Monday, August 09, 2010

Selamat menyambut Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!
 
Ramadhan hampir menjelma.. malam ni dah mula terawih~!
 
(kalini buat post gaya-gaya CheDet, ada bullet points. Perasan tak makin banyak bloggers dah buat style ni sejak CheDet mulakan?)
 
1. Banyak masjid dan surau di sekitar rumah, taktahu nak pilih mana untuk terawih. Pilihan utama adalah Masjid UTM baru di Jalan Semarak. Mungkin juga boleh cuba melompat-lompat masjid untuk mencari kelainan. Teringat pada waktu ini, tahun lepas, saya di Bintulu. Sering juga melompat masjid di sana untuk merasai pengalaman berlainan di rumah Allah.
 
2. Ramadhan kali ni tak disambut dengan Encik A ye tuan puan, sambut sorang je. Ataupun kalau bosan berbuka sorang balik rumah mak kejap kat Seremban. At least boleh drive kan Abah balik rumah sebab bas depan ofis dia sampai kul 5. Kitorang boleh balik kul 4 :)
 
3. Encik A akan mula berpuasa di sana, alah takpe situ banyak makanan halal kan?Ada makanan melayu pulak tu. Sabar je lah sebelum ni dok cerita hari2 makan nasik, siap ada roti canai lagi. Masjid pun dekat dengan tempat makan..ok lah tu. Lagi ok dari tahun lepas hampir seluruh Ramadhan dihabiskan kat Sudan kan? :p Alhamdulillah, harapnya hujung minggu dapatla pulang ke tanah air berbuka posa..sekali pun jadilah. I tunggu tau.
 
4. Azam bulan Ramadhan nie.. erm cam biasa nak khatam Quran.. dua tiga tahun kebelakangan nie asyik kantoi je beberapa juzuk takpat nak khatam sebelum akhir Ramadhan. Tahun ni kita cuba ye!! Chayok! Juga berazam taknak skip terawih berjemaah tanpa uzur! Dan mencari laila itu di sepuluh malam terakhir, insya Allah..
 
5. Biasalah dah kawin ni mulalah naluri keisterian (nak kate keibuan, belum ada little extension lagi :p), konon2 nak buat kuih raya. Diulang KONON je.. tapi takmo dijadikan azam sebab takut tak buat. Encik A kata buatlah kuih raya, saje nak bagi meriah sikit. Oh itu ke sebab orang buat kuih raya? haha FYI dah dekat 10 years my Mum tak buat kuih raya, so I memang bukan jaguh la dalam hal ini. Lagipun I ade alasan konkrit kenapa tak nak buat kuih raya mahupun kek. Alasannya, I fobia tengok penggunaan gula, butter dan telur yg banyak sangat dalam pembuatan kuih raya nih.. huhu self-proclaimed health freak lah katakan :p Nak tau jadi ke tak I buat, tengok la sebulan lagi ye.
 
6. Eh tetiba dah masuk cerita raya pulak kat point 5 tu..padahal bulan posa belum start lagi. Typical betul..insaflah ye diriku ini. Ok raya citer masa dekat raya laa. Setakat preparation, takde apa2 pun kena prepare kot. Walaupun tak sempat tempah baju raya, I ada plan B (B-beli).Dan mungkin juga Plan R (R-recycle?). Dan juga belum discuss camne dan dimana nk beraya tahun nie. Later laa, itupun kalau panjang umur kan nak diskas benda2 masa hadapan ni. Baik fokus on ibadah dan cara nak optimizekan bulan Allah ni kan!
 
7. Oklah, petang ni jangan lupa beli benda2 untuk sahur..biasanya susu,cereals,roti dan seangkatan dengannya. Barang dapur lain nanti la beli bila singgah pasar Keramat. Ni lah penyakit I kalau bulan posa, tetiba mood rajin masak sebab I lagi suka masak dari beli kat bazar Ramadhan yang berlambak2 kat area sini ( I cuti masak 2 bulan sebab Encik A takde. Ok masak maggi goreng and french toast tidaklah dikira ye). Singgah bazar pon beli 1-2 jenis kuih je, pastu balik. Hahah tapi sekali lagi cam Encik A cakap, gi bazar bukan nak beli apabenda sangat pun, saja nak rasa meriah je! Meriah betul anda ni Encik A.
 
Oklah akhir kata, selamat berpuasa kepada semua.. maaf atas salah silap sama ada sengaja atau tak. Kalau ada yang takpuas hati tu bleh contact I personally, I janji akan menyelesaikan segala2nya secara profesional. Ahah statement macam ada makna je, no comment :p Jom jom kita optimumkan bulan Ramadhan ni!
 

2 comments:

NH said...

haha. u got me at Plan B and Plan R. selamat bpuasa shah :)

bijoux said...

adik akak da lama tak dtg sini. best sgt follow awk nye cerita. akak arap wpon ramadhan awk tak dpt sama ngn aizat, at least raye sudah dijanjikan =) makes it just as sweet kan.