Thursday, August 17, 2006

BUKAN HANYA kerana tersilap kata


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya terpanggil untuk menulis tentang hal ini setelah menyaksikan banyak pihak memperkatakan dan memberi komen.Ianya berlaku Ahad malam yang lalu dan sebelum pelakon wanita itu memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik, saya juga mengikuti anugerah FFM itu secara langsung menerusi televisyen.Tetapi kedatangan 2 orang tetamu di rumah pada malam itu (terima kasih sebab sudi datang!!=) menyebabkan saya tak dapat menyaksikan `ketelusan’ pelakon wanita itu berucap sehingga Datuk Rais Yatim pun melenting dibuatnya.

`I sound stupid if I speak in Malay….and If bikin filem Mencemarkan Budaya Lets Make More Films..’ (mungkin ramai yang mengikuti perkembangan semasa telah sedia maklum dengan frasa yang diucapkan oleh pelakon ini, jadi hanya ulangan untuk sesiapa yang kurang arif)

Oleh sebab seorang menteri pun melenting kerana kenyataan tak bertanggungjawab ini, maka kesilapan pelakon yang tak berapa masyhur ini menjadi berita panas di akhbar-akhbar utama hari ini.Sekaligus dapatlah pelakon ini publisiti percuma yang diidamkan setiap artis yang meningkat naik.Persoalannya, mengapakah kenyataan ini sangat menyentuh sensitiviti ramai pihak, sedangkan rasanya ramai lagi yang sering mempraktikkan penggunaan bahasa rojak yang sungguh menular terutama di kalangan remaja zaman sekarang.Kononnya bahasa rojak melambangkan individu yang sentiasa mengikut arus semasa.Orang nak cakap bahasa Inggeris, dia pun nak cakap juga tapi bahasa Melayu pun belum betul lagi.Apatah lagi bahasa Inggeris.Konon bekerja/belajar di bandar-bandar besar perlu tahu berbahasa Inggeris, tapi disebabkan tiada pendidikan formal main hentam sahajalah.Janji bunyinya ada.Samalah dengan anak-anak muda sekarang yang rata-ratanya cakap bahasa Inggeris `berhabuk’, jadinya di mana-mana pun nak guna bahasa Inggeris hatta di pasar malam sekalipun.

Sebagai seorang yang lebih kurang sahaja umur dengan pelakon muda yang dikatakan berbakat dan berkebolehan ini, tidak sukar untuk saya memahami apa yang dia cuba sampaikan.Mungkin saya juga akan bertindak sepertinya kerana terlalu gembira ataupun teruja melampau kerana gadis berusia 20 tahun, menang pelakon wanita terbaik dalam anugerah filem paling berprestij di negara ini.Namun untuk menuturkan kata-kata berbaur perkauman apatah lagi menghina bangsa sendiri, tidak sama sekali.Selepas ini mungkin dia akan belajar pengalaman paling berguna sepanjang pembabitannya dalam dunia seni dan menjadi kayu pengukur untuk artis muda yang lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sememangnya`sounds stupid’ dan tak patut dilakukan oleh sesiapa sahaja apatah lagi seorang `public figure’ sepertinya.

Saya pernah dengar satu lontaran daripada seorang penceramah berkelulusan udang-undang yang membicarakan tentang kes Lina Joy dan kupasan terhadap akhlak anak muda sekarang, yang sekarang saya mengakui kebenarannya.Anak muda zaman sekarang malu untuk mengaku sebagai orang Melayu.Maka jadilah orang Melayu tak pandai cakap Melayu, orang Melayu tak pandai makan nasi, orang Melayu rambut berkarat (dengan kulit sawo matang, rambut karat, cantiklah sangat?!!) dan yang paling teruk sekali (nauzubillah) orang Melayu taknak jadi orang Islam (riddah).Sekali lagi (nak betulkan niat) saya tak berhajat nak menjatuhkan bangsa sendiri, tapi ni beberapa kesilapan kita yang wajib diperbetulkan.Kita yang muda ni harus sedar, kalau dah tahap warga emas baru nak tengadah, sampai bila bangsa kita nak maju.Sudahnya jadi macam pelakon wanita ni,semua orang pun menuding jari ke sana sini menafikan kesalahan masing-masing.

Kalau kita singkap sejarah dahulu kala,tak payah pergi jauh, cukup pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Saya ambil contoh ini kerana ia lebih dekat di hati generasi muda zaman sekarang, kerana saya kira kisah zaman inilah yang paling menarik kita pernah belajar semasa di zaman sekolah dahulu (apapun, semua orang ada persepsi masing-masing).Melayu dan Islam itu seiring.Tiada orang Melayu bukan Islam, yang Islam bukan Melayu adalah, kerana sedari awal pun Islam bermula dari Semenanjung Tanah Arab.Makanya ulama-ulama yang datang ke Tanah Melayu pada masa itu bertungkus lumus mengIslamkan penduduk sehingga tertegaknya kesultanan Melayu Melaka yang menjadi kebanggaan sepanjang zaman.

Jadi hebat sangatkah kita hendak membuang semua jerih payah orang-orang terdahulu, dengan membaratkan pemikiran kita semua, melebihi orang barat sendiri?Sedarkah kita, dalam ketaksuban kita dengan pakaian menjolok mata, pergaulan bebas, bahana program realiti tv yang kononnya mengikuti peredaran zaman, musuh-musuh kita sedang seronok bersorak girang kerana kita telah masuk perangkap ghaib mereka??Sudahlah Islam dihina, Melayu pula dipijak sewenang-wenangnya.

Jadi, tunggu apa lagi??

2 comments:

Ainul Hafiz said...

Sharifah Amani dah apologize... well... an actress will always be an actress though :P ...

Hope she learns her lesson.

Template ko sama cam template lama aku.. pesal tak buh balik chatbox?

nor_shahira said...

ohoho weblog ni still in progress..masih kosong.yg lama dh messy gila so tukar template baru..nanti2 ek ko ajar cara2 nk customize blog dgn baik ^_^-(off to meeting wif SV)