Thursday, December 25, 2008

Matter of choice

Situasi 1

Baru-baru ni kita digegarkan dengan tragedi tanah runtuh. Baru beberapa hari selepas kejadian banglo ranap di Ulu Yam, tragedi Bukit Antarabangsa pula berlaku. Maka ramailah yang menuding jari menyalahkan pelbagai pihak. Tapi saya rasa semua maklum, hujung-hujung tahun ni memang musim monsun mengganas. Banjir dan tanah runtuh memang selalu terjadi terutama bila dekat musim tengkujuh macam sekarang ni. Kadang-kadang teruk, kadang-kadang tidak, kadang-kadang meragut nyawa. Kalau di Kedah (mungkin negeri lain pun begitu, saya hanya ambil contoh di kampung ayah saya) terutama daerah Pendang, banyak rumah-rumah lama bertiang tinggi supaya kalau banjir taklah hanyut semua benda. Paling tidak tak perlu berpindah kalau setakat air naik satu-dua meter. Dan kalau ikut dahululah, mana ada orang buat rumah di lereng bukit, itu cari pasal namanya. Kita kan tahu kawasan bukit biasanya ada `jalan air' dan pasak bumi ni tak boleh diganggu sewenang-wenangnya, alamat ekologi alam akan terganggu.

Situasi 2

Ramai orang meluahkan rasa tak puas hati, siap buat perbandingan tentang tandas di sesetengah pusat membeli belah, pejabat atau kompleks moden zaman sekarang. Kebaratan, katanya sebab tiada hos pancuran dan paip air. Biasanya hanya ada paip pencuci (dari dalam mangkuk tu) dan kertas tisu. Menyusahkan orang, tak Melayu- friendly. Tapi pernahkah orang yang complaint tu melihat tandas-tandas di luar negara, semuanya memang tiada hos pancuran. Sebab apa? nak menjamin kebersihan tandas. Jadi kalau orang Melayu macam kita ni ke luar negara dan nak ke tandas, apa kita lakukan? Kita bawa botol kosong untuk isi air dalam hand bag kemana je kita pergi, supaya senang ke tandas. Tisu memang wajib ada di tandas mereka jadi kita tak payah risau untuk beristinjak dengan sempurna.

Situasi 3

Di pusat bandaraya, ramai orang mengeluh perkhidmatan tren yang lambat, tak menepati masaa, dah lah penuh sesak dengan manusia. Walaupun sampai di stesen on time di Masjid Jamek (sebagai contoh, orang yang kena tukar tren macam saya) tapi tak bermakna boleh sampai ofis on time. Mungkin tren yang ke lima baru kita dapat naik sejak masa kita menunggu di stesen itu. Tak kondusif langsung dan menghilangkan mood nak pergi kerja. Apatah lagi bila sampai ofis lambat dan dimarahi bos. Tapi, sebenarnya kita tahu kalau kita keluar awal, sampai di stesen awal, naik tren awal yang takkan sesak macam sardin. Kita boleh je nak pergi ofis dengan selesa.

Quote dari whoever diambil dari Truth or Fiction tiba-tiba menjelma di minda saya;

The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways , but narrower viewpoints. We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.

Sangat lah benar.

No comments: