Thursday, May 12, 2011

Unforeseen Circumstance

I was scheduled for a presentation in front of the Managers and Senior Managers in one of my company's subsidiary,situated in the southern of Malaysia. So I rehearsed my lines all night until I fell asleep.Man, this opportunity doesn't come often so I need to give my best.

So the next morning, I was in my best suit, well-prepared and ready for some action.
The presentation consists of two parts, the first part is covered by my boss and my part is the latter one. Suddenly,

(ok nak mintak izin alih bahasa untuk kesan yang lebih dramatik)

Tetiba I rasa pelik semacam je rase kasut yang I pakai. FYI kasut ni adalah stock kasut formal yang telah berada dalam loker ofis lama sangat sebab I memang malas pakai kasut formal, sakit kaki. I suke yang fancy2 colourful kalo ade bling2 lagi suke. Ok side track seketika. Nak katanya kasut ni bukan yang selalu digunakan la.

I cuba jalan2 sekeliling room tu untuk mendapatkan keyakinan. Selepas terasa seperti nak jatuh beberapa kali, I tengok secara dekat kasut tersebut, rupanya telah berubah menjadi buaya. Pernahkan experienced tapak kasut terkopak dan kelihatan seperti mulut buaya? Ah seperti itulah.

I dah panik tapi muka masih buat2 cool (ini memang kepakaranku).Nak pergi cari Plan B, my presentation will start in two minutes time. Maka Plan C nyer, saya nekad untuk tidak memakai kasut ketika presentation. Mujurlah saya mampu mencover diri dengan berdiri dekat dengan meja peserta dan bilik itu berkarpet pula, tidaklah obvious sangat. Dan ambience presentation pun agak santai dan banyak interaksi,kuss selamat! Hihi tak dapat bayangkan kalau kena present on stage, tak dapat pikir apa nak dijadikan Plan B, C atau D. Bila boss buat muka pelik kenapa I tidak memakai kasut, I buat isyarat menunjukkan I saje je kononnye, malas nak pakai kasut. Keskes.

Kendian selepas berjaya melupakan hakikat sedang tidak memakai kasut dan teruskan presentation dengan yakinnya, I passed the floor to my boss again for her to conclude the session. Oh tentunya saya perlu berfikir bagaimana nak keluar dari room itu nanti. Takkan nak tunggu habis pastu beramah mesra dan kantoi tak pakai kasut? OH tidak.

Jengjengjeng! Baru teringat ada kasut satu lagi dibawak semalam dalam beg kat room. Maka misi mengexcuse diri pun bermula, konon ke toilet padahal sebaik sahaja keluar dari meeting room tersebut, serta merta berlari kaki ayam utk ke bilik mengambil kasut. Untuk mengelakkan malu yang melampau, I mengambil jalan swimming pool agar tak nampak ketara (yelah orang gi swimming pool memanglah berkaki ayam kan.Konon I'm one of them-minus the suit I wore. Heheh) dan terus ke lif dan amik kasut kat bilik. Kendian berlari balik ke meeting room bagai tiada apa yang berlaku. Hasilnya : None of the participants realise that the presenter is not wearing shoes/kasut dia koyak.

Kesimpulan dari cerita di atas ialah :
1- Manusia hanya merancang. Macam2 perkara tak terduga boleh berlaku..jadi sentiasa sediakan PLan B dan C dan D dan E kalau boleh.
2- Keyakinan sangat penting dalam apa jua situasi. Fullstop.
3- Creativity helps in unexpected situations!
4- To husbands, jangan lah marah sekiranya isteri anda mempunyai habit meletak kasut di merata tempat, baik di kereta anda, kereta dia, opis anda, opis dia, rumah mak anda mahupun di rumah mak dia. Ataupun asik nak bawak kasut lebih sepasang kalau travel. Sebab kasut pempuan ni fancy dan murah sikit la (I'm talking yang brand biase ye) kalo dibanding ngan kasut lelaki, maka life-span nya dikhuatiri lebih pendek berbanding kasut anda. Jadi akan berguna dalam masa2 yang tidak dijangka :)

No comments: