Sunday, October 07, 2007

26th day :Ramadhan review

di suatu tempat di suatu masa, di suatu ketika.........

Dah 26 Ramadhan.


Sikit hari lagi, akan balik raya, dan best part adalah cuti raya kali ni seminggu! Tapi tolonglah semua jangan tertipu dengan cuti ini kerana banyak reports, tests, presentations dan projects due dates yang menanti kita semua selepas raya. Huhu

OK, agak ironi sebab ayat cliche dok kat atas, pastu baru elaboration yang sebenar :P

Lagi 4 hari Ramadhan berbaki, sempurnakah Ramadhan kita? Sudahkah kita menemui Laila itu? Ataupun letaknya pada 4 malam yang berbaki ini? Wallahua'lam. Sesungguhnya Laila itu termasuk antara perkara-perkara yang Allah rahsiakan dari makhluknya, hanya yang betul-betul bertuah dan diizinkan-Nya berpeluang menemuinya. Selongkar punya selongkar Archive blog ini, saya jumpa entri tentang Laila itu pada masa lebih kurang sama seperti sekarang, tahun lepas. Maklumlah zaman intern, 8-5 depan kom dan semestinya lebih masa untuk berblog :) OK ni bukan dikira cyberslacking ye (bagi saya la), sebab polisi syarikat masa tu mereka tak kisah kita nak surf apa, untuk apa dan bila, asalkan kerja siap ;) Internet memang laju melampau takyah cakap la kan. So much about work flexibility in U.S owned company..

Ramadhan saya kali ini, saya boleh gambarkan sebagai pro-active Ramadhan. Sebabnya kali ni semua aktiviti saya sekali ganda lebih dari bulan biasa, pelik kan? Sebelum ini walau sebanyak mana kerja saya, biasanya bulan Ramadhan selepas berbuka saya akan lebih relax dan focus untuk ibadah lazim, macam solat terawih di masjid, qiam, iftar etc. Namun kali ni lain.. meetings, perjumpaan, gathering, (adakah mereka semua ni sinonim? Haha dalam maksudnya tu) projects, assigments, tests semuanya berjalan konsisten dalam jadual saya walaupun selepas waktu berbuka! Tapi saya gembira sebab perkara ni tak menjejaskan ibadah fardhi walaupun timing semua dah lari sikit dari biasa. Bagi saya, spending quality time is the most important thing..and the one that worth the most :)

Mungkin juga ni satu pendidikan buat diri saya, dan saya mungkin diuji dengan kata-kata sendiri. Sebab awal-awal Ramadhan, saya sering menekankan dan bercerita dengan sahabat serta adik-adik tentang Perang Badar yang berlaku di bulan Ramadhan, betapa Rasulullah dan sahabat dahulu gigih berperang dalam bulan Ramadhan. 313 tentera versus 1000 orang musyrikin. Menang pula tu!

Ramadhan bukan satu faktor untuk kita memperlahankan aktiviti seharian kita dengan alasan letih berpuasa, tapi sebaliknya. Betul! Ramadhan memang menjana lebih kekuatan untuk orang mukmin, tambahan pula syaitan jahat tiada untuk kacau kita dan nafsu pun lemah sebab lapar. Padan muka mereka. Sebab tu Ramadhan kali ni memang pro-aktif bagi saya tapi biasa la, bila lepas pukul 6 petang onwards tu muka seposen tak boleh nak elak la kan..hehe

Satu lagi, saya sangat yakin dengan keberkatan bulan mulia ini sendiri. Bagi saya, Allah limpahkan banyak rahmat dan rezeki, yang hanya mungkin mampu dihayati oleh golongan yang berfikir. Memang banyak sangat. Lihat saja, Perang Badar, contoh yang sama lagi. Allah turunkan seribu malaikat untuk bantu tentera Islam, juga hujan lebat yang memadatkan tanah di kem orang Islam untuk memudahkan pergerakan dan hujan terlebih lebat di kem musyrikin sehingga lecah dan menyukarkan mereka..dan banyak lagi sebenarnya.Sila baca sirah tentang ini selanjutnya ok :)

Jangan terkejut kalau bulan ini Allah memberikan kita banyak rezeki dari sumber yang tidak terduga, yang kita tak pernah expect pun, sebab Dia Maha Mengetahui. Tak mustahil jika tests dan exams kita dalam bulan ni kita berjaya score dengan `warna-warna terbang' , assignments completed dan dapat urus masa dengan baik untuk aktiviti lain. Personal experience saya, highest GPA saya pernah dapat adalah sewaktu peperiksaan akhir yang berlangsung pada bulan Ramadhan. Syukur alhamdulillah, Allah tu Maha Pemurah.

Ramadhan kali juga telah menyaksikan ramai sahabat saya diuji dengan musibah. Ada yang kehilangan ahli keluarga, ujian fizikal,mental dan material. Saya tabik spring pada mereka yang menempuh dugaan ini dengan tenang dan mencari hikmah di sebaliknya, kerana itu adalah yang SEBAIK-BAIKNYA. Allah telah merancang hidup kita dari A sampai Z, Dialah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Namun ada yang sudah tak bersemangat meneruskan perjuangan hidup yang berbaki sedikit saja lagi di kampus ni, ada yang dah tak sanggup bagi komitmen dalam kerja, menurut perasaan, nafsi-nafsi (err walaupun syaitan tiada tapi kadang-kadang nafsu ni lebih kuat mengalahkan godaan syaitan!! Sengal betul~). Juga saya lihat banyak maksiat yang berlaku, macam couple, bukak pose berdua-duaan, tak menutup aurat dan sebagainya. Maaf dari hati kerana saya tidak mampu menegur semuanya, maaf sekali lagi. Mungkin ada yang tidak faham, tak sedar, tak mahu faham atau sedar, wallahua'lam.Semoga Allah buka pintu hati kita untuk menerima dan mengekalkan hidayah, insya Allah.

Harapan saya, semoga kita dapat muhasabah diri di sisa Ramadhan ini dan renung balik apa yang terjadi. Siapa kita untuk mempersoalkan takdir, atau mengaku kalah sebelum berjuang, atau tidak puas hati dengan ketentuan-Nya? Siapa kita yang boleh senang-senang ingkar dengan pencipta kita?Kalau setiap hari kita berdoa untuk masuk syurga Allah, tapi pada masa sama kita tak mahu buat apa yang Dia suruh, apa maknanya? Peringatan untuk diri juga yang sering lupa..insya Allah.

Pos kali ini saya terus tulis tanpa outline dulu seperti selalu, macam biasa tak sangka akan jadi panjang. Hehe express thoughts from heart lah kata kan..Akhir kata jaga diri hiasi peribadi, Selamat Hari Raye, pandu cermat jiwa selamat, ingatlah orang yang tersayang..hehe

1 comment:

uda-san said...

i alwys admire ur writing la.tq for sharing :P