Tuesday, August 29, 2006

Pos MERDEKA!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiba-tiba terasa nak tulis pos terakhir ni sebelum saya bercuti panjang di rumah bermula esok sempena hari merdeka.Bukannya di rumah tiada internet, tapi rasanya patutlah saya menghabiskan masa di rumah bersama keluarga, daripada melayari internet yang hari-hari saya lakukan ketika di pejabat.Tapi janganlah berprasangka, kerana saya melayari internet bila tiada kerja atau waktu rehat dan selepas pukul 5 sahaja.Haha.Belum sampai ke rumah pun, ibu saya dah siap mengatur aktiviti untuk saya sampai lah saya pulang kembali ke sini Ahad ini! OK Ma, you own me for the whole weekend!(Saya pun sangat bersemangat untuk menulis pos dalam bahasa Melayu sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan kita esok!)

Sempena ulangtahun kemerdekaan kita esok, saya nak membawa anda semua menghayati kemerdekaan.Sebelum ni, saya memang seperti segelintir anda yang tak kisah langsung pasal hari merdeka.Yang kita teruja setiap kali 31 Ogos adalah cuti umum dan adakah ianya bersambung dengan cuti hujung minggu?Kalau bersambung, cuti berturut-turut lah kita.Tak payah pergi kuliah atau pejabat.Yey!Sama macam tahun ni, ada cuti tersepit pada hari Jumaat (kerana 31 Ogos hari Khamis),maka ramailah yang tak muncul di kulah/pejabat hari Jumaat nanti sebab sambung bercuti sehingga hujung minggu…(termasuk saya).Ha, lagi satu, yang menarik dan ditunggu-tunggu setiap kali ulangtahun merdeka (dan perayaan-perayaan utama Negara yang lain) sudah semestinya iklan merdeka.Kita akan disajikan pelbagai iklan menarik yang mengusik jiwa dan rasa, sebagai inisiatif untuk rakyat Malaysia menghargai betapa bernilainya erti kemerdekaan. Contohnya tahun ni kita dapat lihat iklan Petronas tentang masyarakat di Sabah (pemandangan laut dan pantai yang sangat mempesona!), iklan Proton tentang anak murid dan guru (serta model terdahulu kereta Proton dan Satria Neo) dan TM-bekerja dari rumah…yag lain mungkin belum keluar atau saya tak berapa ingat.Maaflah ya.

Jadi apakah kepentingannya kemerdekaan selain apa yang telah saya sebutkan di atas?Berapa ramai antara generasi muda kita yang sedar dan ingin mengambil tahu erti kemerdekaan yang kita kecapi 49 tahun lepas? Setelah mengambil kira pandangan dan pelbagai pendapat professional mahupun amatur daripada pelbagai sumber (terutama internet) ini, saya terasa semangat kemerdekaan membara dalam jiwa saya.Mengapa? Sebab kita sepatutnya berasa beruntung menjadi anak merdeka.Walaupun belum merdeka dari segi penjajahan minda, setidak-tidaknya kita dah merdeka dari jajahan fizikal.Bukankah ini lebih baik daripada dijajah minda, jiwa dan fizikal sekaligus sekarang?Mungkin kalau ini berlaku ,kita akan tetap pakai pakaian dari guni yang dipintal ataupun makan ubi kayu kerana kekurangan makanan sekarang.

(beberapa saat kemudian)
Tiba-tiba saya ingin berubah fikiran pula.Betulkah kita ni dah merdeka sebenarnya?Kita dah merdeka secara fizikal ke?Apa buktinya?

Pemerintahan : Hmm, masih sekular.Kalau merdeka, bukankah kita patut kembali kepada corak pemerintahan zaman Kesultanan Melayu Melaka, yang mengamalkan hukum hudud dan qisas (secara keseluruhannya, hukum Islam lah.Kata negara Islam).Kita sekarang kan masih menggunakan hukum tinggalan British dan undang-undang sivil yang mereka bawa.Jadi,mana merdekanya?
Budaya : Hmm , jauh sekali.Budaya Melayu semakin pupus, budaya penjajah pula semakin disenangi.Dengan pakaian singkat menjolok mata, pergaulan bebas, hiburan dan maksiat..itu semua bukan budaya kita.Ke mana perginya budaya sejati yang menjadi identiti negara kita?Sampai saya pun jadi keliru,pernah wujudkah budaya sopan santun, berbudi bahasa dan berhemah tinggi yang dahulu cukup sinonim dengan kita?Takkan ianya hilang dengan begitu drastik sekali.Kasihan generasi akan datang, tentunya mereka akan keliru, malah lebih keliru daripada saya.
Kesusasteraan : `Amat memeranjatkan, dalam masa 30 tahun hanya 800 hingga 1,000 buah buku pengajian tinggi atau ilmiah yang diterbitkan dalam bahasa Melayu. Begitu juga penerbitan berbentuk kesusasteraan yang amat menyedihkan, iaitu tidak sampai 100 judul setahun. Bilangan ini tidak mencerminkan populasi yang ada.’ Kata-kata dipetik daripada Razali Endun, rujuk pos bertajuk Antara Sentimen dan Pengisian di laman Faisal Tehrani. Sesungguhnya mereka yang lebih arif untuk komen tentang hal ini sebab mereka karyawan besar.Jadi saya `no comment’.

Banyak aspek lagi tapi saya tak mahu komenlah..berdasarkan tiga aspek di atas pun saya rasa kita belum mencapai erti kemerdekaan sebenar.Baru fizikal, belum sentuh tentang penjajahan minda dan jiwa yang sangat signifikan di kalangan kita.Seterusnya anda boleh lihat di sini, sana dan situ untuk menyelami pendapat dan persepsi rakyat Malaysia lain berkaitan tentang merdeka.Ya, saya tak janggal membuat pautan (link) ke laman akhbar alternatif (baca : HARAKAH) sepertimana saya tak janggal membuat pautan kepada Utusan Malaysia (kepunyaan UMNO) dan The Star (kepunyaan MCA), atau pun blog orang kuat DAP (baca :Lim Kit Siang) atau pun blogger bebas (baca : Tok Rimau).Yang penting kita kena pandai membuat pilihan dan tak terpengaruh dengan ideologi yang mengorbankan agama dan prinsip yang dipegang teguh sejak sekian lama.Akhir kata,

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 49!

Monday, August 28, 2006

Keep up to date!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang ni saya boleh dikategorikan sebagai seorang yang gila akhbar..sebab rasanya sangat rugi kalau sehari saya tak dapat mengetahui perkembangan semasa dunia mahupun dalam Negara.Sampaikan saya sanggup membeli suratkhabar bila saja saya menjumpainya (sekiranya saya belum baca akhbar untuk hari itu).Lagipun saya kurang gemar baca akhbar online, sebab beritanya kurang lengkap dan semacam tiada `feel’.Haha.Saya pun pelik dengan diri sendiri.Rasanya sewaktu di kampus, jarang sekali saya berkesempatan untuk membaca surat khabar, hatta surat khabar nasional sekalipun (apatah lagi surat khabar alternative, kan). Jadinya sumber ilmu yang agak terhad dalam minda nilah yang menjadi pengaruh terbesar dalam pemikiran saya sehari-hari.Mujurlah hampir setiap minggu saya sering melakukan sesi perbincangan ilmu-ilmu agama dan perkembangan semasa bersama rakan-rakan dan senior-senior yang lebih arif ilmunya.Alhamdulillah.

Mungkin ada di kalangan kita yang secara `constant’ memang membaca surat khabar setiap hari,sampaikan kalau sehari tak baca rasa tak lengkap hari itu.Tapi seperti yang selalu saya pesan, kita sebagai mahasiswa tak boleh cenderung kepada satu bentuk pemikiran semata-mata.Kita perlu mencari pemikiran alternatif supaya kita dapat pertimbangkan baik dan buruk sesuatu berita atau isu.Kalau setakat mengadap surat khabar `biasa’ (BACA: Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, KOSMO..etc) sahaja, sampai bila pemikiran kita takkan berkembang kerana berita yang disajikan sama sahaja, Cuma bezanya pengolahan dan gaya penyampaian.Apa kata kita mulakan anjakan paradigma selain membaca akhbar-akhbar `biasa’, tapi kita tambah input dengan turut membaca akhbar-akhbar alternatif/blog-blog (yang boleh dipercayai sumbernya).Tapi AMARAN: Jangan ambil sumber sebarangan.Saya dah bagi amaran awal, jadi sebarang impak negatif yang berlaku saya takkan bertanggungjawab(lepas tangan ke saya ni?).Cuba rujuk kepada individu yang tahu dahulu sebelum membuat rujukan atas sumber-sumber terutama di internet. Antara website alternatif yang MUNGKIN boleh dirujuk adalah sini, sana dan situ(contoh-contoh ini adalah website yang lebih berkisar tentang politik..)

Sebelum ini saya pernah poskan satu entri berkaitan kewujudan AUKU yang (mungkin) menjadi penyebab utama kelesuan mahasiswa di universiti.Kurang semangat inkuiri, kurangnya sensitiviti untuk mengambil tahu dan menyertai program-program di kampus, kurangnya pengetahuan tentang isu-isu semasa, kecenderungan bersikap introvert dan lain-lain hal lagi.Kalau bertindak berani atau bercanggah pendapat sedikit akan dianggap bodoh, tunjuk pandai, pro pembangkang dan sebagainya.`Threat’ seperti akan ditarik biasiswa, tidak menjaga sensitiviti kaum, akan dikenakan tindakan oleh management, di `blacklist’ dan sebagainya memang akan kedengaran.Sudah tentu yang menjadi pengukur bagi saya adalah perkembangan di kampus saya sendiri, tapi saya turut membanding kan keadaan ini dengan perkembangan di universiti-universiti lain (antara aktiviti kegemaran saya jika ada masa lapang adalah melawat rakan-rakan saya di universiti lain..jauh perjalanan, luas pemandangan ^_^).Ternyata senarionya hampir sama, hanya segelintir yang tahu dan ingin ambil tahu tentang perkembangan semasa di sekitar kampus mereka.Yang selebihnya takut atau hanyut dengan dunia cinta dan keriangan budaya hedonisme yang cukup sinonim dengan jiwa mahasiswa pada zaman ini.

Soalnya, mengapa ini terjadi? Saya pun semasa di kampus mungkin tidaklah begitu memahami hakikat kepentingan pengetahuan am dan isu semasa, kononnya sibuk dengan tanggungjawab sebagai MPP dan sebagai pelajar yang sarat dengan kuliah,projek,`assignment’, report dan sebagainya,.Tapi sejak berpraktikal dan banyak masa melayari internet, saya merasakan pemikiran saya semakin terbuka,macam `seeing the world in the bird’s view’ kerana banyak isu untuk difikirkan bersama.Lihat saja dalam akhbar, ada berita penting dan berita remeh.Kadang-kadang berita remeh membayangi berita penting.Contohnya, akhbar hari ini yang membincangkan tentang pilihan penonton malam ini, sama ada siaran langsung perkahwinan Siti-Datuk K ataupun perdebatan hangat Mawi dan bekas tunangnya, Ina(sampai sanggup 2 saluran utama, TV1 dan Astro menyatukan kedua-dua individu yang dah saling tiada kaitan ini untuk program siaran langsung eksklusif ini).Berita lanjut boleh dibaca di sini.Jadi, penduduk Malaysia diberi pilihan untuk menonton dua program hangat yang dirujuk sebagai `agenda besar negara’..padahal apa relevannya kedua-dua program itu kepada kita?Saudara mara Siti atau Mawi,atau Ina ke kita ni?Dua-dua pun tiada impak ke atas masalah-masalah sebenar penduduk Malaysia atau Dunia amnya.Bukankah lebih baik fokus kepada isu Lubnan, Palestin, kontroversi Petronas dihalau di Negara Chad, keretapi KTMB yg tergelincir di Gemencheh, posting guru-guru baru yang masih `pending’ dan banyak lagi isu lain.Tapi seperti biasa, cerita-cerita ni memang laku dan boleh jual seperti goreng pisang panas.Ini pula masalah media massa Negara kita...-_-

Walau baik, buruk, penting atau remehnya sesuatu berita itu, kita tetap perlu ambil tahu hal-hal semasa yang berlaku di sekitar kita.Macamana nak tahu?Membaca lah..(sedangkan wahyu pertama yang diturun kepada Rasulullah pun menyuruh baginda membaca).Rasanya cara ini paling senang selain tak pernah ketinggalan mengikuti berita-berita nasional di televisyen.Tapi jika bergantung kepada televisyen sahaja untuk sentiasa `up-to-date’, tak elok juga.Macam biasa, sedangkan media cetak pun sering melaporkan berita berat sebelah, apatah lagi media elektronik.Lagilah parah.Jadi, kita ni kena rajin mencari sumber-sumber dari pelbagai perspektif, kerana akhirnya kita boleh menafsir sendiri mana yang hak dan batil.Sebab fitrahnya manusia pastinya inginkan kebenaran dan rasional di sebalik setiap isu dan berita, bukannya mentaklik membabi buta.Budaya taklik ni lah yang sejak akhir-akhir ini semakin menular bukan sahaja di kalangan mahasiswa,tapi di kalangan pak menteri kita sendiri..kasihan.

Kepada sesiapa yang kurang membaca atau mengambil tahu isu-isu semasa, rasanya masih belum terlambat untuk memulakannya.Kita sebagai generasi muda perlu penuhkan diri dengan pelbagai ilmu sebelum menjadi peneraju agama dan bangsa pada masa hadapan.Jangan kita terlalu terikut-ikut dengan pemikiran kanak-kanak dan tidak matang seperti kita pada 5 tahun yang lepas…masanya untuk berubah.Selain surat khabar, mulalah berjinak-jinak dengan karya-karya penulisan mengikut genre yang diminati, sama ada politik,sastera, ekonomi, motivasi dan lain-lain lagi..yang penting ilmu di dada perlu ditambah dan di `refresh’ sehari ke sehari.

Ya,Saya sering mempunyai masalah untuk mengakhiri setiap pos saya..Contohnya seperti sekarang.Kadang-kadang penghuraian isu yang terlalu panjang dan menyentuh banyak isu-isu lain menyebabkan hilang fokus sebentar tentang apa yang diniatkan sewaktu memulakan pos ini.Jadi sekiranya ada yang menndapati pos-pos saya sedikit kelam-kabut dan hilang punca, harap maafkan.Harapnya niat untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini kesampaian mesejnya dan boleh diterima ramai.
Wallahua’lam ^_^.

P/S : saya terkilan betul sebab tak sempat daftar untuk SPR semasa pesta konvo kampus minggu lepas..sebabnya saya tak jumpa booth SPR -_- kawan-kawan lain semua dah daftar..hmm, nanti la saya daftar sendiri di pejabat pos/kaunter-kaunter bergerak SPR pula..=P

Friday, August 25, 2006

Lagi-lagi GUBRA


Assalamualaikum and good day.

Despite a bunch of work assigned to me throughout the week, I can’t help to write about this.Yeah, and after reading some of the journals/weblogs from the net, I am encouraged to write it even more.I just watched the too famous controversial film, Gubra last three days to actually judge (amateurly) what our latest best Malay film looks like.People might say I’m outdated, as the controversy started more than a year ago, so why bother to highlight it now? But people, as far as most people tend to forget, history makes us wiser.We should turn back and revise whatever happen in the past, keep it glued in mind and make a vow to never repeat the mistakes again (if it was a mistake), or even to be inspired and try to achieve the successful improvement as our late ancestors(if it was a success).Yeah, and since Dr Abu Hassan (UM lecturer), here also recently talked about this, so it fires the atmosphere even more.

Have to admit, I watched this movie not because I fancy Sharifah Amani, or its director, Yasmin Ahmad.No.And I can assure you, I will never be their fan.No need to remind you about the dark night of FFM-19, where Amani gave a disrespectful comment that makes the ministers,media and webloggers have lots to discuss for several days(thanks to her).Actually, I really don’t have problem with that.Teenagers, (or does she?eh no, she’s already 20, and not a teenager anymore) they tend to say what ever they want, without noticing the people’s sensitivity and a minister who watched you while you give your victory speech.That’s typical, normal and we can predict that.Right?Anyhow she had apologized, and let’s just forgive her.

For me, the whole `remake’ controversy has less to do with the very person who had slipped her tongue in a prestigious night.It is far beyond that.It is actually a re-rise of people’s thought and anger towards the film since more than a year ago,where it was first launched.I didn’t remember it did a full house in every cinema, but the free popularity it gained was much more better than the revenue that film actually gained.Here, I give a credit to its director for not being over reacted, or people say `cepat melatah’ when all her films are criticized without mercy by many professionals, journalists, authors, film expertise and even amateurs like me.Keep up the calmness, Kak.. but please don’t shut your eyes and ears about the comments and criticizes that you earned.This is for your own good, and for the sake of Malay films’ future.I really hope `Muhsin’ (Yasmin’s next film) will portray more good deeds than the negative ones, even though the fact that encouraging children to fall in love is far beyond my tolerable state of mind.Call me outdated, old fashioned, conservative or whatsoever, but during those days, do we find a lot of sex out of marriage cases, rapes or misbehaviors among teenagers like today?Fall in love is human’s nature, so let it be when the time comes.Not by portraying love(between a boy and a girl) as very `unsinful’ and even children are much more encourage to experience it by themselves.

I don’t even want to `hentam’ the film, actually.All the hard times for the film is over, so let bygone be bygone.What I intend to `hentam’ is the Malaysian’s attitude it portrays throughout the film.From the part where the Bilal patted a stray dog on his way to Subuh prayer, a friendly chat with his prostitute neighbours while on their way back from `business’,an overly reacted family when they comfort their sick father (not even some Yassin or talqin??All the family members are Islam right?Why the moans and groans??), an annoying attitude while driving to the nearest hospital, a wife scolded her husband for having an affair while herself was happily walking (fooling) around with a random guy..and a lot more. I shall not give details as most of you are surely more than familiar with the disgusting/annoying/ irritating/ silly plots in the film.I myself, and my housemates were never stop wincing and criticizing almost every scenes in the movie (this is the nice thing about watching VCD, you can be an amateur jury, open a discussion and comments loudly while watching movie without interfering others.Haha.)

Maybe the film really reflected what are happening in our own backyard nowadays.It is NOT NORMAL for a Muslim to touch, hold, kiss,pat (or whatever act you might found in the film) other person who is not your `muhrim’(better I put this word as to make everything crystal clear).Islam says that.And this rule is evidently violated in the film.Tell me, which actor/actress who really have legal relationship between them(husband n wife? No..siblings? Hardly..far cousins? You bet).Yes Shah, why are you discriminating this film?Other films show the same things too..yep yep.This applies to all, not only Gubra.But this film is the most `gabra’ film that it portrays the misbehavior of people in the most pathetic sort of way, for fear it might change the perception of other people to Malaysia and specifically Islam (nauzubillah..).So this what you called best film? Think again.

Next time I hope all the film producers and the community too will take this matter seriously.Maybe they might consider their film is just a piece of artwork to be sold and nothing to do with real life, but it actually really does.People (especially teenagers) are very much influenced by what they see in movies, and they will interpret what they see as very normal and trendy.This is trend, and we should just drift along with it.Fun and daring.Haha(this is TOTALLY wrong).

