Wednesday, May 02, 2012

My Labor Experience

(CAUTION : ENTRY PANJANG)

Assalamualaykum and hi all,

While my baby is sleeping, I wish to recall my labor experience so I won't forget it - sebagai rujukan anda dan juga untuk my labor akan datang jugak (hihi).

Secara keseluruhannya tiada yang pelik sangat my experience pun. Cuma pada Week 38, cam biasa la badan dah rasa berat tapi masih boleh gi office pada waktu pagi, tengah hari juga boleh lagi gi Foodcourt Level 2 beli makanan (tapi L4 dah tak larat dah nak gi). Atau kalau tak larat sgt tapau je kat any kedai makan ground floor.

PART 1-RAPTAI
Maka pada hari Selasa minggu itu telah pergi check-up dengan Dr, and Dr perasan I cam letih jer and bila scan baby estimated 3.27kg. Dr dah risau sebab I mentioned awal2 nak normal delivery, memandangkan saiz badan I yang kecik dia risau I tak dapat realisasikan impian I kalau tunggu sampai W40.. huhu takut baby besar. Maka dia kata `Nak induce tak? You dah W38 should be OK'.. and you dah open 1cm ni'. Terkejut gak dengar doctor cakap camtu. Sebab sejak W37 me and husband (he works in KL for 1-2 months sebab I nak deliver) asyik cakap ngan baby suruh keluar awal supaya Daddy ade banyak masa nak main ngan dia sebelum kena balik Brunei late May.. haha. Lagipun I dah tak larat sebenarnya. Gi opis pon bukan leh fokus sangat, mujur kerja2 urgent dah settle and dah wat handover. So Dr bagi MC seminggu suruh fikir nak induce anytime dalam this week, if undecided or takde tanda2 lagi dia bagi date 24/4 (W39) untuk induce labor (IOL).

So kami balik dah berfikir, mestila nak keluarkan baby cepat kalau takde pape risiko kan. But at the back of my mind I mmg day terfikir banyak jug kes IOL ni berakhir dengan c-sec sebab opening of servix tak bukak2 sampai sudah..but later I believe semua orang ada bahagian dan rezeki massing, dan cerita bersalin ni setiap orang memang berbeza. So we all tekad la nk induce hari Khamis, so Rabu malam dah pack2 barang gi hospital utk admitted. My parents yang dah risau sebab I cakap Dr bagi option untuk induce, telah tiba di rumah I dan mengantar ke hospital together with my in-laws (I sekarang berjiran ngan mertua so diorang ade je la kat KL ni).

Bila dah sampai hospital, nurse bawak gi labor room utk CTG (check contraction and heart beat baby). Contraction sikit2 je dan opening takde progress lagi. Pastu nurse gi confirm dengan Dr and sekali dia kata Dr suruh I balik. Aik..haritu kata boleh datang anytime. Huhu rasanya Dr taknak amik risiko kot and  tunggu la next week supaya baby mature sikit dalam perut.. or kalau dapat natural contraction lagi bagus. So kami pun terpakse laa balik, dah la sampai tadi siap dia tolak pakai wheelchair, tapi balik nurse suruh balik sendiri jer. Huhu so kami pun gelak2 dan singgah kedai mamak makan supper sebelum pulang. Cis penat je takut sehari semalam.. tapi bak kata my mom Allah dah tetapkan tarikh setiap orang lahir, mati and everything in between.. so belum lagi masa my baby to meet the world kot. Bapak mertua I cakap takpe, ni kita raptai sebelum betul2 hari nak bersalin nanti. Haha.

PART 2-LABOR
Sebab dah dapat MC seminggu (mase ni I W38), I pun berehat2 di rumah sambil tawaf shopping complex kat KL ni setiap hari without fail. Sogo,Pavillion,OU,KLCC.. you name it dengan harapan supaya dapat la natural contraction sebab banyak berjalan. Sampai la hari Isnin (W39), takde pape pun tanda..huhu jadi kami mempersiapkan lah barang2 sebab dalam record dah tulis IOL on 24/4, so Isnin (23/4) malam dah kena admitted sebab procedure start Selasa pagi. Kali ni kalau kena halau dengan nurse I nak saman hospital ni. So another entourage to send me and husband to hospital, this time for real. So we got a room, I was given ubat untuk buang air besar and then prepare2 untuk tido.

The rest I put in chronological manner yea memudahkan pembacaan :

6 am - Nurse datang masukkan tablet utk induce (instead of drip)
8.30 am - Dr datang check I and kata OS still 1cm, takde progress. Huhu sedikit kecewa di situ. I dah start rasa contraction, kejap sakit kejap tak.
9.30 am - Masuk labor room. Ingatkan saje2 nak check lagi rupanya I memang kena stay sini sampai bersalin. My husband bawak laptop bagai sebab nak kena submit satu Contract urgent (sempat lagi kan).
Contraction makin kuat, tapi kena jadi kuat dan abaikan je kesakitan itu.
10 am - Dr datang check I, OS still 1 cm. Dia tengok I dah menderita kesakitan, contraction dah agar high 60-70 camtu. Dr suggest I amik pethidine (painkiller), sebab takleh terus amik epidural sebab taktau lagi berapa lama dalam labor. I pon amik la tak tahan sangat. there goes my plan konon2 taknak amik pape painkiller, huhu. I pujuk diri, ni rezeki masing2..nurse siap cakap jangan compare kita dengan orang lain sebab setiap orang lain pain threshold and experience diorang.
1 pm - Contraction dah sampai 100 at times, tapi opening baru 2-3cm. Nurse ajar pakai Entonox gas plak untuk reduce sakit. I cam dah nak pengsan tahan sakit dahlah tak bleh makan, air pun minum sikit je.
3 pm - OS 4cm. Dr tanya nak tak amik epidural so that I bleh relax sikit untuk prepare for labor. I berkira2 gak takmo, tapi sebab sakit sangat2 dah setengah hari dalam LR I pon tawakkal dan husband pun izinkan so amik je, I believe ni bahagian I yang Allah dah tentukan. After masuk epidural I relax sikit, tapi contraction still rasa so boleh teran masa nak deliver nanti. So kesimpulannya I memang amik ketiga2 pain killer yang disediakan utk orang bersalin, huhu.
6.00 pm - Nurses dah start sediakan barang2 utk bersalin.
7.30 pm - 8 cm sudah. Dr and nurses dah masuk and take their positions. Dr suruh push macam orang meneran buang air bear/sembelit. Sebab masa pregnant 7-8 months tu I ada experience sembelit sikit, so I did exactly that and Dr kata `Good job! Pandai mama!Teran lagi! Come on!' Jadi dengan tenaga yang masih bersisa I pun teran sambil bear in mind jangan kuat sgt nanti koyak banyak. Huhu husband kat sebelah pun bagi semangat!
8.35 pm - Alhamdulillah Amna Sofia lahir ke dunia. Keluar2 terus merengek. Tapi last push tu Mummy dah baby dah penat sangat lama dalam labor so Amna kena vacuum sikit. Mummy terharu berlinang gak air mata.. alhamdulillah walaupun 12 hours in labour Allah permudah urusan melahirkan. Stitches pun sikit jer.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
10.00 pm - Lepas Mummy and baby siap semua, masuk room disambut my parents & inlaws dan Yap. My inlaws paling happy sebab sambut cucu sulung. Amna ditahnik dengan air zamzam dan madu.

OK the end of the first part.. later I sambung Post Natal pulak. Ngantuk dah. Bye!

2 comments:

Unknown said...

tahniah shah. suka part tawaf shopping complex tu. huhu.

betul, saya pun percaya kita ada bahagian masing-masing, pengalaman masing-masing. kita memang plan nak yang terbaik dan itu yang terbaik dan termampu untuk kita dan baby.

saya 2nd baby ni pun risau jugak. semoga dipermudahkan juga. Selamat berpantang dengan happy shah =)

Shahira I. said...

thanks huda! berpantang memang happy.. hehe yup setiap orang ada bahagian masing2:) insya Allah Allah tu maha tau dan takdirkan yang terbaik utk kita.Huda bila due? All the best :)