Macamana ASLI (Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia) boleh menawarkan fakta yang tak asli?(rujuk berita hari ini)
Pelik-peliklah berita di dada akhbar sejak kebelakangan ni.Dengan keputusan survey yang diumumkan kepada ramai pun boleh silap (atau sengaja silap?atau kesilapan ditutup? Entah…) Tak cukup dengan press release yang tak tepat, hari ini lapor lain, esok lapor lain (atau sengaja lapor demikian? Atau laporan diubah/ di `cover’?Entah..) Sudah lah minggu lepas harga sayur-sayuran dan ayam dilaporkan naik, dengan isu gula yang tak selesai-selesai.Ini semua belum campur trend tahunan menjelang musim perayaan – segala harga barang naik mendadak.Pak Menteri bercakar sana sini, jiran kita pula (Ehem, jiran di selatan semenanjung tu, yang ada Menteri Mentor yang lebih popular dari Menteri Negara sendiri tu) buat hal, mengeluarkan statement yang tak bertanggung jawab.Tambah hangat lagi Putera rempit semakin tunjuk belang, sudah pandai main tikam-tikam dan bunuh-bunuh.Baru seorang terbunuh, ada ramai lagikan..(haha, tak lawak pun…) Selak-selak akhbar lagi, semakin banyak kes dera dan bunuh.Kali ni berbilang bangsa dah lakukan, bukan hanya kecenderungan sesuatu kaum sahaja.Melayu, Cina, India, cakap saja, semua pun dah masuk paper untuk kes abuse ni…apa lagi?
Oh ya, kes AP kena klon pula..cerita AP diberi kepada para kroni pun masih terasa suam-suam lagi, dah kena klon pula.Untung atas angin macam tu je.Kaya betul saudagar MALAYSIA.Yang mangsanya masih lagi kita, rakyat Malaysia.Atau lebih tepat ibu bapa kita, dan golongan major taxpayers yang lain (sebab saya masih tak layak untuk membayar cukai pendapatan, cukai pintu, dan cukai lain yang besar-besar tu…kalau cukai yang 5 % di restoran atau semasa membeli belah di sesetengah tempat tu adalah.Cukai jalan pun ayah saya bayarkan lagi).Cuma ada sedikit berita gembira, jerebu semakin berkurangan.Saya pun dah boleh Nampak Jambatan Pulau Pinang dari ofis.Satu perkembangan yang memberangsangkan..-_-
Sorotan beberapa berita semasa yang berlaku sejak kebelakangan ini bukanlah sebab saya merungut, membebel seorang atau tiada idea nak menulis tentang perkara lain.Saya ada banyak idea nak tulis, cumanya tiada `mood’.Daripada saya menulis tanpa `feel’, baiklah saya meng `highlight’ beberapa perkara untuk renungan bersama.Paling tidak anda akan dapat tahu sesuatu yang baru.Sempena mengambil berkat bulanRamadhan ni, di mana semua ibadah kita digandakan.Mengingatkan sesama saudara juga satu ibadah kan? ^_^ Dan saya juga tak berminat nak menghurai konspirasi politik atau maksud tersirat di sebalik segala isu yang timbul, tanggung jawab itu telah dilaksanakan dengan baik oleh blogger-blogger hebat yang lain.Mereka lebih berpengalaman dan berinformasi untuk mengolah (rujuk blogger-blogger idola saya pada pos terdahulu..)Bukan setakat mengikut rasa dan gerak hati, seperti sesetengah blogger muda yang lain.
Jadi sementara tengah duduk-duduk (ada ke orang surf internet sambil berdiri?Haha tak lawak lagi sekali), lepak-lepak, santai-santai depan skrin ni, mari kita semua renungkan apa yang berlaku di sekeliling kita akhir-akhir ini.Banyak sangat krisis yang berlaku, terutama di dalam Negara.Seolah tiada kestabilan.Seolah para pemimpin kita tidak ada pendirian, dan yang paling teruknya rakyat yang jadi mangsa.Tiada enforcement, initiative, act yang dominan atau visible yang boleh membuka mata rakyat tentang kewibawaan pemimpin kita zaman sekarang.Macam ni ke pemimpin yang kita semua dambakan? Mungkin bagi sesetengah dari kita, tapi tidak bagi saya.Ramai juga yang akan melenting, hah sudah budak ni, asyik promote sentiment anti kerajaan je.Bukan anti, perkataan itu kurang tepat. Saya hanya menyarakan perasaan terpendam, adakah salah kalau ianya kebetulan tidak selari dengan tindakan pemimpin kita? Yang selari, tiada masalah.Saya pun puji, JQAF, halal hub, pemansuhan yuran peperiksaan UPSR,PMR SPM.Tu semua bagus.Apa gunanya kerajaan yang dipilih kalau tidak membela nasib rakyat? Bukan nak mengaku rakyat ni manja, tapi di Negara lain tu mereka perjuangkan nasib rakyat macam kita juga, tidak pula dicop manja.
Saya ajak kita semua renung sejenak.Seterusnya pandai-pandailah, masing-masing dah besar panjang.Hehe.Salam Ramadhan~
No comments:
Post a Comment