Wait, wait a second.Maybe a lot of people are confused, why did I highlight this matter more than other important matters?Maybe like Palestine and Lubnan cases, IFC/Lina Joy, or even the battle of the legendary ex-no 1 leader and his successor?Why the old, outdated issue instead? Well ,ladies and gents, attitude or `akhlak’ issues are never outdated.If this matter are still lingering within our people, the so-called Muslims and of course, Malaysians, nothing will change the other big issues, regardless it is humanity or political., or else.Even Dr Abu Hassan hinted the link between this film with the Lina Joy case, and how it will impact people if it is taken for granted.So then, tak percaya ka??

P/S:Kalau tak tahu,belajar dari yang pandai..
(Nevertheless, I’m just a lowly amateur commenter…and still learning^_^)

Thursday, August 17, 2006

MY RECENT PASSION

It had suddenly struck me- I always know my passion in writing and expressing my thoughts publicly. Sure, I received lots of comment and critics on my interest especially recently, where I love to write about my experience and others and also the latest hit in town, current issues and stuff.In short, I write almost everything in a friendly manner, serious or even formal.I love variations, and I intend to stick with that. More than once I told this to my close friends, that I’m much more better in writing than speaking.If I speak, I hardly will be able to fully control myself and at last-someone might get hurt .So weblog is one of the best method to express my feelings and I can write what ever I want from my point of view. Likewise, everybody is free to comment and correct me.

It doesn’t matter whether people read it or not, or just ignore or make fun of my writings.As obsess as me in blogging and reading other people’s blog, there are always somebody else who have the same interest as me, or even more.At least we can find the point of intersection where two totally different idea meet. Believe me, this is not impossible.

The most important aspect that I want to highlight is SHARING.If we think we have a knowledge, share it with the others by any means.Never keep it to yourself for fear it will make you less knowledgable than the others.In fact, you will gain more as people read your thoughts and give comments to improve where necessary. The best part is when you can make someone think, and make changes in their life for the better…or even in your life! Just any slight changes will do, the way people react, people think, people eat, people talk, people look, people interpret…just anything.There are old saying says make today better than yesterday, and tomorrow better than today.To achieve that, changes is necessary.

For example, maybe somebody will criticize how bad I am in writing articles in English; I better stop this effort and continue to write in Malay instead. Nevertheless, I don’t give a damn on that comment. It is not a comment towards improvement; it is a critic that always tries to condemn other people.

Lately my obsession towards writing are so intense, as I always try to find time to write something in the blog regardless of my work in the office.Of course, I’ll make sure the work are all done before I start getting busy on t he net(^_^).Now I’m quite familiar with some of the famous local writers who frequently update their blogs, but I’m yet to find writers with engineering/science background who do some real serious writing about the updates and current issues(maybe this is just not their field??)Yeah, people with same background will surely appreciate each other better.I just hope my latest interest is for the betterment of human kind…ahahaha~ (don't know how to end this post actually)

p/s : Excuse my English/ bahasa Melayu please..I’m in progress of learning to write and express things appropriately.Thanks=)

BUKAN HANYA kerana tersilap kata


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya terpanggil untuk menulis tentang hal ini setelah menyaksikan banyak pihak memperkatakan dan memberi komen.Ianya berlaku Ahad malam yang lalu dan sebelum pelakon wanita itu memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik, saya juga mengikuti anugerah FFM itu secara langsung menerusi televisyen.Tetapi kedatangan 2 orang tetamu di rumah pada malam itu (terima kasih sebab sudi datang!!=) menyebabkan saya tak dapat menyaksikan `ketelusan’ pelakon wanita itu berucap sehingga Datuk Rais Yatim pun melenting dibuatnya.

`I sound stupid if I speak in Malay….and If bikin filem Mencemarkan Budaya Lets Make More Films..’ (mungkin ramai yang mengikuti perkembangan semasa telah sedia maklum dengan frasa yang diucapkan oleh pelakon ini, jadi hanya ulangan untuk sesiapa yang kurang arif)

Oleh sebab seorang menteri pun melenting kerana kenyataan tak bertanggungjawab ini, maka kesilapan pelakon yang tak berapa masyhur ini menjadi berita panas di akhbar-akhbar utama hari ini.Sekaligus dapatlah pelakon ini publisiti percuma yang diidamkan setiap artis yang meningkat naik.Persoalannya, mengapakah kenyataan ini sangat menyentuh sensitiviti ramai pihak, sedangkan rasanya ramai lagi yang sering mempraktikkan penggunaan bahasa rojak yang sungguh menular terutama di kalangan remaja zaman sekarang.Kononnya bahasa rojak melambangkan individu yang sentiasa mengikut arus semasa.Orang nak cakap bahasa Inggeris, dia pun nak cakap juga tapi bahasa Melayu pun belum betul lagi.Apatah lagi bahasa Inggeris.Konon bekerja/belajar di bandar-bandar besar perlu tahu berbahasa Inggeris, tapi disebabkan tiada pendidikan formal main hentam sahajalah.Janji bunyinya ada.Samalah dengan anak-anak muda sekarang yang rata-ratanya cakap bahasa Inggeris `berhabuk’, jadinya di mana-mana pun nak guna bahasa Inggeris hatta di pasar malam sekalipun.

Sebagai seorang yang lebih kurang sahaja umur dengan pelakon muda yang dikatakan berbakat dan berkebolehan ini, tidak sukar untuk saya memahami apa yang dia cuba sampaikan.Mungkin saya juga akan bertindak sepertinya kerana terlalu gembira ataupun teruja melampau kerana gadis berusia 20 tahun, menang pelakon wanita terbaik dalam anugerah filem paling berprestij di negara ini.Namun untuk menuturkan kata-kata berbaur perkauman apatah lagi menghina bangsa sendiri, tidak sama sekali.Selepas ini mungkin dia akan belajar pengalaman paling berguna sepanjang pembabitannya dalam dunia seni dan menjadi kayu pengukur untuk artis muda yang lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sememangnya`sounds stupid’ dan tak patut dilakukan oleh sesiapa sahaja apatah lagi seorang `public figure’ sepertinya.

Saya pernah dengar satu lontaran daripada seorang penceramah berkelulusan udang-undang yang membicarakan tentang kes Lina Joy dan kupasan terhadap akhlak anak muda sekarang, yang sekarang saya mengakui kebenarannya.Anak muda zaman sekarang malu untuk mengaku sebagai orang Melayu.Maka jadilah orang Melayu tak pandai cakap Melayu, orang Melayu tak pandai makan nasi, orang Melayu rambut berkarat (dengan kulit sawo matang, rambut karat, cantiklah sangat?!!) dan yang paling teruk sekali (nauzubillah) orang Melayu taknak jadi orang Islam (riddah).Sekali lagi (nak betulkan niat) saya tak berhajat nak menjatuhkan bangsa sendiri, tapi ni beberapa kesilapan kita yang wajib diperbetulkan.Kita yang muda ni harus sedar, kalau dah tahap warga emas baru nak tengadah, sampai bila bangsa kita nak maju.Sudahnya jadi macam pelakon wanita ni,semua orang pun menuding jari ke sana sini menafikan kesalahan masing-masing.

Kalau kita singkap sejarah dahulu kala,tak payah pergi jauh, cukup pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Saya ambil contoh ini kerana ia lebih dekat di hati generasi muda zaman sekarang, kerana saya kira kisah zaman inilah yang paling menarik kita pernah belajar semasa di zaman sekolah dahulu (apapun, semua orang ada persepsi masing-masing).Melayu dan Islam itu seiring.Tiada orang Melayu bukan Islam, yang Islam bukan Melayu adalah, kerana sedari awal pun Islam bermula dari Semenanjung Tanah Arab.Makanya ulama-ulama yang datang ke Tanah Melayu pada masa itu bertungkus lumus mengIslamkan penduduk sehingga tertegaknya kesultanan Melayu Melaka yang menjadi kebanggaan sepanjang zaman.

Jadi hebat sangatkah kita hendak membuang semua jerih payah orang-orang terdahulu, dengan membaratkan pemikiran kita semua, melebihi orang barat sendiri?Sedarkah kita, dalam ketaksuban kita dengan pakaian menjolok mata, pergaulan bebas, bahana program realiti tv yang kononnya mengikuti peredaran zaman, musuh-musuh kita sedang seronok bersorak girang kerana kita telah masuk perangkap ghaib mereka??Sudahlah Islam dihina, Melayu pula dipijak sewenang-wenangnya.

Jadi, tunggu apa lagi??

Tuesday, August 15, 2006

MISTAKES IN LIFE~





<<the biggest mistake of all...

Friday, August 11, 2006

Akhirnya 'Ali Setan' temui hidayah

Oleh Anis Nazri

"Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa)"AZMIL MUSTAFA (bekas Pelakon Filem 'Ali Setan').

BERSEMUKA bekas pelakon 'Ali Setan', Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual wartawan ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.

Bila mula berubah dan berhenti berlakon?
AZMIL: Saya berhenti berlakon tahun 1998. Tapi baru-baru ini, saya berlakon filem Puteri Gunung Ledang (PGL) kerana ditawarkan oleh Tiara Jacquelina. Lagipun watak yang diberikan sebagai seorang pendakwah. Itupun saya berat nak terima. Saya bagi 10 syarat yang remeh supaya saya tidak berkata tidak. Nak dijadikan cerita, mereka terima syarat saya, jadi saya tiada pilihan. Sedangkan saya rasa, orang lain tak akan setuju syarat-syarat saya itu. Saya buat kajian tentang watak itu. Memang dia pendakwah serta banyak mengislamkan orang di Nusantara.

Apa pendorong kepada perubahan?
Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya. Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu.

Apa reaksi rakan-rakan ketika itu?
Kawan-kawan saya terkejut. Tapi waktu itu saya belum berubah sepenuhnya. Jadi kawan-kawan selalu perli saya. Macam-macam la mereka kata...kepala senget, nak tengok Quran. Lebih kurang gitulah (ketawa). Lepas pada itu, saya jumpa seorang ustaz dan diajar cara untuk bertaubat. Saya buat taubat nasuha. Saya dalami agama, belajar sembahyang. Saya memang tak tahu lansung sembahyang ni. Baca Quran merangkak-rangkak. Baca Fatihah pun, buka buku lagi...itupun tulisan rumi. Tapi saya istiqamah. Lama-lama ia makin meningkat. Saya ingat lagi dulu saya baca surah Yassin ambil masa dua jam. Lepas solat Subuh, saya mula baca. Apabila habis sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi. Gara-gara baca merangkak la ni. Umur dekat 30 tahun, baru saya hafal al-Fatihah. Alhamdulillah, sekarang dah okey.

Masih membaca?
Sekarang masih membaca. Saya penuhi masa dengan membaca al-Quran. Saya dah tingalkan dunia seronok-seronok ni. Saya dah banyak buang masa waktu muda dulu.Saya suka berseronok, jadi saya nak tebus semuanya.

Berubah secara drastik, atau 'slowly'?
Dulu saya belajar di negara orang kafir, hidup mengikut budaya kafir. Apabila saya dah mendekati Allah, baru saya tahu apa yang saya buat selama ni salah. Sebab tu saya tinggal terus, bukan 'slowly'. Saya tak boleh 'slowly'. Kalau 'slowly', saya tak tahu saya sempat atau tidak. Kita tak tahu bila kita mati. Apabila dah timbul kesedaran, buang terus zaman lampau kita, jangan ada rasa cinta pada kehidupan lama kita yang sesat.
Hubungan dengan rakan-rakan hiburan?
Saya berhenti terus, tak keluar langsung. Putus hubungan dengan kawan-kawan dalam dunia hiburan. 'Member' baik pun saya tak jumpa atau hubungi. Kalau jumpa setahun sekali waktu raya pun dah cukup baik. Kadang-kadang tak jumpa pun sebab bagi saya, kalau saya masih terus bersama dengan mereka tak mustahil saya akan kembali semula. Jadi saya ambil keputusan tinggal semuanya.

Dah berani keluar berjumpa orang?
Sekarang dah berani. Dulu memang langsung tak keluar sebab takut terpengaruh. Pengaruh syaitan ni kuat. Setakat ni, pengaruh jahat selalu menang berbanding pengaruh baik.
Perkembangan terkini setelah meninggalkan dunia lakonan?
Sejak setahun kebelakangan ini saya banyak menerima jemputan untuk berceramah, dan lebih kerap dua, tiga bulan kebelakangan ini. Saya tidak membuat sebarang pekerjaan lain kerana sudah tak sempat.

Selain berceramah?
Saya sedang membuat perancangan untuk ke Syria, menuntut ilmu. Sebelum itu, saya buat solat hajat untuk memilih mana-mana destinasi. Kemudian saya diilhamkan untuk ke Syria dan Yaman. Jadi, saya pilih Yaman. Kebetulan saya berjumpa dengan seorang ustaz yang mengatakan kita kena buat istikharah jika mempunyai pilihan. Jadi saya pun buat istikharah, dapat petunjuk ke Syria. Empat kali istikharah, masih diilhamkan Syria. Jadi, saya buat keputusan ke Syria. Dua tahun lepas saya berpeluang ke Syria, dapat rasa satu ikatan istimewa berada di sana. Balik dari sana, saya ditawarkan membuat rumah anak yatim, yang mengambil masa setahun untuk ditubuhkan. Tapi akhirnya saya tarik diri kerana cara saya dan rakan kongsi berbeza, kerana dia berasal dari England dan tak izinkan saya berceramah. Jadi, saya ambil keputusan tarik diri daripada bergaduh.

Pernah bisnes sebelum ni?
Macam-macam bisnes saya buat. Rugi juta-juta. Pertama, mungkin Allah tak izinkan. Saya juga muhasabah diri. Yang saya ingat, saya pernah kata...kalau ada duit, saya buat segalanya. Saya jual barang keperluan agama, seperti tasbih, sejadah, buku-buku agama, kaligrafi Arab. Tapi saya tak sebut 'kalau Allah izinkan...' Agaknya sebab itulah bisnes saya tak berjaya. Adalah hikmahnya dan setakat ni saya nampak rezeki saya pada ceramah.

Perasaan setelah meninggalkan dunia hiburan dan berkecimpung dalam dakwah?
Ketenangan yang saya rasa tak dapat nak diceritakan. Tak boleh nak nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan duit yang dulunya saya pegang juta-juta. Duit boleh habis, tapi ketenangan yang saya rasa sekarang, saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Saya juga rasa satu perkembangan yang sangat baik bagi saya ialah apabila saya berceramah ni, ilmu saya bertambah. Saya membaca, tanya ustaz-ustaz kerana saya bukan latar belakang agama. Jadi, saya lebih mengenali Allah sejak berceramah ni.Alhamdulillah, sambutan orang terhadap ceramah saya pun bagus. Maklumlah, 'setan' datang ceramah. Kalau ulama ceramah, tak ramai datang. Tarikan setan memang kuat (ketawa).

Topik apa yang selalu disebut ketika berceramah?
Kalau berceramah, saya lebih suka mengingatkan diri saya dan umat Islam lain supaya membangunkan semula Islam, kerana hari ini pemikiran dan seluruh kehidupan kita dijajah oleh orang kafir. Islam tiada sempadan, hanya orang kafir yang meletakkan sempadan dan jajahan, dan kemudiannya kita ikut. Orang kafir dah kuasai minda kita, kehidupan kita, hingga orang Islam hari ini melakukan perkara yang menjauhi diri daripada Allah. Tetapi semuanya dalam keadaan tidak sedar kerana sudah biasa ikut hukum orang kafir hingga tak rasa besalah langgar perintah Allah. Hukum Allah ni kena ikut setiap masa, bukan dalam solat semata-mata. Kadang tu, dalam solat je ikut Allah, lepas solat ikut balik cara kafir. Itu kesedaran yang perlu ditimbulkan untuk umat Islam.

Banyak menerima jemputan, selain PAS?
Saya dapat jemputan daipada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM. Juga buat untuk jabatan agama Islam. Saya tidak mengehadkan kerana saya buat kerana Allah Taala, jadi tiada kompromi tentang itu. Bagi saya, memasuki pilihan raya ni satu kompromi, bagi sayalah. Kalau nak kuasa, minta pada Allah. Bukan minta pada sistem yang disediakan orang kafir. Bagi sayalah...(ketawa).Pilihan raya itu sistem orang kafir yang kita ikut. Lagi pun, jelas berlaku dalam negara yang amalkan politik, apabila parti Islam menang, mereka tetap tidak dapat berkuasa. Perkara ini berlaku di Algeria, Maghribi, Turki, Lubnan, Palestin. Hamas memang pun masih tak boleh berkuasa. Sistem orang kafir ni tak akan bagi Islam ambil kuasa.

Pernah terima tentangan sejak berdakwah?
Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya ekstrim. Pernah suatu ketika dulu, mikrofon masjid ditutup apabila saya bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara berbanding perlembagaan Allah. Perlembagaan itu perlembagaan kafir Lord Reid. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar hukum Allah. Kalau dah langgar, tak perlu lagi kita taat padanya

Cenderung pada politik?
Saya tidak bercakap atas dasar politik. Saya bercakp atas dasar Allah, ke jalan Allah. Bagi saya, Umno, PAS, KeADILan ni macam satu pasukan bola sepak. Umno sebagai Manchester United, PAS Chelsea, ADIL Liverpool. Padangnya sama...stadium. Pengadil sama, SPR. Sebab itu, saya pilih bercakap atas dasar agama semata-mata.

Bagaimana melihat umat Islam hari ini?
Saya sedih sebenarnya melihat orang Islam bergaduh, atau berselisih pandangan sesama Islam. Soal kecil pasal wajib baca qunut, ada yang kata sunat, tangan perlu letak di perut, wajar letak di dada. Benda-benda macam itu. Kita sesama Islam pertikai...tapi dalam masa sama biarkan saja orang kafir buat sesuka hati. Sedangkan merekalah (kafir) yang perlu kita musuhi. Kita ni terlalu banyak kelemahan. Dari segi kehidupan. Begitu juga bahasa. Dulu kita guna bahasa Arab sebagai bahasa sandaran seperti ilmu, khabar, akhlak, warta, Isnin, Selasa. Sekarang dah jadi integrasi, dominasi, automobil...semua ni dari bahasa Inggeris. Kita jadi makin jauh dengan Allah. Ada orang baca Quran, bertajwid, berlagu tapi tak tahu makna. Apa semuanya tu? Kita tak boleh ambil Islam ni secebis sana, secebis sini. Kena ambil seluruhnya.

Soal keluarga. Menjadi bapa tunggal. Kisah di sebaliknya?
Saya berkahwin dua kali. Pertama, bercerai kerana tak boleh terima saya sebagai hak masyarakat. Jadi artis ni, kita jadi hak orang ramai. Jadi, dia tak boleh terima keadaan itu. Bertahan lima tahun saja. Ada anak perempuan seorang, dah umur 21 tahun. Saya jarang jumpa anak saya tu, sebab mak dia tak bagi jumpa. Tak apalah, saya reda. Kuasa Allah, dia masuk UiTM, dekat la untuk saya jumpa.

Dia tak nak duduk sekali?
Ada sekali nak duduk dengan saya. Saya tak kisah, tapi saya bagi syarat. Suruh pakai tudung, sembahyang. Sehari lepas itu, dia balik semula ke rumah mak dia. Tak tahan agaknya (ketawa). Ada kawan-kawan kata saya keras. Saya terpaksa keras sebab kalau tak keras, ia boleh merosakkan semua yang saya dah mulakan. Saya tak sanggup nak ambil risiko tersebut. Orang sekarang lebih sayang harta daripada keluarga. Tak berani nak tegur anak. Sayang tak bertempat. Anak-anak semua bawah jagaan saya. Dulu saya bagi anak-anak ke rumah mak mereka. Tapi masalah sekarang, apabila balik dari rumah mak mereka, anak saya dah tak pakai tudung. Tanya pasal sembahyang, adalah buat sekali sembahyang. Saya fikir tak boleh jadi macam ni. Jadi, sekarang dah tak pergi lagi ke rumah mak mereka. Saya izinkan mereka jumpa di 'club house', di kawasan rumah ni saja. Mujur waktu bercerai dulu saya letak syarat-syarat supaya jaga syarak kalau nak terus berhubung dengan anak-anak. Jadi saya ada hak untuk menyekat.

Perancangan masa depan?
Pertama saya nak belajar bahasa Arab di Syria, sebab ada satu tempat tu berjaya mengajar orang kafir berbahasa Arab dalam masa tiga bulan. Saya dah cuba kat sini, tapi tak menjadi. Yelah, dalam kelas cakap Arab, keluar kelas cakap Melayu balik. Mana nak jadi. Saya cadang lepas raya, itupun bergantung kepada kewangan. Mungkin setahun di sana dan saya akan bawa anak-anak saya semua ke sana. Kenapa? Sebab saya nak bantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan lebih awal daripada saya. Saya nak mudahkan mereka. Tak mahu mereka jadi macam saya.

Mungkin mahu menamatkan zaman duda?
Saya rasa perlu kerana dah tak cukup masa nak tumpu pada keluarga berbanding dulu. Saya dah banyak keluar sekarang, kasihan pada anak-anak selalu ditinggalkan. Tapi calon tak ada lagi...(ketawa)

Thursday, August 10, 2006

Hard to say I'm sorry


Assalamualaikum and hye..
Familiar with the topic for todays post??
Haha yup, for gals/guys in my era, you probably will hear the song sang by Az Yet (if I’m not mistaken) with the same title.A smash hit during our late primary school days..Yeah, what I want to highlight is, are you one of the people who is so hard to say sorry or apologize for any wrongdoings, or just apologize for something that you are totally positive you’re not the one to blame, yet you still do for the sake of your friends or you just simply don’t want to make things worse.

Once a fanatic fan of Meteor Garden (the mandarin tv series, with casts are Jerry Yan, the rest of F4 and Barbie something, forgot her real name..), I want to quote one of the favorite phrase by the handsome Dao Meng Si (Hero in the story)- yes it was in Mandarin but when you translate it will become like `If apology matters, then you don’t need police around’.when I translated it become so lame, hahaa (must admit that) but you really should hear the original version of the phrase.He said that phrase whenever he pissed with someone or wanted to start a fight soon (Dao Ming Si was a `samseng’ before he met and fell in love with San Chai).That quote really give impact in me in a sort of way.At first I didn’t really understand what he means, what’s the connection between apology and police??at last I discover the meaning (at least in my opinion)..it means something like when apology is very easy to accept by others, then you can just apologize for what ever mistakes you’ve done and people will easily forgive you. Thus you won’t need policemen to straight things out and investigate crimes every now and then.

Highlight of the day is, why are some people very hard to apologize, while some are very hard to forgive others??All of you maybe familiar with somebody’s quote `Why should I apologize?I’m not guilty!’ `I wont forgive her until the end of my life’ or `I forgive you, but I wont forget what you’ve done to me’.You see, the revenge or unforgiving element is so deep in our culture (as human beings, so I’m not saying only Malays/Malaysians have this kind of `sickness’, it applies to everyone in this world.As if one become a thief, we shall not blame his race/religion/family background, but we blame him for his wrongdoing. Rite?).So how to overcome this uncontrollable feelings, especially when you’re backstabbed/cheated/irritated by somebody else, or you think you’re right in everything?Is it so hard to apologize to/forgive people?If I’m the reader of this blog, I would immediately say `Yelah tu,cakap senang.penulis tu tak rasa ape yg aku rase!’

The question is how to overcome this uninvited negative attitude? How you want to be a much forgiving person and at the same time very easy to realize and apologize for our own mistakes? I’m not planning on listing the possible ways or advice for people out there who need to be `forgive and forget’ person, I just want to share my experience about this matter.
Initially during my tender age, I realize that I’m quite a hot tempered person, egoist and I find it easy to criticize and detect people’s weaknesses. I may sound like a very person that you will most likely avoid, rite?? ^_^ so, of course egoist means (approximately) it’s hard for me to admit my own mistakes. Even though the apology word is quite handy for me, and normally I do apologize, I also do forgive but deep down inside,I don’t forgive people very easily.
As time goes by (my favourite phrase, haha must be familiar to those who had been working closely with me for the last several years), I started to realize the importance of forgiving and of course, apologizing. Whether I like my campus or not, I’m sure to admit that the place changes me a lot.I started to look things with different point of view. Rather than criticizing people, I imagine and let myself to be criticized. To feel the feelings in one’s shoe, it was very hard and sometimes I do cracked up.One of the most unforgettable comment that I ever received from my sincerest friends are she thinks that it was hard for me to accept other people’s opinion (synonym to I think myself always right!).This comment really struck me, because despite of my sober, cruel and serious look, I’m very sensitive with what people say about me. Immediately I can see the network of all that matters: I’m hard- headed (I’m not sure if this term is valid or not) so I found it hard to accept other people’s opinion. I can’t accept people’s opinion so I always think I’m right. I think I’m always right thus it’s hard for me to forgive any wrongdoings, as I thought the person who makes the mistakes deserves no forgiveness. So why bother forgiving him/her??
But hey, just look around you. We are human, right. And human do make mistakes. Those are part of life cycle. If people make no mistakes, there were hardly lesson learnt and people won’t improve themselves for the better. It will be no technology, no civilization. So we’ll become no more different than the cats, dogs, flowers, trees. Mistakes done are to be forgiven, as we couldn’t turn back time and fix the damage. But if people decline to forgive other people, nothing can be done and worse, the friendship ties will be ruined forever. What’s so hard to forgive other people, anyway? Does it cost your money or you asset, or your life to do so? It cause my dignity, yeah, some people may say that. Believe me, you are not selling your dignity by forgiving people, instead you will gain more respect from the others by doing that.
The same concept applies to apologizing, but I’m not highlighting it here since I'm quite good in it (haha yeah, I hope I’m not lying).Just apologize for our mistakes, that’s all.One case where a car was accidentally hit my father’s car, and it was totally that man’s fault.He apologized to my father and said he will pay for the damage, but not now since he didn’t have enough money in his wallet.So he took my dad’s phone number and called a day after that to settle his debt.He was still apologizing sincerely and really sorry for what had happened. My father was so touched by his sincerity (since it’s hard to find youngster with that kind of attitude nowadays), my father just let him go without any charge.See?As simple as that(but hey, please don’t take advantage to other people by fake apology to get rid of debt ok??^_^)
That’s all on thoughts about apology and forgiveness.
No harm to try, right?

P/S: BUT NEVER FORGIVE THE ZIONS.THEY NEVER REALIZE THEIR MISTAKES AND KEEP ON ATTACKING THE INNOCENTS.AS STATED IN QURAN, THEY WILL NEVER DO.BOYCOTT THEM AND THEIR ALLIANCE!!

Monday, August 07, 2006


Akta Universiti dan Anak Muda

Oleh Hishamuddin Rais

Dunia ini akhirnya akan dimiliki oleh anak-anak muda. Dunia ini bukan milik orang tua untuk selama-lamanya. Saya cukup yakin dengan kenyataan ini. Orang-orang tua, termasuk diri saya sendiri, seharusnya menerima hakikat bahawa dunia telah diamanahkan kepada kita untuk sementara waktu sahaja. Atau lebih tepat lagi dunia ini kita pinjam dari anak-anak muda. Ini adalah hakikat perjalanan sejarah hidup manusia.Saya akui adalah terlalu susah untuk orang-orang tua, terutama yang memiliki kuasa untuk menerima hakikat ini. Kenyataan saya ini berasaskan apa yang telah dan yang sedang saya perhatikan berlaku dalam negara kita ini. Ini bersangkutan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang telah lebih dari 35 tahun dihempapkan kepada anak muda, pelajar dan mahasiswa dalam negara kita ini.

Saya perhatikan generasi tua yang memiliki kuasa dalam negara kita ini seolah-olah memiliki satu niat yang tidak jujur terhadap anak-anak muda. Dari satu segi generasi tua yang berkuasa ini mahu dilihat umum seperti ingin menyediakan ruang yang sihat untuk anak-anak muda ini membesar. Dalam satu segi yang lain generasi tua ini mahu anak-anak muda ini membesar dalam kerangka dan acuan tua mereka.Keinginan agar anak muda lahir dan membesar dalam ruang dan kerangka tua inilah yang melahirkan permasalahan. Dalam sejarah tamadun manusia; perkembangan, pembaharuan dan pencerahan semuanya dilakukan oleh generasi muda. Falsafah, pendapat, idea dalam semua bentuk telah dibuktikan hanya berupaya dilahirkan oleh generasi muda. Hanya yang muda berani meneroka membuka jalan untuk pembaharuan.Muda dan tua dalam konteks yang saya maksudkan ini memiliki dua sifat – muda/tua biologi dan muda/tua pandangan. Socrates yang menjana pemikiran wujudiah manusia moden hari ini mungkin berbiologi tua tetapi pandangan yang diajukan oleh si pemikir ini bersifat muda. Justeru anak-anak muda di Athens berkerumun untuk menghayati falsafah Socrates.

Tanpa anak-anak muda ini tidak mungkin tamadun manusia yang kita alami hari ini dapat berkembang.Isa dari Nazareth disalib dalam kemudaannya kerana melawan kezaliman dan kemungkaran. Che Guevara wafat dibunuh di zaman mudanya. Gerakan nasionalisma dan pembebasan Tanah Besar China bermula dengan gerakan pelajar 4 Mei. Indonesia merdeka kerana Sumpah Pemuda. Turkey menerbus masuk ke dunia moden melalui Young Turks. Ahmad Boestaman, Chin Peng, Shamsiah Fakeh dan kaum nasionalis yang menjana gerakan nasionalis di Tanah Melayu telah mula bergerak sebelum umur mereka mencecah 30 tahun.Muda membawa erti keberanian. Keberanian di sini bermakna berani menanamkan yang tua dan melahirkan yang baru. Hanya yang muda berani menolak dan mengoyakkan bingkai-bingkai sosial lama yang mengongkong dan melemaskan masyarakat. Anak-anak muda memiliki angan-angan dan mimpi-mimpi yang boleh dijadikan cita-cita. Dari cita-cita inilah lahirnya idealisme untuk melahirkan sesuatu yang baru, bersih, bertamadun dan menarik.Kemudaan yang direncah dengan idealisme adalah ubat bedil yang paling ampuh untuk membawa apa sahaja bentuk perubahan dalam masyarakat.

Tenaga muda ini muncul kerana anak-anak muda ini masih tidak terikat dengan rantai budaya atau rantai-rantai ekonomi yang memberatkan perjalanan cita-cita dan angan-angan mereka.Anak muda menjadi berani kerana mereka masih bebas dari rasuah budaya yang sentiasa ingin menjerat dan memerangkap mereka. Mereka masih suci dari rasuah budaya yang ingin memperkukuhkan segala bentuk yang lama dan yang telah pudar sinar tarikannya. Budaya yang tidak merayakan kemudahan yang bersalut dengan idealisme pasti akan melahirkan sebuah masyarakat yang malap, gelap dan lembab.

Malap dan lembab inilah yang sedang kita rasakan apabila kita bertemu dengan anak-anak muda kita terutama jika kita berinteraksi dengan mereka di kampus atau di wilayah pengajian tinggi. Kelembaban dan kemalapan ini datang dari pelbagai bentuk – dari segi akademik, dari segi sosial/pergaulan atau dari segi pemikiran.Hujah yang diberikan kepada ibu bapa dan rakyat Malaysia ketika AUKU diluluskan oleh parlimen ialah dengan wujudnya akta ini maka anak muda, pelajar dan mahasiswa kita akan mencapai kecemerlangan akademia yang akan melintasi tujuh petala bumi dan tujuh petala langit. Dengan AUKU para pelajar tidak akan diganggu gugat oleh aktiviti-aktiviti yang tidak bersangkutan dengan dunia akademia. Masa para mahasiswa dan pelajar hanya akan ditumpukan kepada buku dan ilmu.Hujah ini cukup comel. Tetapi hujah ini ternyata hujah bohong. Fakta-fakta terkini telah membuktikan bahawa dunia akademia kita semakin merosot pencapaiannya. Kita tidak perlu membanding diri kita dengan sesiapa pun.

Kita hanya perlu melihat pencapaian diri kita hari ini dengan diri kita 35 tahun dahulu. Selama 35 tahun kewujudan AUKU masih tidak muncul-muncul ahli pemikir, ahli falsafah atau para akademia yang buah kerja pemikiran mereka dapat mencerahkan kegelapan yang ada di hadapan kita.Masih belum muncul para ilmuwan dari universiti-universiti kita yang berupaya mencanangkan ilmu. Mencanangkan ilmu untuk pencerahan warga dunia memang jauh sekali. Ini memang tidak pernah saya harapkan. Apa yang saya harapkan hanyalah buah fikiran dan keilmuan mereka untuk mencerahkan budaya dan pemikiran sesama kita sendiri.Melalui AUKU kreativiti kemudaan dan idealisme para anak muda telah dituakan. Anak-anak muda di dalam kampus telah dituakan fikrah mereka sebelum mereka sempat melayari zaman kemudaan mereka. Zaman muda yang seharusnya zaman berani meneroka, berani bertanya dan berani mempersoalkan apa sahaja. Zaman inilah yang telah dirampas dari mereka. Hasilnya para pelajar kita hanya menjadi Angguk-Angguk dan Geleng-Geleng seperti seni kata lagu kumpulan rap Ahlifiqir dari kota Singapura.

Rasa saya, merampas kemudaan idealisme anak-anak muda kita di kampus-kampus adalah satu jenayah nasional yang tidak dapat diampunkan. Menuakan anak-anak muda kita sebelum mereka tua seharusnya disenaraikan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan. Jika perlu, jenayah ini wajib di hadapkan ke Mahkamah Antarabangsa di Den Hague Belanda sama seperti jenayah Henry Kessinger terhadap pembunuhan berpuluh ribu rakyat Vietnam. Atau setaraf dengan jenayah Ahmad Chalabi yang khianat membawa masuk tentera Amerika untuk menyerang Iraq.Jangan terperanjat apabila saya menyatakan bahawa saya pernah terbaca tentang wujudnya ahli-ahli akademik dan budayawan negara yang hanya berminat mengumpul botol-botol syampu yang dipungut dari bilik hotel-hotel tempat mereka berseminar. Juga tolong jangan ketawa, kerana saya juga pernah terbaca tentang seorang akademik yang kerjanya hanya mengumpul beg-beg seminar Louis Vuitton dari Golok yang dianggapnya bernilai sejarah. Dan tolong jangan menangis apabila orang-orang berjenis ini merasa begitu berbangga kerana mereka dianggap ilmuwan dan budayawan negara.Saya rasa tandus keintelektualan dalam kampus-kampus tempatan kita telah sampai ke tahap nazak. Kesakitan kurang menjana ilmu ini telah menjadi budaya sehingga menakutkan kaum pemodal yang semakin memilih-milih untuk memberi perhatian kepada graduan-graduan dari universiti luar negara sebagai pilihan utama.

Agenda AUKU yang paling minimum ialah untuk menjadikan universiti sebagai kilang siap gudang pengeluar tenaga kerja. Nampaknya agenda yang tidak ada sangkutan dengan ilmu ini pun telah gagal dilakukan oleh universiti dan kolej tempatan.Dalam keadaan ini, saya cukup hairan apabila membaca kenyataan atau khutbah politik orang-orang tua yang begitu patronising terhadap anak-anak muda, terutama apabila AUKU ini dibincangkan. Anak-anak muda dianggap seperti tidak berupaya untuk berfikir atau melakukan sesuatu yang bertanggung jawab. Orang-orang tua jenis seolah-olah terlupa bahawa pada satu ketika dahulu mereka juga telah melintasi dunia kemudaan.

Memang betul anak-anak muda kerana kemudaan dan kurang pengalaman hidup, besar kemungkinan mereka akan melakukan kesilapan. Tetapi membuat salah bukan hanyadimonopoli oleh orang muda.Berani membuat silap adalah tanda bahawa anak muda itu telah berani melakukan sesuatu. Pembaharuan dan penerokaan dalam sejarah tamadun manusia ini penuh dengan pelbagai macam salah dan silap. Dengan melakukan sesuatu, walaupun salah barulah timbul pengalaman. Hanya mereka yang muda dan berani sahaja yang tidak takut untuk melakukan kesalahan sebagai pengalaman. Mengumpul pengalaman juga adalah salah satu sumber ilmu.Anak muda yang tidak melakukan kesalahan atau kesilapan adalah anak muda yang telah dituakan. AUKU bertanggungjawab menuakan jiwa berani anak muda segala bangsa dalam negara kita ini.

Friday, August 04, 2006

Apa akan terjadi nanti..

Kalau anda semua perasan, baru-baru ni kelihatan perkembangan politik di negara kita semakin bergolak.Macam-macam cerita timbul, kebanyakannya mempersoalkan kelemahan pemerintahan PM kita sehingga menteri-menteri dan pihak-pihak tak bertanggungjawab yang lain naik kepala.Di sini mungkin saya ingin tekankan beberapa isu yang melambangkan kelemahan pentadbiran Negara kita (daripada PM sampai laa ke menteri2 dan sekutu-sekutu mereka) dengan tujuan untuk berfikir, apakah ini tindakan kerajaan yang kita mahukan??Kitakah yang memilih kerajaan ini yang diharap dapat memimpin dan mentadbir negara, walhal banyak kepincangan yang kita boleh saksikan sekarang. (tak termasuk saya, sebab saya baru sahaja layak mengundi jadi tak pernah lagi mengundi setakat ini).
Sekiranya kerajaan yang diagung-agungkan ni benar-benar menjalankan tanggungjawab kepada AGAMA, bangsa dan negara serta bertindak bijak menangani sesuatu isu yang timbul, saya pun tiada masalah untuk memberi sokongan tak berbelah bahagi…bukannya memerangi kerajaan, TIDAK sama sekali tetapi kita perlu memerangi orang-orang jahat dan tidak berwibawa yang menerajui kerajaan, yang menggunakan hak rakyat untuk kepentingan diri sendiri(dan juak-juak mereka, READ: KRONI), yang bertindak zalim,taksub parti, tiada keadilan dan yang paling penting membelakangkan ISLAM itu sendiri yang digariskan oleh ALLAH, dan bukan sebarang individu.

