusan dan keikhlasan menulis tidak akan berhenti,atau terpesong dari niat asalnya.Bak kata seorang, hasil tulisan yang baik lahir dari hati dan naluri seorang penulis.Yang paling bagus adalah tulisan yang boleh menyedarkan bangsa yang tertidur denga kealpaan diri, bangkit mengubah/mempertingkat diri ke arah yang lebih baik.
Inilah jiwa penulis, dari jendela hati saya.Sesungguhnya saya tidak mengkategorikan diri sendiri sebagai penulis, cuma berminat sedikit sebanyak di samping berkongsi pendapat, kerana saya baru menyedari, saya sudah mula mengagumi, meminati dan menghayati tulisan penulis yang bagus tulisannya….
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment