Sunday, April 27, 2008

Dari Beirut ke Jerusalem (Part 1)

Alhamdulillah, saya dah habis baca buku di bawah ni :



Dan macam biasa, terasa nak share dengan semua orang sedikit sinopsis tentang buku ini. Bagi saya memang sangat sangat best, menginsafkan dan mengharukan. Jadi saya dah berazam nak reserve dua tiga post khas untuk sinopsis ini. Betul, satu pos memang tak boleh habis..

Dari Beirut ke Jerusalem, sebuah catatan kisah benar yang sangat menarik dan menginsafkan. Tambah menarik apabila ia ditulis oleh seorang doktor perubatan berbangsa Cina dan sukarelawati yang aktif membantu rakyat Palestin dan Lubnan dengan menubuhkan Medical Aid for Palestinians (MAP). Beliau bertubuh kecil, dilahirkan di Pulau Pinang, membesar di Singapura dan menetap di Britain, pakar bedah ortopedik, fellow Royal College of Surgeons, England dan juga mempunyai seorang suami yang memahami dan hati yang besar, rakan rakyat Palestin. Buku ini memberikan inspirasi kepada kaum wanita dan kekaguman yang tidak terhingga oleh kaum lelaki.

SABRA DAN SHATILA

Catatan perjalanan ini berkisar kem pelarian Sabra dan Shatila, pada masa kejadian pembunuhan kejam beramai-ramai pada pencerobohan tahun 1982 sehingga lebih kurang lima tahun kemudian. Kisahnya begini. Selepas rakyat Palestin dihalau oleh Israel pada 1948, kebanyakan mereka tnggal di kem-kem pelarian di sekitar Lubnan, Syria dan Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Rakyat Palestin yang berasal dari utara Galilee (di Palestin) berjalan kaki dan akhirnya membuka penempatan berhampiran Beirut Barat. Antara kem pelarian di Beirut Barat adalah Sabra, Shatila dan Bourj el-Brajneh.

Sabra dan Shatila adalah dua kem pelarian yang dekat, bersebelahan antara satu sama lain. Jika orang lain membayangkan kem pelarian sebagai tempat sementara yang sempit, penuh dengan khemah-khemah dan mempunyai keperluan asas yang tidak sempurna, keadaan kem-kem ini sebelum tahun 1982 adalah sangat berbeza. Kem ini lengkap dengan sekolah ,pasar, kemudahan air dan elektrik, pejabat pos.. apa saja kemudahan asas yang selalu ada pada sebuah pekan kecil, ada di sini. Walaupun kem ini didirikan untuk para pelarian Palestin, semakin ramai rakyat Lubnan yang turut mendiami kem-kem ini dan hubungan mereka sudah seperti adik beradik. Ini mengingatkan saya pada persaudaraan Muhajirin dan Ansar semasa peristiwa hijrah Rasulullah saw. Tambah mengejutkan, ada yang mengatakan terdapat beberapa keluarga Yahudi yang turut tinggal di situ, yang akhirnya membuktikan persaudaraan sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama di kem pelarian tersebut.

Dr Ang Swee Chai bertugas sebagai doktor sukarelawati di Hospital Gaza ketika pencerobohan ini berlaku. Ya, Hospital Gaza bukan di Gaza, Palestin. Tapi penduduk di kem ini senang menamakan hospital, klinik, atau bangunan-bangunan penting dengan nama tempat di tanah tumpah darah mereka. Hospital Gaza yang terletak di dalam kem Sabra, berkhidmat untuk penduduk Sabra, Shatila, serta penduduk Beirut yang berdekatan.

PENCEROBOHAN 1982

Sebelum pencerobohan berlaku, para pejuang PLO (Palestine Liberalization Organization) adalah pasukan yang memperjuangkan hak orang Palestin yang turut bertapak di Beirut. PLO dahulu seperti sekarang, tidak sehaluan dengan kerajaan maka seringnya wujud pertempuran kecil di sekitar Beirut. Maka sudah lama penduduk kawasan itu berdepan dengan bekalan air dan elektrik yang terhad, sekatan dan halangan jalan, kekurangan makanan dan sebagainya. Sehingga pada satu ketika, tentera pro-kerajaan berjaya memujuk tentera PLO untuk berundur kononnya dengan demikian, keadaan di Sabra dan Shatila akan menjadi aman damai buat pertama kali.

Seperti orang asing yang lain, Dr Swee pada mulanya menganggap PLO adalah `pengganas’. Ini disebabkan mereka sering dilihat berkeliaran di kawasan kem dan membawa senjata. Apabila berita pengunduran mereka tersebar luas, Dr Swee terkejut melihat poster dan slogan-slogan yang bergantungan di merata tempat, bertulis , “Selamat tinggal Beirut, kami cintakan anda”. Tentulah slogan ini pelik bagi sebuah pertubuhan pengganas untuk menulisnya. Tapi lama-kelamaan, Dr Swee baru mengetahui pengunduran pejuang PLO ini meninggalkan isteri dan anak-anak, rumah yang didiami setelah sekian lama. Mereka tak kisah berkorban untuk melihat keamanan dicapai di Beirut walaupun itu bermakna mereka perlu mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga yang dicintai. Nah, inikah yang dikatakan pengganas?? ( masa macam ni rasa cam nak pinjam quote Nabil Raja Lawak : Lu pikir laa sendiri..)

Selepas pengunduran PLO itu, semua orang mengharapkan hari esok yang cerah untuk mereka. Kesemua penduduk amat optimistik, setiap sudut boleh dilihat penduduk kem menyimen batu-bata, memasang tingkap rumah yang berlubang, membersihkan kawasan dan membina bangunan baru. Yalah, mereka dah lama hidup serba kekurangan kerana peperangan kecil yang berterusan antara PLO dan tentera pro-kerajaan, serta pasukan- pasukan ekstremist yang lain. Pada 14 September 1982, mereka telah dapat menggunakan air dari paip, halangan jalan pun telah dialihkan dan Hospital Gaza telah dapat beroperasi dengan peralatan yang cukup dan semakin memuaskan.

HARI YANG MENGERIKAN

Sehinggalah pada pagi 15 September, keesokan harinya, bunyi pesawat yang terlalu kuat memecah keheningan awal pagi dan bakal menandakan satu detik paling mengerikan dalam sejarah hidup pelarian kem Sabra dan Shatila. Apabila matahari semakin tinggi, peluru dan bom sudah mula menghujani kawasan hospital dan tentunya, di sekitar Sabra dan Shatila. Penduduk yang cedera dan mampu berjalan memenuhi ruang hospital, kerana semua jalan ditutup termasuk untuk ambulans. Keadaan semakin kelam kabut. Pada jam 4.30 petang, mereka menerima berita tentera Israel telah menawan Hospital Akka (sebuah lagi hospital di kawasan itu) dan menembak doktor, jururawat dan pesakitnya. Mereka telah mengepung kem Sabra dan Shatila.

Pada jam 5 petang, pasukan komando Israel telah mula kelihatan di jalan-jalan utama sekitar kem. Ini adalah pertama kali sejak sekian lama, tentera Israel berani menjejak kaki ke kawasan itu. Sebelum ini mereka hanya melancarkan serangan dari udara, laut atau dari pergunungan di sempadan. Mungkin mereka hanya berani menyerang apabila pejuang PLO telah berundur.Keadaan berlarutan sehingga keesokan harinya. Mangsa letupan bom dan tembakan semakin ramai memenuhi hospital. Mereka memberitahu penceroboh bukanlah tentera Israel, tetapi puak bersenjata yang bertutur dalam loghat Ba’albek….

*Siapakah penceroboh itu sebenarnya?
*Adakah Dr Swee dan petugas asing di situ akan selamat?
*Bilakah penyembelihan beramai-ramai penduduk Sabra dan Shatila berlaku?

Saya akan sambung pada pos yang seterusnya….TUNGGU!

Sunday, April 20, 2008

Yeay!

Assalamualaikum and hi all,

Just want to update, (especially dedicated for Cze and Izzat) , I've got this :
http://norshahira.blogspot.com/2008/02/wish-to-have-this.html

Yet to finish.. I just read first few pages but still, the writings are remarkable! Even the introduction by Tan Sri Abdullah Ahmad (former Ambassador to the United Nations and Chairman of NTSP) was equally good. I promise to share with all of you the content briefly, once I finish the book.

P/S : This does not mean I'm a core Dr M's follower. I still think he should apologize to Tun Salleh Abas and the rest of Supreme Court judges whom involved in the 1988 judiciary crisis.. What do you think?

Saturday, April 19, 2008

The best medicine

Last two days I was down with fever, but I still went to office due to piling workload.Yes I know, the bosses will love employee like me (haha perasan). Tapi biasalahkan, when you have fever and still forcing your mind to work, it just refused to function. With flu and mere cough tagged along, I don't think I can register even a word the engineers said to me. Haha nevertheless, after some daily yield reports and a few new stuff to learn, it was lunch time.