KRONOLOGI ISU:
(itupun tak semua yang saya mampu senaraikan, hanya beberapa yang agak meluas diperkatakan sahaja)
1)Tun M vs Pak Lah
2)Kontroversi Kompleks sukan atlit negara di Brickendonsbury, UK
3) Budaya samseng di UPM-menggugat hak pelajar (sekaligus mencerminkan budaya samseng??)
4) Roadshow UMNO dikecam hebat (walaupun Hamid kata mendapat sambutan baik)
5) IFC perlu dihentikan (kenapa tak diharamkan???)-komen Pak Lah
6) Tun M dihalang bercakap
7)Condoleeza Rice ke Malaysia(walaupun terang-terang kita tahu tiada fungsinya dia datang, dasar AS keras kepala!)
8)Tiada kebebasan bersuara di Dewan Negara ( kes ahli dewan rakyat(pembangkang) dihina
9)Jambatan bengkok-yang kos membatalkannya LEBIH TINGGI daripada kos membinanya (akhirnya siapa yang untung??faham-faham sahaja)
10)KJ chronicles- tiada komen~
11)Khairy desak suruh boikot Israel dan sekutunya, Pak Lah kata jangan
12)Isu pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang ( UEM Group jadi kontraktor??Bila buka tender ni??Siapa lagi yang turut apply?? UEM tu milik siapa (faham-faham sahaja))
13) Para `blogger’ akan diambil tindakan sekiranya menulis artikel berunsurkan pengaruh bukan kerajaan (di mana hilangnya hak rakyat dan kebebasan untuk bersuara kalau asyik nak angguk dengan keputusan kerajaan sahaja?)

Dan seterusnay 101 macam lagi isu kontroversi yang berlaku sehingga saya boleh katakan, pelajar-pelajar sekolah rendah pun boleh keliru dan mempersoalkan mengapa isu-isu ini wujud.Inikan pula para ilmuwan, pegawai-pegawai kerajaan, penganalisis politik dan paling kurang pun graduan universiti yang sedikit sebanyak tahu membezakan sama ada berlaku pergolakan dalam politik Negara kita atau tidak.
Sekiranya ada yang kurang arif tentang isu-isu di atas, anda boleh cari sendiri di laman-laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut.seperti yang selalu saya pesan, jangan terikat dengan akhbar-akhbar seperti Utusan, BH, NST sahaja, tapi buka juga akhbar-akhbr tabloid, alternative, weblog dan sebagainya supaya kita dapat timbang tara apa yang berlaku, dan tak dipengaruhi oleh satu pihak sahaja.Sebaik-baik makhluk yang dijadikan Allah di muka bumi ini adalah MANUSIA..maka ANDAlah yang lebih bijak untuk berfikir mana yang hak dan batil kan??

Wednesday, August 02, 2006

Wawancara Syeikh Yusuf al-Qaradawi dengan akhbar Mesir al-Wafd

walaupun article ni agak panjang..Worth reading it!

Kaherah - www.qaradawi.net 27 Julai 2006

Soalan: Bagaimanakah keadaan ummat selepas tindakan ganas terhadap Lubnan?
al-Qaradawi: Keadaan ummat kita adalah sebagaimana keadaan sedia ada pada hari ini iaitu dalam keadaan kekeringan dan kehinaan. Hanya satu perkara sahaja yang menunjukkan ummat ini masih hidup dan hati mereka masih mempunyai hubungan dengan kehidupan ialah penentangan yang kita dapat lihat di Palestin dan Lubnan. Selain dari itu, tiada apa-apa yang menggembirakan. Menyerah sahaja terhadap apa yang berlaku telah menjadi darah daging mereka terutama di kalangan para pimpinan kerajaan-kerajaan Arab.

Soalan: Apakah faktor yang menyebabkan ummat Islam mengalami kehinaan sedemikian rupa?
al-Qaradawi: Kerajaan-kerajaan Arab bertindak berdasarkan pegangan mereka terhadap beberapa perkara seolah-olah perkara itu adalah suatu yang tetap kekal, tidak lagi boleh berubah, atau mereka ingin menanamnya ke dalam kepala orang ramai. Antaranya ialah mereka berpegang bahawa Israel mempunyai kekuatan yang tidak mungkin boleh diatasi dan ditentang sama sekali. Oleh itu, kita hendaklah mengelak daripada bertembung dengannya. Dalam keadaan ini, kerajaan-kerajaan Arab menganggap penentangan yang dilakukan oleh HAMAS, Shuhada' al-Aqsa dan Solahuddin di Palestin, serta Hizbullah di Lubnan sebagai tindakan penuh bahaya dan tidak membawa apa-apa faedah serta menjerumuskan mereka ke kancah pertentangan terbuka dengan pihak Israel. Mereka bercakap tentang Israel seolah-olah Israel memiliki kekuatan yang tidak mungkin dikalahkan sebagaimana dikatakan tentang tentera Tatar dahulu. Dikatakan dahulu: "Jika dikatakan kepada anda bahawa Tatar telah kalah, janganlah percaya." Itulah yang berlaku dan dengan sebab kelemahan yang ada pada kita, mereka berjaya mengalahkan kota Baghdad, memusnahkan tamadun Islam di sana dan membunuh sejuta orang Islam. Sehinggalah Allah mengurniakan kepada ummat ini seorang pahlawan beriman iaitu Saifuddin Qutz yang berjaya mengalahkan mereka dan mendustakan kepercayaan tadi. Selepas itu, tentera Tatar tidak lagi berdaya melakukan apa-apa.

Soalan: Apa lagi perkara-perkara yang ingin mereka tanam dalam kepala umat Islam?
al-Qaradawi: Antara perkara yang mereka ingin tanamkan ke dalam kepala umat Islam, tidak kira golongan berpendidikan, para pemerintah mahu pun rakyat ialah bahawa apa sahaja yang diinginkan oleh Amerika pasti akan berlaku, seolah-olah Amerika adalah tuhan alam ini yang tidak boleh dipersoalkan tentang apa yang ia lakukan. Beliau menambah: Umat Islam masih lagi alpa meskipun erancangan jelas yang dipimpin oleh Amerika bagi merubah peta rantau Arab bermula dengan menamakannya sebagai Timur Tengah yang baru. Berdasarkannya, Amerika bertindak sebagaimana seorang tuan bertindak terhadap hambanya, atau sebagaimana seorang pemilik bertindak terhadap barang-barang milikannya. Ganjilnya, kita tidak mampu menentang. Amerika Syarikat mahu rantau ini berubah dengan Israel menjadi satu-satunya kuasa yang mencengkam dan boleh memaksa agar segala kehendaknya terlaksana terhadap semua negara Arab. Sesiapa yang tidak percaya terhadap hakikat ini, dia hendaklah melihat kembali kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Seluruh dunia menyeru agar genjata senjata segera dilakukan, namun Amerika adalah satu-satunya negara yang menentang dengan menyeru agar peluang diberikan bermatlamat untuk merubah hakikat realiti yang sedang berlaku. Bahkan lawatan yang dilakukan oleh Setiausaha Luar Amerika, Condoliza Rice lewat dilakukan bertujuan memberikan peluang kepada Israel untuk menyempurnakan perancangannya untuk memusnahkan semua prasarana kehidupan di Lubnan dengan meruntuhkan rumah-rumah, membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan menyebabkan ribuan rakyat kehilangan tempat tinggal. Inilah Amerika sebenarnya. Selagimana ia menjadi pemberi perintah dan larangan kepada negara kita, maka selama itulah kita akan tetap menjadi hambanya yang sentiasa patuh kepada segala perintah dan larangannya!

Soalan: Bagaimana pula sikap pemimpin-pemimpin Arab terhadap krisis ini?
al-Qaradawi: Kerajaan-kerajaan Arab tidak mempu bernafas dan bercakap apa-apa. Jika kerajaan-kerajaan ini berkata kami tidak bersedia untuk menghadapi apa-apa peperangan, maka apa lagi yang boleh kita harapkan daripada mereka? Mereka telah memberikan lampu hijau kepada Israel agar Israel berbuat apa sahaja terhadap kita dan akhirnya menundukkan rantau ini sepenuhnya. Sehingga salah seorang pemimpin Arab pernah berkata: "Kita tidak mampu berhadapan dengan Israel." Seolah-olah mereka berkata kepada Israel: "Benamkanlah kepala kami ke dalam lumpur sebagaimana kamu inginkan! Musnahkanlah rumah-rumah kami! Cabulkanlah kehormatan kami! Bunuhlah kanak-kanak kami! Kami tidak mampu menghadapi kamu!" Adakah wujud di dunia ini seorang berakal yang berkata kepada musuhnya: "Aku tidak mampu menghadapi engkau?!" Seorang manusia yang merdeka akan berkata kepada orang yang mahu membunuhnya: "Aku sanggup menghadapi kematian kerana mempertahankan kehormatanku." Kehinaan yang kita saksikan pada para pemimpin Arab hari ini adalah bercanggah dengan adat kebiasaan bangsa Arab. Mereka lupa dan melupakan kita kepada bait-bait syair yang kita hafal yang berbicara tentang kemuliaan Arab. Di manakah syair yang diungkapkan oleh al-Mutanabbi: Kemuliaan yang tinggi pasti beriringan dengannya kesakitan. Sehingga ditumpahkan darah di sekitarnya. Di mana pula kata-kata Shawqi: Bagi mencapai kemerdekaan, mesti melalui pintu merah. Kerana diketuk dengan tangan berlumuran darah.

Soalan: Apakah penyelesaiannya bagi menghadapi para pemimpin yang hanya mementingkan tampuk kekuasaan mereka?
al-Qaradawi: Keadaan pelik ini tidak mungkin akan berterusan. Mungkin ia akan berterusan buat sementara waktu, tetapi ia tidak mungkin berterusan selama-lamanya. Pada waktu ini kita dapati banyak bangsa telah bangkit menentang pemerintah mereka. Para pemimpin Arab juga tidak mungkin akan terus berkuasa selama-lamanya selagi mana mereka tidak berubah. Jika ini juga tidak berlaku, maka logik mengatakan bahawa mana-mana pemimpin tidak akan berkekalan selama-lamanya. Bukti paling jelas ialah negara Kesatuan Soviet yang mencapai puncak kuasa yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana negara dan menjadi kuasa dunia kedua terbesar. Namun ia tetap runtuh hasil daripada masalah dalaman yang berlaku. Ia juga sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Jika kamu berpaling, nescaya Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain."

Soalan: Bagaimana pula tentang 'penentangan' (al-muqawamah ) dan sikap rakyat terhadapnya? Apakah hukum syarak terhadap apa yang dilakukan oleh Hizbullah?
al-Qaradawi: Mana-mana negara dan mana-mana bangsa berhak untuk bangkit menentang penjajah. Dan sebagai orang Islam, kita wajib bangkit memberikan bantuan kepada saudara kita seIslam. Jumhur fuqahak Islam berkata mana-mana negeri yang dijajah oleh musuh, penduduknya wajib mempertahankannya dengan segala kemampuan yang ada. Dalam keadaan ini, segala hak individu gugur dan diutamakan hak umum, jihad menjadi fardu ain. Seorang perempuan hendaklah keluar berjihad meskipun tanpa keizinan suaminya, seorang anak meskipun tanpa keizinan bapanya, seorang hamba meskipun tanpa keizinan tuannya, kerana hak umat Islam hendaklah diutamakan daripada hak individu. Jika penduduk negeri itu tidak bertindak, maka jiran mereka hendaklah menyelamatkan mereka, kemudian jiran yang lebih jauh dan jiran yang lebih jauh, sehingga mencakupi ummat keseluruhannya. Sekarang kita semua berkewajipan bangkit mempertahankan Lubnan daripada serangan angkuh Israel yang memusnahkan sebuah negara hanya kerana tiga orang tenteranya yang ditawan. Sebelum itu, seorang Arab pun tidak bergerak demi menyelamatkan hampir 10 ribu tahanan di dalam penjara Israel yang bongkak dan angkuh itu. Peribahasa ada mengatakan: Wahai Firaun! Apakah yang menyebabkan engkau bertindak zalim?" Dia menjawab: "Kerana tak aku temui seorang pun menghalangku!"

Soalan: Apa pandangan anda terhadap apa yang dilakukan oleh rakyat dan bangsa Arab serta kemarahan memuncak yang mereka tunjukkan?
al-Qaradawi: Umat Islam sedang berada dalam keadaan yang boleh diratapi. Satu-satunya perkara yang menyeksakan saya ialah kemarahan yang mereka tunjukkan di jalan-jalan raya. Mereka semua kepanasan menahan api kemarahan dan mereka mahu keluar berperang dan berjihad serta membalas dendam terhadap para pembunuh. Tetapi malangnya, mereka tidak mempunyai jalan untuk merealisasikan cita-cita mereka untuk berjihad. Soalan: Apakah masalah yang menghalang umat Islam di negara-negara Arab untuk melaksanakan jihad? al-Qaradawi: Masalah mereka ialah kerana mereka tidak mempunyai kebebasan. Jika benar negara kita mempunyai kebebasan, nescaya jutaan umat Islam bersedia untuk berjihad dan memberikan bantuan kepada semua bentuk penentangan di seluruh negara Arab dan Islam.

Soalan: Ada orang berkata 'penentangan' rakyat Lubnan adalah penentangan Syiah sedangkan majoriti kita adalah terdiri daripada ahlis sunnah?
al-Qaradawi: Penentangan adalah perkara paling mulia yang dimiliki oleh umat ini, sama ada di Palestin atau Lubnan. Meskipun ia dilakukan oleh puak Syiah, namun ia tidak menjejaskan penentangan yang dilakukan oleh rakyat Lubnan itu, selagi mana merekalah yang mengangkat senjata dan mengambil tanggungjawab untuk membersihkan bumi Islam daripada kekotoran Israel. Sebelum ini mereka pernah menang, mengalahkan Yahudi dan yang hanya masih tinggal ialah Kebun Shib'a yang mereka akan bebaskan tidak lama lagi, insya Allah. Saya tidak membezakan antara Syiah dan Sunnah, meskipun Syiah berbeza dengan kita dalam beberapa perkara cabang. Mereka tetap terdiri daripada ahli La ilaha illallah. Mereka mempunyai persamaan dengan kita dalam banyak perkara-perkara prinsip. Mereka bersama-sama dengan kita dalam lingkungan umat Islam, sebahagian yang tidak terpisah daripadanya. Namun saya mempunyai kata-kata nasihat yang ingin saya sampaikan kepada mereka. Saya tidak bersetuju dan mengutuk sikap fanatik yang ditunjukkan oleh Syiah di Iraq. Saya menyeru agar mereka meninggalkan tindakan keganasan yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara mereka dari kalangan ahlis sunnah. Mereka hendaklah menghalang daripada berlaku penyembelihan yang sedang berlaku, kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada penjajah Amerika dan regim Zionis.

Soalan: Apakah yang menjadikan anda kagum terhadap 'penentangan' Lubnan pada masa lalu?
al-Qaradawi: Antara kebanggaan yang lakukan oleh penentangan Lubnan ialah buat pertama kalinya mereka berjaya menawan tentera Israel sedangkan sebelum ini Israellah yang menawan kita. Di dalam penjara-penjara Israel terdapat ribuan tawanan kita sedangkan tidak seorang pun yang kita tawan daripada mereka. Oleh itu, Israel menjadi gila setelah tenteranya ditawan, sedangkan sebelum ini hanya Israel yang boleh menawan, membunuh dan memusnahkan. Seolah-olah hanya tentera mereka adalah manusia sedangkan tentera kita bukan manusia. Penentangan Lubnan itu telah memberikan pengajaran yang menyakitkan kepada regim Israel dan membalas dendam demi mempertahankan kehormatan kita seluruhnya. Beliau seterusnya menambah: Antara kebanggaan yang dilakukan oleh 'penentangan' Lubnan juga ialah kemampuannya untuk melancarkan roketnya hingga ke dalam kawasan Israel sehingga menyebabkan mereka lari bertempiaran mencari tempat perlindungan. Buat pertama kali, Israel mengaku kehilangan nyawa dan berlaku kecederaan hasil daripada pengeboman yang dilakukan oleh Hizbullah terhadap beberapa bandar di Israel sehingga menyebabkan kerugian yang ditaksirkan berjuta-juta dolar. Hanya orang yang tahu sahaja menyedari betapa besarnya kerugian yang dialami oleh Israel kerana ia berlaku pada masa kebiasaannya Israel dikunjungi oleh ramai pelancong yang memberikan keuntungan jutaan dolar kepada mereka. Tetapi kini, para pelancong tidak lagi berani datang ke sana. Manakala kemalangan jiwa dan kecederaan yang berlaku pada pihak kita, maka kita mengatakan sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah saw ketika Perang Uhud: "Orang-orang yang terbunuh di kalangan mereka di dalam neraka, tetapi orang-orang yang terbunuh di kalangan kita di dalam syurga." Kita berperang demi memperoleh dua ganjaran iaitu sama ada kemenangan atau mati syahid. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: "Jika kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit sebagaimana kamu merasainya, tetapi kamu berharap kepada Allah sedangkan mereka tidak." 'Penentangan' Lubnan berjaya menyebabkan kerugian besar kepada tentera terkuat yang di belakangnya terdapat Amerika dan sekalipun Israel berperang menggunakan senjata canggih Amerika, di samping sokongan Amerika dari sudut politik, ekonomi, ketenteraan dan senjata veto, tetapi Hizbullah berperang dengan kekuatan keimanan.

Soalan: Adakah anda melihat ada bibit-bibit kebaikan selepas umat Islam memperlihatkan kemarahan mereka terhadap tindakan serangan yang dilakukan oleh Israel?
al-Qaradawi: Dalam tempoh terdekat masih belum kelihatan bibit-bibit kebaikan itu. Namun dalam jangka masa panjang, berbekalkan kekuatan dalaman yang ada pada kita, kita dapati banyak terdapat bibit-bibit kebaikan itu. Umat Islam memiliki banyak perkara yang tidak boleh dipandang mudah. Dari sudut bilangan, mereka mencapai angka satu setengah bilion. Dari sudut ekonomi, mereka memiliki minyak di samping bumi mereka adalah bumi yang mempunyai pelbagai jenis kekayaan. Mereka juga mempunyai pantai, lautan dan lembah yang indah. Di samping itu, kita juga memiliki kekuatan ruh terhadap risalah terakhiryang diturunkan Allah. Kita juga memiliki al-Quran, dokumen ilahi yang tidak dimiliki oleh orang lain. Di samping itu, kita juga memiliki kekuatan tamadun. Kita adalah kawasan tamadun-tamadun kuno bertapak, tamadun Firaun di Mesir, tamadun Babylon di Iraq dan tamadun Parsi di Iran. Amerika pula hanya mempunyai umurnya yang berjumlah 2 ribu tahun sahaja. Kita juga merupakan tempat lahirnya semua risalah langit.

Soalan terakhir: Adakah semua ini sudah memadai bagi kita mencapai kemenangan dalam menghadapi segala perancangan musuh?
al-Qaradawi: Kita berkeyakinan bahawa kita berada di atas kebenaran sedangkan musuh kita berada di atas kebatilan. Sekalipun kebenaran itu menghadapi beberapa rintangan, tetapi ia pasti akan menang akhirnya.
Lihatlah kepada sejarah! Golongan Salib telah datang ke Palestin dan mereka mendirikan tembok serta benteng, namun Allah swt menghantar beberapa orang pahlawan bagi orang-orang Islam yang dapat mengalahkan mereka dengan teruk. Hari-hari pasti akan bertukar ganti. Dalam kehidupan ini pasti sentiasa berlaku sunnah 'pertukaran ganti' itu. Zaman terdapat dua hari. Satu hari bagi mereka, dan satu hari bagi kita, insya Allah. Ya Allah! Perlihatkanlah pada mereka bagi suatu hari (yang memenangkan kami terhadap mereka) dan goncangkanlah mereka. Ya Allah! Tolonglah penentangan yang gagah berani di Palestin, Lubnan dan setiap negara umat Islam.
REFERENCE:
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=4345&versionfiltered=1&template_id=116&parent_id=114 (Diterjemahkan oleh Ustaz Anwar Fakri Hj. Omar)