After lunch sbb tengok muka saya cam Garfield dah, my colleaugues forced me to seek for the doctor at the panel clinic. But lunch hour, confirm klinik tutup. Pastu rasanya nak lepak kat surau nak tenangkan minda dan badan. Then when I arrived to the surau, banyak la pulak kasut kat luar, so I suspect mesti ada apa-apa ni. Eh kejap-kejap, please mind my rojak usage of language since sekarang I tengah takde mood nak tulis in proper uni-language.Sorry semua~

Sekali masuk rupanya ada kuliah bulanan ustaz Ismail Kamus. Dah lama tak dengar kuliah ustaz yang sangat kelakar ni, tu pun sebab dia kena ban dengan kerajaan 10 tahun tak boleh berceramah.Surprisingly, ramai la gak yang attend kuliah tu walaupun masa tu tengah lunch time. As usual, ceramah dia memang kelakar dan penuh informasi at the same time. So sebab ceramah kelakar tu saya pun gelak bersungguh la kan, dan rasanya memang betulkan orang kampung cakap, laughter is the best medicine. I felt much better and managed to last for the day. Tapi of course, balik je telan Setamol dua bijik (ubat demam yang efektif) and pengsan la. Esoknya dah boleh pergi kerja as usual.Alhamdulillah..

I'm not sure it's the laughter or the whole ceramah that soothed me most, but then it actually works to reduce the pain. Tau je la demam ni selalu rasa cam terawang-awang, tak berpijak di bumi nyata, muka macam kucing tak mandi ke tapi if you go to majlis ilmu and enjoy yourself there, it will made up your day. Because if you feel good, of course your body won't heal in an instant. But you will eventually changed to more positive attitude, and it will reduce the pain. Well at least, it always works for me :)

Sunday, April 13, 2008

Sceptical..NOT

Assalamualaikum and good day to all.

The environment and experience in my current workplace, though quite challenging and a bit tense is really something I will treasure for life. Most of my colleagues are non-Malay/non-Muslims, yet still all of us clicked together very well. In my past, the last time I had a non-Muslim best friend was during my primary school when I was in Standard 4, whom was a petite chinese girl, Joyce (Wow, I still can recall her name). After that I went to an SBP, which was obviously mostly-all-Malay students as well as my former campus. Well, of course there were a few non-Muslims here and there but you know, our (Malays) instant tendency and we feel most comfortable with people most similar to ourselves, i.e same race, same religion, etc. I am not saying this represents all, but it happened for most of us, including me.

Tolak kereta rosak.. sesungguhnya kereta Kembara auto boleh ditolak kalau rosak. Sekian.

I admit that at first when I start working here, I felt insecure. Like most people, I was so sceptical that they would not be able to understand me and my obligation as a Muslim. Most of the bosses and senior engineers are Chinese/ Indians/ Filipinos. Even women engineers wearing scarfs are rare sights here, and at first my friends quite surprised when I always go for short breaks at the basement (where the surau is located), to perform my prayers. Also everytime we had our meals together outside the office, my heart pouding rapidly, afraid that they would go to non halal restaurants and totally ignore my needs. Ten years study period in comfort zone, with mostly-all Malay friends really made me so closed-minded and always had sceptical views towards others.
Berlakon pilih-pilih ikan fresh for dinner.. last-last saya gak kena pilih. Chis. Diorang bukan reti cakap Melayu pun

After a while being with these wonderful people, I am glad that they proved my perception was totally wrong. These lads are so open-minded and they are sensitive to me, my views and my obligations as a Muslim. They proved that they also respect my beliefs and the way a Muslim woman mingles with others too, although it might be quite different with their culture. The best part is when they asked me more detail about my religion and Islamic practice, and I got to explain in depth the reasons and rationale, why we have to do something and avoid the other. They even treat me as their friend, without any difference or discrimination. Once they even invited me to join after-work hang out at a bar, but of course I turned down the invitation politely. But hey, they always include me and that made me feel appreciated and honoured.
The guys pretend to be PMs.. ada resemblance tak?? Memang perasan diorang ni

Now I really can understand my friends' conditions who are studying and working abroad, or in the same shoes as mine. They actually don't have any choice but to mingle around and accept the differences. The instant awkwardness will disappear as time goes by, replaced by comfortness of having wonderful people around us. Surprisingly, sometimes we would find that people with different beliefs than us are even nicer and more sensitive towards our needs and obligations. How irony.

Three tickets (saman beb) in five hours.. what a luck

*P/S: Pictures are from my recent Malacca Road trip, combination of excitement and series of unfortunate events. Nevertheless, it worth the experience. hehe

*P/S 2: Only guys in pictures. Girls are all shy. haha

Sunday, April 06, 2008

Dilla's Big Day

Specially dedidated to a very good friend, on her most memorable day.

After solemnisation.. (obviously kat masjid la kan)


From the bride

From the groom

Pelamin yang cun.. my SIL said pelamin ni cam ala-ala artis gitu.. simple but vogue :P

Pengantin in peach (or is it orange?)

Ain't they cute??
Congratulations to both Dilla and Abg Yusasnor :)